-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

sungguh 1 MALAYSIA !







gua ada seorang kawan, namanya Izzati. kawan gua nie sangat baik. lembut je suara dia, tapi kepala gila-gila. gua rasa dia sangat unik dan lain daripada yang lain. nak kata dia spastik, gua tengok dia tak spastik sangat pun. tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia, tak sah kalau gua tak gelak. paling kurang pun gua mesti tersenyum kambing. dia memang sangat kelakar, tapi dia tak sedar yang dia tu sebenarnya kelakar. boleh tak camtu ?

satu malam dia berborak dengan gua dan kawan gua yang sorang lagi. kami berborak pasal industri cerita tamil (macam tak ada benda lain nak borak kan ?). dia gebang kat gua pasal apa istimewanya cerita tamil nie dan cabar gua suruh tengok cerita tamil kat panggung wayang. gua terkedu seketika. pergi tengok wayang semata-mata nak tengok cerita tamil ? sumpah gua takkan buat.

dia berkongsi pengalamannya tengok cerita tamil kat panggung wayang. gua memang teruja dan berminat nak dengar cerita dia, memandangkan dia lah orang melayu pertama sangat berminat dengan cerita tamil yang pernah gua jumpa. yang gua tak tahan tu, dia minat cerita tamil sampai sanggup layan kat panggung wayang. OMG ! kalau gua, gua memang surrender awal awal. nak masuk dalam kelompok orang tamil dan tengok cerita yang gua sendiri tak paham, memang gua tak sanggup nak buat.

gua teringat satu petang masa gua nak pecut motor cabuk gua, gua terserempak dengan zati nie. zati yang ayu berbaju kurung dan bertudung tegur sapa gua yang waktu tu tengah sibuk menghidupkan enjin motor. gua tengok dia dari atas sampai bawah. fuh, gua ingat perempuan mana lah yang tegur gua macam halilintar.


gua : beb, kau dari mana nie ?
zati : dari Mahkota Parade lah beb. kau nak pergi mana ? merempit lagi ?
gua : kau macam tak biasa dengan aku. beb, kau gi MP tengok wayang ke hapa ?
zati : aah, aku pergi tengok wayang tadi.
gua : serius ? kau tengok cerita apa ? cerita apa yang best sekarang kat wayang ?
zati : aku mana tau. tapi tadi aku tengok cerita tamil. aku dengan alia je orang melayu kat dalam tu.
gua : kau gila ??


gua terus ketawa terbahak-bahak dengar jawapan dia. biar betik zati nie. gua tak pernah jumpa manusia berbangsa melayu yang sanggup tengok cerita tamil kat dalam panggung wayang. mungkin ada lagi orang melayu lain yang menjadi penggemar tetap cerita tamil macam zati nie dan terlalu obses sampai sanggup layan cerita tamil kat panggung wayang. kalau beli CD ke, download di internet ke, gua boleh terima lah jugak. tapi gua memang salute sama zati. sebab dia tersangatlah sanggup !

malam tu zati cerita balik pengalaman dia tengok cerita tamil di panggung wayang. itu pun lepas gua paksa dia bercerita. bersemangat gila dia bila plot cerita semakin menarik. untuk kefahaman anda, gua dah simpulkan dan edit ayat untuk menerangkan semula cerita zati kat gua malam semalam di bawah nie. gua harap anda paham.


"pada mulanya kitaorang pergi berenam, memang dah rancang nak tengok wayang. so pergi lah ke MP. sampai je kat tingkat atas MP, aku tengok semua cerita yang ditayangkan langsung tak menarik. tapi aku nak jugak tengok wayang. diorang semua nak tengok cerita cinta entah apakebenda namanya tu. aku tak minat langsung cerita cinta, so aku bercadang nak tengok cerita tamil. semuanya tak nak ikut aku tengok cerita tamil, aku pun decided nak tengok sorang sorang. alia kesian kat aku, so dia pun ikut temankan aku. 

lepas tu, aku pergi beli tiket kat kaunter. cashier tu orang India. lembut je suara akak India tu. akak India tu tanya aku nak tengok cerita apa. lepas tu aku sebut 'Sing*****' dengan fasih dan laju. aku rasa dah cukup kuat dan jelas suara aku time tu. tapi akak India tu terkejut dan tanya aku balik 'ha??'. kali kedua aku sebut perkataan Sing***** tu, dia gelak kuat gila sampai semua orang terkejut tengok dia macam tu. dia cakap "aiyooo ini baru kali pertama saya tengok orang melayu mau tengok itu cerita tamil lepas dua tahun saya jaga ini kaunter. sungguh 1 MALAYSIA !". bila cerita ditayangkan, aku tengok cuma ada 4 orang je dalam panggung wayang tu. 2 orang India dan 2 orang lagi tu adalah aku dan alia. sebab tak paham satu hapa pun, alia tido nyenyak gila kat sebelah aku. aku pulak enjoy layan cerita tamil walaupun aku agak stress sebab cerita tu langsung tak ada subtitles. tapi cerita tu memang best !"


oh zati, lu memang terbaik ! lu sungguh 1 Malaysia ! gua tabik spring sama lu. kalau gua jadi lu, gua memang tak sanggup. kenapa gua tak sanggup, hanya gua je yang tahu sebabnya. kehkehkehkeh !


Comments
4 Responses to “sungguh 1 MALAYSIA !”
  1. lepah nie leh la pkat2 ramai2 tgok ceghita tamil naa wat rombongan hehehhehe...pape pun nice=).

  2. haha boleh2 tapi nanti sye orang pertama yang berdengkur. :D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted