-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

korek jangan tak korek nanti kau dikorek.


zaman sekarang banyak yang dah berubah. dah tak seronok macam dulu-dulu. kalau dulu parit belakang rumah nenek aku penuh dengan ikan yang boleh dimakan, tapi sekarang ikan nak dapat seketul pun payah kat situ. kalau dulu banyak pokok tebu yang tumbuh melata kat kawasan pokok pisang tu, tapi sekarang punya lah susah nak nampak sebatang. paling terseksa bila tiba-tiba tekak aku menggedik nak makan tebu yang ditebas segar segar daripada pokok asalnya. lain nikmatnya weh daripada kita minum air tebu yang dimesin, apatah lagi air tebu dalam kotak minuman tu.

aku suka zaman kecik-kecik kat rumah nenek dulu. sampai tahap aku bosan duduk rumah dan asyik nak tido rumah nenek, bermakna aku suka sangat duduk kampung nenek aku. dulu petang-petang aku suka rembat basikal tua nenek aku yang ada dua tayar besar nipis tu dan bawak ronda satu kampung. sepanjang meronda, tangan aku tak boleh diam. ada je benda yang nak dirembat kalau ternampak. bila penat meronda dan sampai ke rumah nenek, macam-macam khazanah boleh jumpa dalam bakul basikal tu. ada tebu. ada kelapa muda. ada buah kacang. ada pisang. pergh ! ikan je tak ada.

salah satu rutin harian kalau aku tido rumah nenek aku ialah mengorek pasir pantai untuk mencari remis dan mengutip kerang ! kenangan gilaaaaaaa. kiteorang selalu start mengorek seawal jam 8 pagi sampai lah matahari dah tinggi atas kepala. dulu memang seronok sebab banyak sangat remis berwarna kehijau-hijauan yang aku dapat setiap kali pergi mengorek. duduk mencangkung kat pantai dengan khusyuknya sambil mengorek pasir pantai guna sudip nasi. korek sikit dah dapat remis, korek sikit je dah dapat. terpancut-pancut remis tu bila aku kutip dari dalam pasir. hasil yang aku dapat tak pernah mengecewakan jiwa aku.




tapi malangnya zaman sekarang semuanya berubah. petang tadi, aku, adik dan sepupu sepapat bersaja-sajaan ke pantai belakang rumah nenek yang suatu masa dulu pernah menjadi tempat permainan kami. memang dah lama tak pergi pantai belakang sejak aku belajar di sekolah menengah. harap je pantai belakang rumah, tapi malas gila menjejakkan kaki kat sana. 

dengan bersemangatnya aku membawa sudip-sudip cedok nasi dan plastik bersaiz besar untuk mengorek remis macam zaman dulu-dulu punya. bila sampai je kami ada masalah dalam mencari kawasan yang sesuai untuk mengorek. what the heck, apesal kawasan pasir semuanya macam dah nak pupus nie. oh ya, air laut pasang lah petang tadi. pusing punya pusing, akhirnya kami dapat jugak port yang tersorok baik punya. semangat mengorek pasir cari remis sedang menggilaaaaaaaaaaaa....untuk waktu tu je lah. dammit !

semuanya semangat sampai mencangkung mengorek pasir tapi satu hapa pun tak dapat. lumpur je banyak yang kami dapat. selama hampir setengah jam mengorek, cuma dapat seketul je remis. itu pun saiz dia cinonit gila seolah-olah mintak simpati tak bagi kami nak bawak balik rumah. tapi bawak balik jugak akhirnya sebab nak dijadikan bukti dan gembirakan hati yang terkilan tak dapat banyak remis.





walaupun balik dengan tangan kosong dan sudip-sudip cedok nasi yang dah penuh dengan pasir, tapi sekurang-kurangnya aku release tension bila menghadap pantai nie. luas je pemandangan seluas dahi mamak depan kedai Happy Angel Cake tu. bila aku nampak laut, entah kenapa aku rasa kehidupan aku pun macam tu. tak ada sempadan dan terlalu jauh lagi perjalanan hidup yang harus aku lalui sekiranya aku diizinkan Allah swt untuk terus bernafas. ye, hidup harus diteruskan. Subhanallah. *merenung air pantai sambil tangan kuis-kuis pasir*





sejak kebelakangan nie, orang yang tengok aku mesti tak puas hati sebab aku macam steady je. mata pun tak bengkak menangis. tapi hakikatnya dalam hati hanya Allah swt je yang tahu betapa sedih dan merananya aku buat masa nie. ye, aku masih mencari kekuatan diri untuk terus bangkit. sapa yang rapat dengan aku, diorang mesti dah kenal perangai aku sejak daripada kecik. bila aku menghadapi saat cemas, sedih dan genting, muka dan pergerakan aku macam cool je, biasa jeeeeee macam siput sedut. steady jeeeeee macam tak ada apa yang berlaku, tapi dalam hati aku bergelodak macam gunung nak runtuh. itu lah aku. hehe !



Comments
2 Responses to “korek jangan tak korek nanti kau dikorek.”
  1. syikin, akak bru bce sal post awk clash tu..emm, siyes k? dh xleh bncang..
    kuatkan smngt & tabah yer, ingt..family n kwn2 msih ade..chill okeyh!

    ~_^

  2. dah tak jodoh la kak, kte pun tak nak teruskan hubungan tu lagi. nak cari kehidupan yang baru dah lebih terbaik. dah tentu kira ingat semua kawan2 dan family :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted