-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

U JUMP, I JUMP.



sapa tak pernah tengok cerita Titanic ? ah, bodohnya soalan gua.

Titanic arahan James Cameron merupakan sebuah filem yang pernah menjadi satu fenomena suatu masa dulu. ada banyak versi filem nie yang gua pernah jumpa kat kedai mahu pun internet. ada yang buat filem sejibik sejiban macam nie, cuma hero dan heroin je yang diubah. retard gila. dan yang tak boleh blahh, trailer filem Titanic 2 oleh The Asylum telah pun dirasmikan. what the F !

banyak mana pun versi filem Titanic yang dibuat, hati gua tetap menyokong Titanic yang diarahkan oleh James Cameron. dulu gua tak tau pun cerita Titanic tu wujud. suatu hari, family gua membeli-belah di sebuah mall. gua nampak abah beli 3 keping CD original dari kedai cd, salah satu CD tu adalah cerita Titanic. waktu tu gua baru berumur 9 tahun, apa lah yang gua tahu pasal dunia filem nie. kali pertama gua tengok cerita Titanic tu merupakan fenomena yang betol-betol 'fenomena' dalam hidup gua. bukan setakat gua je sorang sorang yang berfenomena, family gua sekali sama-sama berfenomena dengan gua. kahkahkahkah !


antara fenomena-fenomena Titanic yang pernah berlaku dalam family gua ialah :-

1)  bila cerita dah start dan scene lebih banyak memaparkan kemewahan hidup Rose, gua blurr sebab gua terlalu kagum sampai tak terkata apa-apa.


2)  gua tengok mummy gua menangis teresak-esak bila sampai je scenes yang memilukan hati. gayanya macam gua dah tak akan dapat adik lagi lepas tu. (untuk masa tu lah. sekarang adik gua dah ada 2 orang, besar diorang macam gergasi).


3)  gua kutuk tahap gaban kat nenek tua (watak Rose dah tua bangka) dalam cerita tu kaw kaw sebab gua tak suka dia. entah lah, gua pun tak tau pasal apa gua anti sangat kat nenek tu.


4)  gua tanya abah gua banyak kali pasal apa Jack naik Titanic dengan hanya membawa beg galas kecik kat atas bahu dia. abah gua sampai malas nak layan soalan gua yang membosankan tu. memang membosankan pun, macam tak ada benda lain nak tanya ye tak ?


5)  masa tu gua budak kecik, mana gua tahu sangat. jadi, gua tanya abah gua sekali lagi pasal apa tempat bilik Rose besar dan cantik nak mampos tapi bilik Jack kecik gila. sampaikan jamban dan sinki pun ada dalam bilik tu sekali. sumpah, memang gua budus sebab gua ingat kapal tu ada satu tingkat je.


6)  mata gua membulat bila tengok scene Jack melukis gambar bogel Rose. pergh, indahnya ciptaan Tuhan ! tapi apa je yang gua paham waktu tu. yang gua paham, Rose sedang berbogel dan Jack sedap sedap je lukis gambar Rose yang sedang ber'free show' kat depan dia. kehkehkeh !


7)  gua marah Rose sebab bagi duit upah melukis seposen je kat Jack. kedekut barai punya minah. bagi lah duit kertas sekeping dua, baru lah nampak ada penghargaan sikit. (gua peminat fanatik Jack waktu tu, tak hairan lah kenapa gua marah sangat)


8)  keluarga gua tiba-tiba menggelabah bila dah sampai scene Jack dan Rose berasrama berasmara kat dalam kerete antik tu. ada yang berpura-pura pergi tandas, ada yang berpura-pura baca surat khabar, ada jugak yang berpura-pura pergi dapur buat air. ceh, bila gua dah besar baru lah gua tau kenapa dulu family gua jadi kabut macam tu ! yang pasti gua tersangatlah teruja sebab tengok kereta antik tu berwap sampai macam tu sekali.


9)  kakak gua menjerit-jerit marah kat tunang Rose (lelaki jahat apa ke namanya tu, aku pun lupa) sebab letak kalung mahal kat dalam baju Jack dan Jack terpaksa digari di tingkat bawah kapal. apa masalah kakak gua, entah lah gua pun tak tau. datang bulan kot ?


10)  yang gua masih ingat, masa scene kapal Titanic tu terpatah dua, gua memang tak bergerak langsung. mata gua tak terkelip untuk tempoh yang agak lama. gua pun tak kisah kalau bontot gua jadi keras berkematu waktu tu sebab terlalu teruja. mulut gua langsung tak bergerak menghasilkan apa jenis bunyian, hatta bunyi nafas. apatah lagi kaki dan tangan gua. punya lah hebat James Cameron buat filem ye tak !


11)  abah gua buat muka dramatis bila tengok scene Rose lepaskan Jack ke bawah dasar laut. mummy dan kakak gua tak usah cakap lah, semua mata berair kecuali gua. gua tak menangis sebab gua memang tak faham apa itu rasa sedih dalam cerita Titanic. gua kan budak hingusan lagi waktu tu. *alasan semata-mata*


12)  sekali lagi gua bengang dengan nenek tua dalam tu bila dah sampai scene dia buang kalung mahal tu kat dalam laut. dah tua bangka pun nak panjat pagar kat atas kapal tu ke ? lu buang kalung tu macam tu je pun dah okay, tak perlu panjat panjat. gedik dowh ! *apa lah salah nenek tua tu kan ?*


13)  scene yang paling gua ingat sampai ke hari nie ialah scene Rose bermimpi dan jumpa balik kesemua orang-orang yang dah mati dalam tragedi kapal Titanic karam tu, termasuklah Jack. ala, yang diorang bercium kat tangga jam tu. kehkehkeh ! yang tu memang gua touching nak mampos sebab melalui scene tu baru gua tau betapa tragiknya cerita Titanic nie. gua budak lembap nak paham. sapa tengok wayang dengan gua memang tension sebab gua jenis yang banyak bertanya. kahkahkahkah !






bila gua dah tamat sekolah menengah, baru lah gua faham keseluruhan jalan cerita Titanic nie, termasuklah segala dialog Jack dan Rose dari awal sampai habis. dulu gua tak paham satu hapa pun. yang gua paham, Titanic tu adalah kapal yang paling besar pada abad tu dan karam sebab langgar iceberg. what the heckkkkkkk ! akibatnya, sampai ke hari nie, gua masih lagi melayan cerita Titanic walaupun dah berpuluh kali gua layan kat laptop. dan gua mengaku sampai sekarang gua masih menangis bila tengok cerita Titanic nie. kalau gua tengah layan blues sedih pilu, gua mesti bukak Youtube dan tengok klip video Celine Dion dalam Titanic Theme Song nie. tersentap jiwa gua untuk beberapa minit dengan tagline 'U JUMP, I JUMP' tu. *senyum sambil terkentut-kentut*


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted