-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

setiap hujung minggu cucuk mencucuk.



# apa motif nak letak lagu Bruno Mars kat atas nie ?



bila setiap kali aku nak masak kat dapur, aku mesti mendongak ke atas peti ais rumah. macam dah jadi satu tabiat buruk bila setiap kali nak ke dapur, apatah lagi masa aku nak bukak peti ais tu. benda alah tu bukannya cantik sangat pun, tapi entah kenapa aku memang suka tengok.



setiap hujung minggu pasti bertambah bilangannya. setiap hujung minggu mesti ada pelbagai bentuk dan warna yang aku boleh lihat. walaupun ada yang dah berhabuk kepilai, hati aku tetap tertarik dengan bentuk dan warna yang ada. memang suka ! kadang-kadang tu, aku boleh tersenyum sorang-sorang dan kakak aku mesti kecoh "woi, berangan ke hapa dok sengih sorang-sorang kat depan peti ais tu ?"



hari ahad yang lepas, aku sendiri yang menambah bilangannya. aku cucuk elok-elok biar nampak kemas dan cantik. suka tengok walaupun kelihatan benda alah tu sungguh serabut mengalahkan urat-urat kat dalam kepala hotak aku nie. lepas cucuk sebatang dua kat situ, aku senyum berpuas hati. alahai, bila lah nak sampai giliran aku untuk cucuk aku punya kat sini pulak (macam celaka, jangan lu pikir bukan-bukan weh !).




see ? tak melucah pun kannnnnnnnnnn.



sapa yang ada benda alah macam dalam gambar kat atas nie di rumah dia sila angkat hidung anda sekarang jugak. kahkahkah ! aku tak tahu lah kotnya rumah aku sorang je yang ada pasu bunga telur kat Malaysia nie. tapi argh, mesti kat rumah anda pun ada kan ? orang yang suka bunga cantik-cantik mesti ada pasu bunga telur macam nie kat rumah dia kan. aku tahuuuuuu ! *WTH ape benda meraban nie*.



ini lah yang dinamakan pasu bunga telur ! dah jadi tabiat family aku suka kumpul bunga telur yang kitaorang dapat daripada mana-mana kenduri kahwin yang kitaorang pergi. bila sampai rumah je, terus cucuk kat dalam pasu nie. semakin lama semakin bertambah dan padat dengan bermacam-macam bunga telur yang pelbagai trend.




suka tengok sebab benda nie cantik-cantik, walaupun takde lah secantik mana pun. aku tengok setiap bunga telur yang ada supaya konon-kononnya aku boleh dapat berkat takpun nak cari inspirasi, ecewah ! bila aku tenung lama-lama, aku boleh jadi tak sabar nak lalui detik-detik indah tu dalam hidup. aku boleh jadi tak sabar nak tukar status daripada 'anak dara' menjadi kepada 'isteri orang'. kehkehkeh ! mak aih, gatalnya.



KEPIUNG !! (kakak aku tampar bahu aku) woi, berangan tak sudah. dah, pergi masak sanaaaaaa.



ok fine aku cuma berangan.



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted