-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

cinta pertama + ego = sila pergi mampus !


#1



gua dah melalui 3 kali pengalaman bercinta setakat nie. baru tiga kali je weh, tak banyak pun. orang lain lagi hebat. ada yang dah berpengalaman sampai 5 6 kali. setakat 3 je ? alahai, gugur rambut gua.

kali pertama, gua bercinta dengan mamat yang tua 2 tahun daripada umur gua. ini cerita zaman gua budak hingusan lagi. cinta budak hingusan apa lah sangat. buat seronok jiwa raga je. malam-malam dok gayut. gua pun dok asrama dulu, so gua tak boleh nak gayut lama-lama. kalau bawak handphone kat asrama dulu, gua rasa satu kenikmatan yang tak terhingga.

dating pun tak pernah. jumpa sekali dua je. gua sibuk nak SPM. dia sibuk buat A-Level. gua budak tak pandai tapi dia budak genius. gua sayang dia gilerrr gilerrr waktu tu. maklum lah, bak kata pepatah zaman purbakala "what's the fucking beautiful first love dudeeee ".

tapi malangnya, cinta antara gua dan dia tak kesampaian. gua meroyan habis lepas kami berpisah. kami sepakat putuskan hubungan sebab dah tak serasi. cinta memang senang nak diputuskan, tapi rasa sayang bukan senang nak dilupakan.






#2




kali kedua, gua bercinta dengan sorang mamat nie. waktu nie pun gua masih budak hingusan. tapi sayang, cinta gua kat dia tak pernah ikhlas. gua tak boleh sayang dia macam gua sayang kat mamat #1. gua bercinta dengan dia pun sebab tujuan utama ialah untuk mengubati luka di hati.

gua tengok dia bukan main jujur dengan gua. dia sanggup datang dari jauh sebab nak jumpa gua. gua salute sama dia. depan dia, gua jadi hipokrit nak mampos. setiap kali berborak, gua pura-pura bahagia depan dia. tapi hakikatnya, tak ada sikit pun rasa sayang kat dia. oh, gua memang jahat.

gua rasa gua terlalu jahat dan dia terlalu baik untuk gua. sampai satu masa gua memberanikan diri mengaku depan dia (dalam handphone lah, gila lu nak gua mengaku depan lubang hidung dia). gua cakap gua tak boleh nak sayang dia. gua tipu dia dan gua mintak maaf. gua tinggalkan dia macam tu je. 

dia pun diam tak terkata apa. dia dah tak pernah hantar message mahupun telefon gua macam biasa. gua rasa dia terlalu kecewa dan terkejut dengan kata-kata gua. setahun lepas tu, gua dapat tahu dia dah pun jumpa awek baru. fuh, lega. gua ingat dia bunuh diri ke hapa. kahkahkah ! okay, tak kelakar.





#3

kali ketiga, gua bercinta dengan mamat lain. kali nie gua tak bercinta masa gua budak hingusan lagi. gua dah besar dan akil baligh matang. waktu tu gua dah masuk alam kampus.

gua kenal dia melalui Friendster. asalnya hanya kawan biasa je. bila dah lama berkawan, dia melamar gua jadi kekasih dia. gua pun tak pikir panjang gua terima je dia sebagai kekasih gua. waktu nie gua dah mula serius dengan percintaan. tapi dalam masa yang sama, rasa sayang kat mamat #1 masih ada.

tapi gua tak sangka, bila dah betul-betul serius dengan mamat nie, perasaan sayang gua kat mamat #1 dah makin hilang hilangggggg dan terus hilang. mamat nie matang, penyabar dan pendiam. lain daripada mamat #1 dan mamat #2. bermula dari situ, gua dah mula sayang lebih kat mamat nie. 

pejam celik pejam celik, gua dengan mamat nie dah 3 tahun bersama. tak ada lah lama sangat pun kan, tapi lama lah jugak. walaupun dengan mamat nie, gua rasa gua dah jumpa true love, tapi banyak sebenarnya dugaan dan cabaran yang gua lalui. kesimpulannya, dengan mamat nie gua kena paham kerjaya dia yang cukup sibuk.



tapi gua pun macam perempuan lain. adakalanya gua tak boleh jadi sabar. bila perasaan marah menguasai diri, gua buat keputusan untuk berpisah dengan dia. dia tak pernah pun mintak berpisah dengan gua. gua dengan perasaan ego yang menggunung, gua tinggalkan dia terkapai sorang-sorang.

gua nak bina hidup baru la kononnya. tapi hampeh, gua tak boleh. ada mamat-mamat lain approach diri nak berkawan serius dengan gua, tapi gua tak boleh terima semuanya. gua tak nampak keikhlasan di hati mamat-mamat yang nak berkawan serius dengan gua.

baru gua sedar yang gua sebenarnya masih memerlukan dia. gua susah nak lupakan dia.  gua rasa dia yang terbaik setakat nie, walaupun gua selalu terasa hati dan kecewa. gua kena terima kelemahan dia. gua sepatutnya kena jadi the best supporter untuk dia, tapi gua tak pernah jadi macam tu kat dia sebelum nie. hanya sebab ego gua yang tinggi. waktu nie,rasa sayang habis-habisan kat mamat #1 yang dulu dah hilang entah kemana.

satu hari tu, gua beranikan diri cakap kat dia. gua masih sayangkan dia lagi. walaupun agak lama kami terpisah sebab ego diri gua, gua mengaku gua masih perlukan dia. dia pun cakap macam tu kat gua. rasanya kali nie gua tak perlu cari laki lain untuk ubat hati gua macam gua buat kat mamat #2 dulu sebab nak lupakan mamat #1. tidak untuk kali nie, sebab gua dah dapat semula apa yang gua cari dan sayang selama nie.




tidakkkkkk !! *tetiba je menjerit. gila ke ?*

pada pendapat gua, kalau niat kita salah untuk mencintai orang lain, gua jamin hubungan tu takkan kekal dan tak kemana pun. atas sebab kita masih sayangkan orang lain, kenapa kita nak lukakan hati orang lain yang tak bersalah dan terpaksa jadi mangsa keegoan diri kita ?

semua orang cakap "susah nak lupakan cinta pertama bla bla bla". gua pun macam tu dulu. tapi kalau kita terus dok terkenang cinta pertama zaman purba dulu kala, sampai bila kita nak berjaya lupakan cinta pertama tu ? kalau kita tiba-tiba teringat, cepat-cepat lah halau perasaan tu. nie tidak, pantang teringat cinta pertama, mula lah bukak lagu jiwang romantik kuat-kuat kat handphone. lepas tu menangis sorang-sorang trang tang tang kat atas katil.

jadi, mulai hari nie, gua harap anda langkah maju ke hadapan, jangan toleh belakang lagi. kalau anda toleh belakang, gua baling dengan pasu bunga mak gua nanti. berhenti lah mainkan perasaan orang lain yang tak bersalah, apa salahnya berterus-terang and get your own life mannnnnn.

see ? tiada istilah yang mengatakan cinta pertama takkan sesekali boleh dilupakan okay. boleh je dilupakan TAPI hanya bila anda berusaha untuk melupakannya !

dan, ego itu boleh membunuh diri kita. tapi kadang-kadang ego itu pun perlu dalam sesetengah perkara. bezanya, cara kita menggunakan ia sama ada baik atau tidak.





Comments
4 Responses to “cinta pertama + ego = sila pergi mampus !”
  1. 3 pon cite mcm 6,7 kali. heee
    pnjg wooo

  2. yeah, memang panjang ! :D

  3. first luv says:

    kue kembali smangat pas bace ko pnyer story la...kue raser kue thu pe yang kue nak buat pas kue baru pas ptus cnter nie....thanks cz share your story

  4. no biggie dear. good luck ! :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted