-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ingat single nie tak best ke ?


aku ada terbaca status sorang member di Facebook mengenai cinta. status dia agak beremosi tapi aku suka dengan cara perlian dia tu. mungkin sebab aku ter'butthurt' dengan status dia. mungkin ? shit, are we talking about love again ? yes we are !


tak payah lah nak printscreen status dia kat blog gua nie ha. tak pasal-pasal nanti aku yang kena hempuk dengan mesin basuh rumah dia. kahkahkah ! aku saja berminat untuk mengulas sikit pasal status dia tu. but the main point is, which one better ?


SINGLE OR COUPLE ?



ada sesetengah manusia berfikiran "derrr, lu tanya gua soalan apemende nie ? couple lah baru masyuk siot !!". atau ada jugak sesetengah manusia berfikiran seperti "single is better. no comment lah bro". bagi aku, ada teori aku yang tersendiri untuk persoalan nie.


# COUPLE


1) duit topup mendadak dengan begitu drastik sekali.
sebelum nie duit topup punya lah kedekut nak guna. kita nak tepon member pun kejap je, haram nak tepon lama-lama. kalau ada, itu pun sebab nak diskus projek ataupun sampaikan maklumat penting. kalau tepon mak bapak kat rumah, sifat kedekut topup tu berubah lah jugak, tapi untuk beberapa jam je. lepas tu jadi kedekut balik macam biasa. dapat mesej panjang yang penting pun nak kena edit kaw kaw, takut kena charge lebih bila nak hantar ke member lain. pergh, kedekut tahi hidung pahit. tapi lepas dah ada pakwe/makwe, sifat kedekut tu terus hilang dengan sekelip mata je. nak tepon mak bapak kat kampung pun nak berkira.


2)  guna duit pinjaman pelajaran sampai pokai.
ini khas untuk yang bergelar pelajar kampus. bila dah ada pakwe/makwe, kita tiba-tiba jadi pemurah dengan orang yang tersayang. bila makwe nak teddybear, kita terus tekan minyak kereta pecut beli teddybear kat kedai. beli pulak yang mahal-mahal, perghhh ! bila pakwe cakap nak pinjam duit untuk repair motor, kita tanpa banyak tanya terus pergi cucuk duit kat ATM. wow sungguh mudah ! bila dah bercouple, kita dah mula bercucuk tanam sebab nak buat taman bunga dalam hati. hadiah pun kena bagi selalu kat si dia tanda diri tu sangat romantik dan penyayang. LOL


3)  masa dan pergaulan yang terhad
bila dah bercouple, kononnya diri tu dah berpunya dan dimiliki la ? panggilan dah bertukar jadi 'papa mama' atau 'abang cayang' atau bla bla bla. atas sebab nak jadi setia dengan si dia, kita pun akan mengehadkan masa dan pergaulan dengan member yang lain. kalau member ajak pergi minum dan lepak di malam minggu, kita bagi seribu alasan. kalau member ajak pergi main bowling, kita asyik mengelak kononnya kena demam panas. kalau member ajak diskus projek, kita cakap nak diskus dengan pakwe/makwe. kalau member ajak sembang, kita sibuk nak bergayut dan berbalas mesej. akhirnya member hanya mampu mengeluarkan bunyi 'sigh' je.


4) emosi tak stabil.
bila ada masalah dengan couple, mula lah hati tak sedap. semua benda jadi tak kena. buat itu salah, buat ini salah. orang sekeliling yang tak ada kene mengena pun dimarahnya. lecturer mengajar kat depan, tumpuan kita dah hilang tembus entah kemana. kalau orang yang jenis tak boleh kawal diri, satu hapa kerja pun tak jadi. mata sampai lebam mengalahkan beruang panda sebab banyak menangis. nak paham apa yang lecturer mengajar tu jauhhhhhhh sekali.



# SINGLE


1)  lebih menghargai apa itu erti persahabatan.
fikiran tak perlu menjadi kabut nak pikir emosi orang lain. kita jadi lebih menghargai orang-orang yang menyayangi kita, iaitu keluarga dan member. kita tak perlu bimbang nak jaga hati dan perasaan orang lain. marah sikit, dah merajuk. tegur sikit, dah melenting. gaduh sikit, dah mintak putus. seriously WTF. kalau kita menghargai apa itu persahabatan, kita takkan kehilangan sahabat kita tak semudah kita kehilangan orang yang pernah menjadi couple kita. 


2)  penggunaan duit yang lebih jimat.
kita terasa nak bagi hadiah ? senang je, bagi hadiah kat mak bapak kita kat kampung lebih mendamaikan hati daripada kita bagi hadiah kat orang yang belum sah menjadi muhrim kita. kalau nak guna duit pun, guna untuk keperluan diri sendiri pun dah cukup. tak perlu nak beli hadiah mahal semata-mata nak membuktikan yang diri kita adalah insan yang paling romantik dalam percintaan. lagi nikmat kalau kita hadiahkan kepada diri kita sendiri dengan sesuatu yang mahal-mahal. 


3)  kadang-kala terasa kesunyian.
tengok kiri, ternampak pasangan bercouple yang romantis. tengok kanan, ternampak pulak dua ekor burung merpati dok bertenggek kat atas ranting pokok. waktu tu mula lah perasaan sunyi tu datang menyerang. teringin jugak rasanya nak ada pasangan sendiri, takkan asyik nak jadi single sampai ke tua bangka ? 


4) nikmat kebebasan yang tak terkata.
orang yang single nie tak ada apa-apa ikatan yang akan membataskan masa dan pergaulannya. nak enjoy dengan member sana, fuh bolehhh ! nak enjoy dengan artis sini, perghh memang dah boleh sangat la tu ! tak ada pun orang yang akan memaki hamun kita akibat perasaan cemburu. tak ada pun orang yang ambil kisah pasal kita. tak ada orang pun yang akan mempersoalkan tahap kesetiaan kita. tak ada pun orang yang akan merajuk dan pissed off. 




jadi, apa pilihan anda ? semuanya bergantung pada hati anda.

kalau dah gatal sangat, pi nikah terus. tak payah berzina, haram weh !
 





Comments
3 Responses to “ingat single nie tak best ke ?”
  1. Single become simple.. Double become trouble.. Boleh? Hahahaha..


    Entry Terbaru 1 : Isu Ultraman, Power Rangers, Doraemon Dan Tsunami
    Entry Terbaru 2: Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?

  2. runners says:

    haha..xtau la, single pn masalah, kadang2 sunyi jgk, couple pn masalah jgk,,tgok pada individual tu sndiri
    submit your url here.. http://profitnetworkbiz-runners.blogspot.com/

  3. tieah : yeah memang ada pro dan kontranya disitu. :D

    runners : single memang takkan lari dengan masalah kesunyian. tapi gua rasa antara couple dan single nie, better single la kot. depends on that individual. actually yang lebih better sebenarnya kalau nak couple, couple lah ke jalan yang halal. itu je :D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted