-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

konsentrasi sejarah yang terganggu.


semasa gua menulis entri nie, gua berada di dalam mood yang sungguh pemalas dan pemenat. sumpah gua memang penat gila sebab dari pagi sampai lah ke jam 10.30 malam tadi gua tak ada masa nak rehat langsung. gua memang penat tahap gaban nie, lu tahu ?

tapi tak apa, gua relaks je walaupun gua rasa geram sampai rasa macam nak pecahkan pasu bunga rumah auntie cina kat bawah nie, tak pun bakar je pokok pelam dia yang sedang berbuah lebat, ceh ! gua geram sebab gua penat disebabkan assignments dan kerja tutorial. banyak benda kene pikir. 

assignment pertama yang gua dapat untuk semester kali nie ialah subjek yang melibatkan SEJARAH ! gua paling tension kalau belajar subjek sejarah. dengar perkataan 'sejarah' je mesti gua rasa nak tido. gua tak suka subjek sejarah, tak tau lah kenapa. sebab bosan, mungkin ? kesian cikgu gua, tak pasal pasal ter'butthurt' dengan ayat gua kat atas nie. gua bukan benci cikgu sejarah. cikgu, ampunkan gua. kahkahkah !



situasi normal gua dalam kelas subjek sejarah :-


1)  wajibul berasa mengantuk dan seterusnya mengantuk
nak hayun kepala 180 darjah boleh, nak hayun 360 darjah pun boleh. kalau tak nak hayun pun boleh, letak je kepala atas meja dan tunggu merasa balingan tajam kasut tumit tinggi cikgu dalam masa 3 minit je.



2)  mulut berasa sungguh manis dan likat.
mulut gua sentiasa dipenuhi dengan gula-gula pelbagai rasa dan warna. kejap kejap kembung pipi kanan. kejap kejap kembung pipi kiri. kejap kejap timbul buah halkum kat leher. eh what the fuck, sumpah tak ada kene mengena.



3)  buku sejarah penuh dengan kesan contengan
tepi perenggan belah atas buku ada lukisan budak perempuan bajet comel. tepi perenggan belah tengah buku ada lukisan mamat indon melayu hensem mana entah. tepi perenggan belah paling bawah buku ada lukisan family tree yang kononnya akan wujud dalam masa 10 tahun akan datang. heheh ? igauan cinta monyet lah katakan.



4)  tempahan baju dah siap
kalau dalam kelas sejarah, cuma mata dan telinga je yang akan diperlukan 100% dalam kelas. sebab subjek sejarah merupakan subjek yang memerlukan murid untuk mendengar cikgu bercerita dan bertanya itu ini sampai pengsan. jadi, tabiat kaki yang suka bebenor tak reti duduk diam adalah normal. bergoyang ke kiri kanan atau yang bergoyang seolah-olah sedang menjahit baju guna mesin jahit memang cukup sinonim. sampaikan konsentrasi member gua kat sebelah pun terganggu sebab bunyi meja bergoyang yang cukup menjengkelkan jiwa. kahkahkah !






apa-apa pun gua suka cikgu sejarah gua waktu sekolah dulu. cikgu gua tu cantik macam model, tinggi lampai gitu. namun, cikgu sejarah gua untuk semester nie pun apa kurangnya. pensyarah gua untuk semester nie pun agak 'comel' dan sporting habis gitu dan pada hakikatnya cikgu gua tu adalah cikgu lelaki. dah kawin punnnnnnnnnnnnn.



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted