-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mimpi bertemu suami dan anak yang tercinta.


malam semalam gua bermimpi satu benda pelik. pelik tapi sangat indah. mimpi tu buat gua rasa gua berada di awangan. buat gua rasa gua tak nak bangun dan mandi pagi. gua tak nak mimpi indah nie terhenti macam tu je. lu nak tau apa yang gua mimpi ?

gua mimpi gua dah ada anak dan suami oh ! pergh, mimpi apakah ini. tapi sumpah gua cakap mimpi tu buat gua rasa seolah-olah gua berada di alam realiti pada masa tu jugak. ada suami dan anak ? adakah itu merupakan satu perkara yang ganjil atau maha aneh atau menyeronokkan ? macam siot, gua dah gila rupanya.

dalam mimpi tu, entah zaman bila gua kawin tup tup gua dah keluar anak sorang. anak gua baby boy. kecik comel je anak gua. lepas tu datang pulak watak suami gua (ecewah, ayat yang sungguh menggelikan). gua tak pernah kenal suami gua dalam dunia realiti. gua tak pernah kenal dan nampak orang macam dia sepanjang 21 tahun gua hidup. tapi yang pasti, suami gua tu hensem macam Josh Hartnett dalam cerita Pearl Harbour. kahkahkah !

satu malam, gua mogok tak nak makan sebab suami gua buat gua terasa. gua pun merajuk macam haram. waktu tu dengan magiknya tiba-tiba anak gua dah besar jadi macam budak umur 2 tahun. puas suami gua pujuk suruh gua makan lauk yang dia dah masak kat dapur, tapi gua tetap kerek tak nak makan. lepas tu, gua mogok lagi lalu gua berlari masuk bilik. pergh, ingat nie cerita hindustan ke hapa nak merajuk lepas tu masuk bilik. masuk bilik ? kahkahkah ! gua tau otak anda sedang dalam mood kuning kannnnnnnnnn.

lepas dah merajuk masuk bilik, gua ingat suami gua nak pujuk gua sampai lebam ? rupa-rupanya haram dia nak buat macam tu. suami gua stay je kat luar dengan mendukung anak gua. diorang tunggu jugak gua sampai gua dah tak merajuk sebab nak ajak makan kat restoren luar. gua touching habis bila tengok suami gua setia menunggu gua sambil mendukung anak gua. bapak mithali tu ! gua pun tersenyum pilu sebab 'oh suami gua memang seorang yang penyabar dan penyayang'. gua rasa macam nak...........





dia suami gua, lu tahu ? *ayat mintak penampar*




siot, sumpah entri nie macam bangang dan tak ada point langsung. entri nie entri gila. sila abaikan ending entry nie sebab gua memang dah gila untuk malam nie. sekian, harap maklum.






Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted