-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

lelaki pertama yang buat aku menangis.



sebut pasal lelaki je mesti dah sibuk otak dok pikir nak cakap pasal cinta. argh, aku tahu dahhhh. okay tak apa kali nie, aku nak cakap pasal lelaki pertama yang pernah buat aku menangis dalam hidup. memang bertuah sungguh lelaki yang buat air mata wanita aku mengalir dan terus mengalir, kadang-kadang tu sampai meraung-raung menangis. pergh, betapa teruknya perangai cengeng aku.



aku nie jenis perempuan yang hebat melawan tapi cepat menangis. fuh, sungguh pelik. pantang kena marah, aku wajib lawan dulu dengan alasan-alasan yang kuat. tapi lepas agak-agak pergaduhan dah habis, aku mesti menangis. tak tahu kenapa hati ini mudah betul nak berhujan sana-sini. kan bagus kalau dah lepas perang mulut tu tak menangis dan mendabik dada kononnya aku lah raja badang daripada segala jenis badang kat dunia nie, walaupun waktu tu air mata aku mula nak bergenang serta kedengaran bunyi shrot shrot hingus mula nak terkeluar. WTH sensitif terlampau.


dulu masa kecik, lelaki inilah yang selalu marah aku kalau jadi budak nakal. aku selalu balik rumah lewat petang dan kayuh basikal entah ke ceruk mana. kadang-kadang, tempat permainan aku ialah longkang-longkang perumahan sebab aku suka sauk anak-anak ikan dalam tu. aku sanggup masuk walaupun longkang-longkang tu berwarna hitam dan berlumut tahap gaban. lelaki inilah (bunyi lagu Anuar Zain sikit pleaseee) yang selalu cari aku petang-petang nak suruh balik rumah sebab hari dah senja.



dulu masa kecik, kalau aku bergaduh dengan kakak aku, lelaki inilah yang selalu marah suruh kitaorang diam. lepas dah keluar bunyi suara halilintar dia, kitaorang lari berkeliaran bertempiaran masuk bilik. kalau aku terlampau nakal dan selalu buat lelaki ini hilang sabar, aku mesti kena marah dan waktu tu air mata pun tumpah macam toksik jatuh ke dalam air sungai.


kalau nak pergi sekolah rendah, lelaki inilah yang selalu hantar dan ambil aku petang-petang. sebelum diberi kepercayaan untuk berbasikal ke sekolah, lelaki inilah yang tak jemu-jemu ambil aku guna kereta Wira dia. kalau aku nak beg dan kasut sekolah cantik-cantik, lelaki inilah yang menemani aku. lelaki ini tak banyak cakap, tetapi arahan-arahannya sungguh teliti dan kemas.


waktu aku remaja, lelaki inilah yang selalu datang ke asrama bawak makanan dan duit belanja. dia selalu datang dengan isterinya. lelaki ini selalu mendengar masalah dan luahan hati aku, walaupun kadang-kadang nampak di raut mukanya macam tak berminat dengar citer aku. maklum lah, aku kan tengah muda-mudi waktu tu. cerita remaja yang membosankan !



waktu remaja aku tak sama macam remaja lain. lelaki ini telah banyak diuji oleh Penciptanya. dalam kegembiraan bersama geng kat sekolah, lelaki ini selalu mengadu sakit dengan penyakitnya. aku tak sanggup berjauhan dengan lelaki ini dan isterinya. aku selalu telefon tanya khabar lelaki ini kat isterinya. aku selalu rindu dan menangis. aku pesan kat isterinya yang aku sayangkan lelaki ini sampai bila-bila dan bersabar dengan dugaan hidup.



tapi sekarang aku dah besar. orang kata, dah cukup umur kalau nak dijadikan isteri orang. lelaki ini dah tak macam dulu lagi. lelaki ini dah tak sekuat macam masa aku kecik dan remaja dulu-dulu. lelaki ini lebih suka berdiam diri tetapi tak pernah berhenti bagi aku kata semangat, panduan dan nasihat hidup. aku respek dengan sifat penyayang dan pemimpin yang ada pada dirinya.


lelaki ini selalu berkongsi pengalaman dan pendapatnya mengenai cinta dan jenis lelaki  yang terbaik untuk dijadikan pilihan hidup. walaupun lelaki ini tidak banyak cakap macam isterinya, tetapi lelaki ini lebih memahami dan mengetahui lelaki pilihan hati mana yang terbaik untuk aku. jika lelaki ini tak suka teman lelaki aku, maka aku boleh nampak yang dia betul-betul tak suka. lelaki ini tak pernah paksa aku buat keputusan, tetapi dia selalu beri laluan untuk buat keputusan sendiri dengan terbaik.



pada masa akan datang, aku tak akan menjadi tanggungannya lagi. aku akan berada dibawah tanggungjawab suami aku pulak. tapi sebelum tanggungjawab itu dilepaskan, lelaki inilah yang akan menjatuhkan tanggungjawab untuk menjaga aku ke bahu suami. lelaki inilah yang akan menikahkan aku dengan suami. lelaki inilah yang akan memegang tangan suami semasa akad nikah gua nanti. lelaki inilah yang akan duduk bersila berhadapan dengan suami nanti.



lelaki inilah yang akan melihat aku menangis sebak semasa akad nikah aku berlangsung. lelaki inilah yang aku akan peluk setelah sah menjadi isteri kepada suami. aku tahu hatinya akan sedih kerana melepaskan anak yang disayanginya, tetapi dia harus melepaskan aku kepada lelaki lain yang boleh menggantikan tempatnya.


aku tahu air matanya akan tumpah jugak selepas aku tak akan duduk sebumbung dengannya kelak. lelaki inilah orang yang paling sibuk semasa majlis perkahwinan aku berlangsung nanti. lelaki ini mesti sebak bila nampak aku pakai busana pengantin dan naik pelamin bersama suami nanti. lelaki inilah yang akan memberikan sepenuh kepercayaan kepada suami untuk menjaga, membimbing, memimpin dan menyayangi aku hingga ke nafas akhir. lelaki inilah !


abah ku, Ahmad Ridzwan Bin Sailan



terima kasih abah atas segalanya.
terima kasih kerana mendidik dan membesarkan aku hingga ke hari nie.
tanpa abah dan emak, aku tak akan berjaya hingga ke tahap ini.
terima kasih
i love both of you.






*ini entri homesick sebab sabtu nie gua dah kena chow balik Melaka*









Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted