-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

gua geram sekejap je burung oi !


pagi tadi telah berlaku satu scene yang lawak gila kat dewan kuliah aku. sebenarnya tak ada lah lawak mana pun, tapi scene tu membuatkan aku teringat satu peristiwa hitam kat matrikulasi dulu. sebijik macam nie, cuma bezanya peristiwa yang kat matrikulasi tu jauh lagi dahsyat.



pagi tadi, masa aku dan member kelas sibuk berborak kat bahagian belakang kelas (padahal lecturer sibuk mengajar kat depan), tiba-tiba kitaorang dikejutkan dengan bunyi kuat hentakan kat cermin tingkap dewan kuliah. semuanya tersentak dan tergamam bila tengok kejadian tu. rupa-rupanya ada seekor burung terlanggar cermin tingkap tu dan part yang paling lawak ialah bila burung tu boleh pulak sambung untuk terbang ikut burung-burung yang lain. member gua cakap "weh, burung tu tengah pening !". bila burung tu blahh, masing-masing terus tergelak sambil terhinjut-hinjut bahu. masing-masing nak gelak keluar suara tak boleh sebab takut lecturer dengar, tak ke naya tu ?



aksi perlanggaran antara burung dengan cermin tingkap tu tadi telah mengingatkan aku kepada seekor burung yang aku anggap 'burung yang suka cari pasal' masa masih belajar kat matrikulasi dulu. pergh, aku memang hot betul dengan burung tu, walaupun aku tau burung tu tak sengaja buat macam tu.



kejadian berlaku pada hari Ahad dan kalau aku tak silap waktu tu jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. kiranya aku nie agak cemerlang lah jugak sebab bangun awal pagi untuk buat revision sorang sorang. maklum lah, waktu tu semangat aku masih berkobar-kobar nak belajar sains hayat. member lain semuanya sibuk berdengkur. ada jugak yang rajin basuh baju kat toilet. tapi yang pasti, aku lagi rajin sebab study pagi-pagi walaupun hakikatnya aku bukan budak genius pun. *mintak kena baling dengan baldi mandi*


kalau study sorang-sorang, aku lebih suka pasang muzik kuat kat telinga sebab senang aku nak fokus. lepas tu aku suka study menghadap cermin tingkap sebab boleh ambil pemandangan alam yang indah dan udara segar di luar. jadi, cakap lah bunyi gebang macam mana pun yang ada di sekitar aku, aku memang takkan dengar. sebab tu member-member aku selalu tension kalau panggil nama aku setiap kali pasang headphone kat telinga.



"microbiology include bacteria, fungi, prokaryotes, bla bla bla bla..eh, WHAT THE FUCK ????????"



macam celaka, tiba-tiba ada seekor burung warna hitam masuk bilik aku melalui cermin tingkap yang terbukak luas. lepas tu sesedap hati dia je membuang cecair tahi putih melekit kat atas lengan baju aku. aku memang tersentap habis. siap menjerit dan menyumpah gila babi dengan burung tu. bila aku dah bersedia untuk baling buku kat burung tu, aku tengok burung tu dah hilang entah kemana. cis !



erk, tak boleh bayangkan lah apa perasan aku masa terkena lemparan tahi burung sampai macam tu sekali. hari Ahad aku terus berubah jadi taufan mood spoiler. pergh, lepas tahi burung tu dah sedap landing kat atas lengan baju aku, aku terus bangun dan berlari ke arah toilet macam orang gila. apa yang pasti, aku dapat rasakan betapa basahnya lengan, ditambah lagi dengan kebahangan haba daripada cecair tahi tu. aku tengok lengan aku tu macam tempat kuali goreng telur mata kerbau je. yang buat aku bengkek habis tu bila boleh pulak ada serpihan jagung kat dalam cecair tahi tu. tak apaaaaaa..jangan risau ye burung, aku geram sekejap je (padahal geram sampai bertahun-tahun). dammit.




ohoooooiiiii ! kalau kereta aku kena macam nie, boleh koma seminggu kot !




Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted