-

DROPPY BOX
THE BLOGGERS

- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Wednesday, March 2, 2011 · 10 Comments
hari nie aku tension betul dengan seluar sukan jenama Cheetah. tak tahu lah kalau memang betul aku yang bersalah atau tidak, tapi rasanya aku tak bersalah weh ! petang tadi aku turun trek untuk berlatih long distance running sebab rasa stamina aku dah makin berkurangan. aku pun berlari macam biasa sambil pasang jam digital aku. sedang syok berlari, tiba-tiba aku terdengar bunyi 'prap' !
aku terhenti di tengah-tengah jalan trek. rasa macam kenal je bunyi tu. memang aku kenal ! aku pun tengok baju di bahagian kiri dan kanan. eh tak ada apa-apa yang berlaku, elok je. aku tengok pulak seluar trek di bahagian kiri dan kanan, pun tak ada apa pun yang berlaku. aku pun berfikiran 'oh mungkin bunyi kasut bergesel dengan trek kotttt'. aku pun menyambung larian.
baru selangkah dua berlari, telinga aku berdesing sekali lagi bila dapat tangkap bunyi 'prap'. kali nie bunyi tu lagi kuat dan bernada panjang. cis melampau lah nie ! aku check semua sudut di baju dan seluar, memang tak ada apa-apa. sekali tu aku baru teringat yang aku lupa nak tengok bahagian tengah seluar trek tu. aku pun belek-belek seluar trek jap. tak sampai seminit dua lepas aku check, aku mencarut tahap gaban !!!! bangang betol, dia buat hal lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
aku memang panas betol lepas dapat tahu bahagian tengah seluar trek koyak lagi. aku pandang kiri kanan, tak ada orang perasan. kebetulan petang tadi, aku sorang je yang berlari atas trek. yang lain sibuk training atas court dan padang. so, memang tak ada orang yang berdekatan dengan aku. ikut hati, nak je aku jerit 'babi' kat tengah-tengah trek tu. geram weh ! walaupun geram, tapi aku cuba buat-buat tak tahu. dengan muka yang cuak-cuak sebab takut orang lain perasan, aku nekad jugak nak sambung larian sebab nak mencukupkan tempoh masa aku berlatih.
sampai je kat hostel, aku terus basuh seluar trek dan lepas kering nanti, aku nak jahit balik. macam biasa laaaaa, ni bukan kali pertama aku kena. takkan nak buang kot, aku beli bukan sehelai dua. mahal tu ! 6 helai sekaligus, last-last semuanya koyak di bahagian tengah. mak aku jugak yang kena jahit seluar guna mesin jahit. kalau tak jahit dengan mesin jahit, jangan harap nak tengok seluar trek tu tak terkoyak lagi sampai bila-bila.
kat sini, aku tak tahu lah sama ada salah aku atau pun memang salah seluar trek nie. nak kata aku beli seluar tersalah saiz, tak pun. aku selalu suka ambil saiz besar sikit daripada kaki sebab nak rasa selesa dan angin dapat masuk. nak kata aku terlebih lasak kangkang sana sini macam beruk, tak pun. cuma biasa je bersukan macam orang lain. lompat sana sini, lari sana sini.
aku suka beli seluar trek Cheetah sebab selesa dengan 'air-conditioning' kat seluar tu. kalau beli seluar trek Cheetah, aku suka beli yang single lining (tak ada lapisan kain kat dalam) sebab rasa lebih ringan untuk bergerak aktif. tapi yang buat aku makin geram dan hairan, kenapa semua koleksi seluar trek Cheetah mesti wajib terkoyak di bahagian tengah dan kedua-dua zip seluar kat bawah wajib untuk rosak ? anda pun mengalami benda yang sama tak ? adakah disebabkan kualiti seluar trek Cheetah dah menurun ? ke sebab aku yang terlebih lasak dan sudah semakin gemok ? macam celaka.
![]() |
nasib baik waktu nie dia tak buat hal depan orang ramai. maklum lah, masih berbau kedai lagi lah katakan. kahkahkah ! |

ASYIQIN RIDZWAN

" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
pakai jenama antioni la...lg best...waterproof...harga sekitar rm26...single lining...agak bergetah sket belah dalam
kat the store banyak jual...lg pon seluar nih materialnye keras sket jek...lebey kurang mcm cheetah...bergetah sket maksudnya material belah dlm mcm melekit sket tp x de hal...jgn x pkai spender dhle...klu x melekat/melekit nanti...tujuannya klu kte bersukan kene air x le basah sampai ke dalam...tp selesa...x teruk sgtle melekitnye...klu jenama forest lembut sgt...
sye suka pakai trek single lining cheetah kain nylon nih time tdo tanpa pakai spender...
anonymous : terima kasih for dat brilliant idea ! :)
nia baizura : really ? best kan, sebab dia berangin dan nipis. tapi sye tak suka pakai time tdo sebab rimas. sye tdo wajib dengan shorts. hehe ! :)
bg sy cheetah ksar sgt...forest sigle lining ok...lembut...pkai time tdo je...tp xpkai spender...mmg sdap...
hahaha tak pakai spender tu tak tahan betol kelakar.
love ur story.huhuhu susahnye nk nampak awek pkai sluatrek suit skrang ni.comel sngt
best kan pkai tracksuit masa mido.klau sye bagun pagi dh keras lain mcm sebab bergesel ngn track..💦
stim lain mcm klau bergesel tu
Kt mane jual tracksuit ni humm