-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kau tahu tak aku sayang kau ?


aku ada seekor kucing. nama dia Tondo. nama Tondo memang tak komersial sungguh lah, lebih lebih lagi bagi seekor kucing jantan. sumpah kucing aku tak boleh nak berlagak macho dengan kucing betina yang lain sebab nama dia adalah Tondo.


perkataan Tondo berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud Tanda. memang kena guna nama Jawa sebab aku pun orang Jawa jugak. kehkehkeh nasib la ! nama Tondo tu pun bukan aku yang bagi, tapi nenek aku yang bagi.


Tondo nie kucing jantan yang sangat manja, terutamanya dengan aku. badan dah besar pun, masih nak tergedik-gedik. kadang-kadang aku rasa Tondo macam nak jadikan aku nie isteri dia pulak. pantang kalau aku balik kampung bercuti, dia mesti serbu bilik dan tido sebelah aku. bila aku bangun tido, sedar-sedar je Tondo dah berdengkur di sebelah. masa bila dia masuk bilik aku, aku pun tak tahu. hampeh betol ! *muka tersipu-sipu malu*



kalau tengah buat kerja kat laptop, Tondo mesti datang dekat pada gua dan selamba badak dia je lalu depan aku seolah-olah macam tengah buat iklan TV. yang buat hati panas tu bila selamba cekadak dia je pijak-pijak segala mak nenek keyboard huruf yang ada kat laptop aku nie. sabar je lah weh ! habis hancur kerja aku. tak pasal pasal kena edit balik semua kerja.



kalau Tondo tak buat iklan TV, dia akan datang ke arah aku dan selamba cekadak bapak dia je landing kat peha. memang haru aku dibuatnya. kalau bulu tak mudah gugur tak apa lah jugak, sedap sikit hati nak belai. Tondo memang tak sayang bulu. pantang aku belai sikit, dah melekat bulu-bulu putih dia kat tangan aku.


Tondo bukan seorang seekor kucing yang bermulut bising. walaupun dia suka menggedik dengan aku, dia tak pernah pun keluarkan bunyi bising yang nyaring daripada mulut dia. selalunya Tondo suka main-main mata. kalau dia bising pun aku bukan paham satu benda pun. maklum lah, bahasa kucing kan.



bila aku selalu bagi dia makanan, dia suka dan akan makan dengan penuh beradab. ecewah ! aku ada sepupu nama Arif. Arif nie suka kacau Tondo. bila Arif lalu depan Tondo yang sedang syok makan, secara automatik dia akan berhenti kunyah, tegakkan kepala dan pandang Arif dengan pandangan mata yang penuh tajam. saat tu aku lah orang yang ketawa paling bersembur. aku pun tak tahu lah apa jenis dendam kesumat yang Tondo nie rasa kat Arif tu. pantang dia jumpa Arif mesti dia buat muka macam nak bergaduh dengan kucing lain. Arif buat-buat tak tahu je dengan Tondo kalau dia dah mula buat muka macam tu. lepas tu kalau Arif dah blah, Tondo akan makan macam biasa dan tenang.



Tondo boleh jugak jadi pendengar yang baik. kalau ada masalah, aku suka luah kat dia. dia tengok aku, aku pun tengok dia. kalau aku menangis, dia tetap tengok aku dengan pandangan yang tak ada perasaan sungguh. kadang-kadang kalau aku paksa dia jawab soalan yang beremosi, dia diam dan hanya mengelipkan mata beberapa kali dengan maksud 'ah lantak kau lah. itu masalah kau, bukan masalah aku'. dammmmnnnnnnnnnn




aku sayang gila dengan Tondo. tak tahu lah kenapa, aku sayang dia sangat. kalau aku balik kampung, benda pertama yang keluar daripada mulut aku ialah "Tondo ! Tondo ! kau pergi mana ?". sebenarnya di sebalik sifat manjanya dengan aku, terdapat kisah yang sangat menyayat hati tentang Tondo.



dulu, Tondo ada 3 orang adik-beradik. tapi dua ekor dah selamat mati lepas beberapa hari dilahirkan. jadi, tinggal lah Tondo dan si ibu keseorangan tanpa member disisi. satu hari, si ibu asyik mengerang kesakitan. puas aku dan keluarga cari punca kesakitan si ibu tapi tak dapat. nampak gaya si ibu nie masih kuat nak menjalani hidup. *ceh, ayat tak nak kalah*



satu petang, hujan turun dengan lebat nak mampos. si ibu dan Tondo baring bermalas-malasan kat bawah bumbung anjung rumah. kemudian, si ibu tertido. kesian pun ada sebab aku tahu diorang sejuk. tapi dah nama pun kucing, mana ada perasaan sejuk ke nak selimut ke nak unggun api ke..tak macam manusia. mak aku dah puas bawak masuk rumah, tapi diorang tetap jugak lari nak lepak kat luar rumah.



tak lama lepas tu, hujan pun berhenti. mak aku saja nak berjalan-jalan di kawasan luar rumah. tiba-tiba, dia terpandang Tondo dan si ibu. mak aku saja melepak kat sebelah si ibu dan Tondo yang sibuk menghisap susu ibunya. kemudian, si ibu mengiau-ngiau lemah. mak aku pun pelik lah, apa kena dengan si ibu. mata si ibu sangat kuyu. lepas si ibu mengiau untuk kali terakhir, si ibu meletakkan kepalanya di atas lantai dan matanya terpejam erat. mak aku datang dekat dan membelai si ibu. memang sah, si ibu dah mati tinggalkan Tondo sorang-sorang yang waktu tu sedang syiok menghisap susu.



mak aku terus nangis kat situ. sedih weh ! sedih mengenangkan nasib Tondo yang kematian ibunya. dah lah masih kecil, susu badan pun tak cukup lagi. mak aku tanam si ibu kat bawah pokok yang terletak agak jauh dengan kawasan rumah. waktu tu Tondo dah tinggal nyawa-nyawa ikan je. lembik, kurus, tinggal rangka. puas kitaorang bagi makan macam-macam tapi dia tetap tak nak.



akhirnya kitaorang dah pasrah kalau Tondo mati pun kitaorang dah bersedia. sebab kalau tengok dia, terasa pilunya hati. lebih elok la Tondo mati daripada terseksa sampai macam tu sekali. kitaorang bagi dia minum susu pun dia tak nak. bagi makan ikan dan nasi pun dia tak nak. dia tetap macam tu. longlai, kurus meleding sampai nampak tulang rusuk.


selang beberapa minggu, macam magik ! Tondo bagi kesan yang sangat positif. Tondo dah boleh survive sendiri. dia makan apa benda je yang kucing dewasa makan walaupun waktu tu umur dia cinonit lagi. dia menjadi kucing yang sangat aktif bergerak ke sana sini. manja, suka bermain dan suka attack kaki orang. akhirnya, hingga ke hari nie, Tondo jadi kucing yang sangat aktif, manja, boleh survive, matang dan hensem gilaaaaaaaaaaa !






kau tahu tak aku sayang kau ?





Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted