-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tak sabar nak dapat cucu dah.


sekarang umur aku dah 21 tahun. pergh, muda bergetah lagi. kalau ada orang nak masuk meminang pun sodap nie (promote diri sendiri). oh lupakan je bab pinang meminang nie. aku tak sedia nak kawin lagi buat masa nie, tapi aku cuma tak sabar nak kawin je. kahkahkahkah ! pergh muda lagi kot. untuk pengetahuan anda, dalam keturunan aku selalunya muda-muda dah kawin. umur 22 tahun ke atas dah layak benar nak pegang status keramat tu.

aku suka usik mummy kalau pasal bab kawin. mummy memang mudah tersentap kalau terpacul perkataan 'kawin' daripada mulut aku. kalau tengah potong sayur pun boleh tersentap seketika bila dengar perkataan tu. asal cakap perkataan 'kawin' je mesti dia jadi semangat.


"mak, kite nak cakap pasal kawin nie"

"HAH, apa dia ?" (terus tersentap dan segala pergerakan memasak terhenti)

"nanti kalau ada orang masuk meminang dalam masa terdekat nie ke...gua rasa eh kite rasa kite tak nak terima la mak"

"kau nak makan pisau potong daging mak nie ?!" (psycho gila sambil potong sayur kuat-kuat)


pergh aku pulak yang tersentap habis ! aku terus melompat  dan lari dari situ sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. pelik bebenor lah aku dengan mummy nie. kalau bab kawin, dia memang teruja. macam dia pulak yang nak kawin. aku nie relaks je. bangun pagi pun pukul 11 lagi. kehkehkehkeh !

malam tu aku menempel lagi kat mummy dalam bilik dia. kantoi selalu lepak bilik orang tua walaupun aku dah tua bangka. mula-mula, aku mengintai dulu dari celah langsir master room. aku tengok mummy sedang membelek-belek album gambar zaman dulu-dulu. seronok ni kalau aku masuk sergah dia, mesti tersentap habis.

tak sangka, mummy tersentap sampai terjerit kuat dalam bilik. nasib baik abah tak ada, abah pergi dialysis macam biasa. aku tengok muka mummy. awat lah muka dia sedih bebenor, tak sanggup aku nak tengok. ada bekas air mata mengalir di celah kelopak mata mummy. perlahan-lahan aku duduk bersila tepi mummy.


"apesal nie mak, buruk bebenor mak kalau nangis. tak mau la nangis nangis. tak comel dah."


"mak sedih lah tengok gambar-gambar kamu waktu kecik dulu. anis, tiqah, kamu, ajib, iyah demok. teringat kamu kecik-kecik dulu manja sangat dengan abah mak. abah mak nak dating berdua pun kamu nak ikut."

"eh dah le tu. tu zaman dulu-dulu. sekarang nie gua..eh eh kite takkan kacau abah mak nak dating lagi dah."

"sebab tulah mak tak sabar nak tengok kamu semua naik pelamin".


sumpah aku terkedu seketika lepas tu mummy cakap macam tu.


jiwa mak bapak nie memang mudah tersentuh bila usia semakin dimamah usia. kadang-kadang benda yang biasa bagi kita mampu buat diorang terasa. aku suka tengok muka mak bapak aku kalau tido. muka paling tulus dan penat pernah aku tengok dalam hidup. kadang-kadang tu kalau mood jahat aku datang, aku suka kacau masuk bilik diorang waktu diorang sembang romantik dalam bilik. konon nak ambil barang dalam tu la tapi lakonan je semata-mata. lepas tu akan cakap macam nie "sorry salah timing masuk bilik laaa..".  tak lama lepas tu aku mesti dengar suara mummy membebel. kehkehkehkeh !

mak aku pernah cakap macam nie kat aku masa aku tengah potong sayur kat dapur suatu masa dulu. pergh, sejak kebelakangan nie aku pulak yang selalu tersentap bila cakap pasal kawin. mummy pulak selalu yang usik aku.


"qin kamu nak satu benda tak ?" 

"apa benda mak ?" (menjeling-jeling kat mummy sebab takut kena soalan cepumas)

"abah mak dah semakin tua. tak sabar nak ada cucu. bila-bila masa walaupun dalam masa terdekat nie kalau ada orang masuk meminang kau, mak terus terima. tak ada tapi-tapi dah !"


OMG ! aku tersedak dan tangan aku terus automatik jadi laju gila potong sayur tu.



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted