-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Review : Sanctum movie masyuk gilaaaaaaaaaa.



siang tadi, aku sempat layan satu movie best yang aku rasa anda semua patut tengok ! pada mulanya aku tak rancang nak tengok movie kat panggung, tapi memandangkan tiket bas lambat lagi, maka aku rasa harus layan satu movie. jadi, aku pilih untuk tengok movie bertajuk Sanctum.





memandangkan aku jenis yang malas baca surat khabar, maka adalah logik untuk aku tak tahu kewujudan filem Sanctum sebelum nie. jadi, malam nie aku tiba-tiba berhati baik untuk berkongsi pandangan tentang movie Sanctum yang sekarang nie sedang menyerang di pawagam berdekatan anda. kalau nak tau dengan lebih lanjut, aku sarankan anda bukak link Sanctum Movie nie.



untuk permulaan movie nie, aku rasa agak bosan sedikit sebab tak dapat lagi gambaran sebenar movie nie. bila tengok poster dia sebelum masuk ke dalam panggung, aku ingat nie cerita alien macam dalam Avatar tu. aku memang tak paham paham lagi. aku pulak tak hebat English, so aku tak tau apa maksud 'Sanctum' sebab aku tak bawak kamus waktu tu. oh WTF nerd yang nak mintak kena penyepak.



bila wayang dah mula, aku ingat director nak keluarkan watak alien ke hapa, tapi sampai ke hujung memang tak ada alien langsung. yang aku faham, movie nie berkisar mengenai keghairahan Frank Mcguire sebagai seorang penyelam terhebat nak mampos. kalau anda tengok di awal permulaan movie nie, anda akan rasa benci dan menyampah dengan watak Frank sebagai seorang bapak yang tak ada perasaan, even kawan dia mati depan mata dia. Frank ada seorang anak yang berusia 17 tahun iaitu Joshua. Joshua sangat benci dengan bapak dia, sebab dia rasa bapak dia tak pernah paham apa yang dia minat dan selalu paksa dia buat apa benda yang dia langsung tak minat. boleh faham ?



mula-mula, sumpah aku benci dengan watak Frank sebab macam selfish nak mampos weh. tapi sebenarnya watak Frank lah paling terbaik dalam movie nie. jalan cerita dia bagus sangat sebab penuh dengan suspen dan bermakna. scenes dalam movie nie pulak banyak yang buat aku rasa tak senang duduk. walaupun movie nie movie serius, namun director bijak memasukkan watak George sebagai 'peringan' kecemasan adrenalin aku sebab dialog dia tetap sempoi dan cool. tapi malangnya, watak George tak lama dalam movie nie. sob sob sob



aku paling benci watak Victoria (ke Veronica ? entah, aku lupa lah) sebab dia menggelabah gila, ego dan degil tak dengar cakap lepas tu nak marah marah tak tentu pasal. melalui movie nie, aku belajar tentang satu perkara. ya, perempuan memang tak patut melibatkan diri dalam aktiviti lasak macam dalam movie nie sebab sudah fitrah manusia, perempuan memang bersikap mudah panik. hanya lelaki je yang layak sebab hakikatnya lelaki lebih kuat daripada perempuan dan selalu berlagak cool walaupun dalam keadaan cemas, ye tak ? jadi, aku tanam azam yang aku tak nak cari pasal tiba-tiba nak melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak macam dalam movie nie. * tiba-tiba apesal ?*



watak Joshua lebih menyerlah bila movie nie dah nak sampai ke penghujungnya. mula-mula, aku ingat watak Joshua nie sekadar watak tambahan je sebab dia tak tunjuk sangat bakat yang dia miliki daripada bapak dia iaitu Frank, tapi sebenarnya watak Joshua adalah watak utama dalam cerita nie. aku tengok Joshua nie memang maskulin habis sampaikan tengok dia tak kelip mata. memang  pandai lah James Cameron nie kalau cari pelakon untuk filem dia. cis, aku rasa itu taktik dia sebagai director. kahkahkah !



aku mengaku, aku menangis sebanyak 4 kali dalam movie nie weh. pertama, masa Frank bagi kepercayaan kat Joshua untuk selamatkan pasukan diorang masa nak merentas atas pusaran air yang dahsyat gila tu. kedua, masa Frank hampir putus asa dan Joshua pulak yang bagi semangat waja kat bapak dia masa diorang tinggal berdua dalam gua tu. ketiga, masa Joshua terpaksa bunuh Frank dengan melemaskannya ke dalam air. Frank mintak Joshua bunuh dia sebab dia dah tak tahan dengan kesakitan yang dialami. macam celaka, part nie air mata aku memang mengalir tak hingat ! dan yang keempat, masa tinggal Joshua sorang je yang hidup then dia survive sendiri. waktu tu tiba-tiba bekalan lampu hijau dia dah kehabisan kuasa, so dia guna hadiah hari jadi kalung leher yang bapak dia pernah bagi masa dia kecik dulu. sedih gilaaaaaaa sebab aku dok bayangkan walaupun bapak dia dah mati, bapak dia dapat tolong dia survive untuk hidup walaupun hanya melalui cahaya lampu kat kalung Joshua tu. argh, susahnya aku nak cerita. anda tengok sendiri la nanti ye, baru senang nak faham kot !



victoria yang menggelabah.


masa nie diorang semua baru mula nak survive untuk cari jalan keluar.


bapak dan anak yang berjaya menyentapkan hati dan air mata perempuan gua !



secara kesimpulannya, movie nie sarat dengan mesej yang bagus. mesej tentang hubungan ayah dan anak, pengorbanan, semangat waja, sikap pentingkan diri, kasih sayang seorang ayah dan banyak lagi. aku suka cara penyampaian movie nie, banyak babak cemas main dengan air deras ala ala Titanic gitu. tiba-tiba terdetik di hati aku 'perghhhh James Cameron nie kalau buat filem tak boleh ke tak buat yang terbaik ha ?'. kahkahkah ! aku rasa nak beli CD original dia nanti sebab tak puas hati bila dapat tengok sekali je. memang tak sia-sia aku habiskan masa tengok Sanctum nie tadi. aku bagi cerita nie 5 bintang sebab hati perempuan aku banyak kali 'disentuh' oleh James Cameron !!!



Comments
2 Responses to “Review : Sanctum movie masyuk gilaaaaaaaaaa.”
  1. Emmy Lis says:

    betul3...mmg best gila tgk muvi ni...sama gak ngan aku..masa 1st mmg bosan..x pham 1 benda pn lg..tp bla dh sampai part tgah2...aduh..kaca mata 3D pn d betulkn..x nak senget2..hehe..kesimpulannya..SANCTUM BESTTTTT!!!!!!!!!

  2. yes me too ! kena pulak tengok yang 3D punya kan, pergh mantap gua cakap lu beb. gua memang menangis gila2 sampaikan abg kat sebelah gua tengok pelik kat gua banyak kali. keh3 :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted