-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kesabaran gua dengan auntie chipsmore !


kelmarin gua dan sorang member lepak di Tesco yang berdekatan dengan maktab gua. gua saja je temankan member gua cari barang dia. member gua pulak gedik suruh gua temankan dia makan kfc. teringin katanya. gua free tak ada apa-apa hal petang tu, jadi gua pun merajinkan diri untuk temankan member gua tu.

gua pun pergi sekadar mencuci mata, tak berniat nak bershopping ataupun makan kfc. setiap lepas 5 minit gua tengok member gua ambil barang itu ini sampai penuh troli dia. fuh, nasib baik gua tak naik motor petang tu sebab gua malas nak drive. kalau tidak, senak lah bontot gua nak menampung semua barang yang dia shopping tu. kehkehkehkeh ! sambil mencuci mata tu, tiba-tiba tekak gua menggoda suruh gua beli sushi. gua nak beli sushi kat sushi king gua memang tersentap jiwa, gua kan miskin. jadi, gua layan je sushi Tesco.

jalan punya jalan, tiba-tiba gua baru teringat yang sabun mandi gua kat hostel dah nak habis. gua pun ambil sabun mandi jenis buku je. maklum lah, gua kan tak mampu. gua layan sabun buku je, mana ada gua layan sabun macam sabun shokubutsu yang mahal tu. janji gua mandi pakai sabun, ye tak ?

bila dah habis beli barang yang tak seberapa ada, gua pergi ke kaunter untuk membayar. ceh, dua barang je kot. gua ingat nak layan kaunter ekspres kat sebelah hujung sana, tapi gua tak larat nak jalan jauh. lagi pun, gua tengok panjang gila barisan kat kaunter ekspres tu. member gua suruh gua pergi bayar ke kaunter biasa je. kaunter biasa tu cuma ada sorang dua je yang berbaris. gua pun dengan lemah longlai pergi berbaris untuk membayar barang gua di situ. bila gua sampai je kat kaunter tu, pergh sekali lagi jiwa gua tersentap. lu tau kenapa ? tahu ?







situasi ini memang sinonim dengan supermarket macam Tesco, gua tau tu. tapi hati gua tetap teruji waktu gua tunggu giliran untuk membayar. gua pikir untuk sedapkan hati, mungkin ini perkara biasa di Tesco. gua pikir mungkin auntie nie ada kedai runcit dan dia memang selalu beli bekalan biskut chipsmore yang banyak gila nak mampos kat sini. muka gua merah je sebab dah berkulat menunggu. dah lah barang dia banyak nak mampos, kena pulak barang dia semuanya biskut chipsmore. lepas tu boleh pulak dia bergadoh anak tekak dengan cashier comel tu. pergh, kesabaran gua sememangnya telah diuji dan teruji !







bila dibandingkan barang gua dengan barang auntie tu tadi, sumpah gua rasa gua nie kerdil. yelah, barang gua setakat berapa je, tak lebih dari RM7. barang auntie tu mahal sampai beratus kottt ! alahai, agaknya cashier comel tu pun tak sampai hati nak bungkuskan barang-barang gua. kesian pulak gua tengok muka dia waktu tu. kesian kan ? okay tak apa, lu kesiankan gua ke cashier comel tu ke atau auntie chipsmore tu ha ? jawab ! kahkahkahkahkah !

selepas auntie chipsmore tu habis bayar, gua terus keluarkan duit daripada dompet untuk membayar. cis, gua tunggu lu sampai 15 minit semata-mata nak habiskan keje meng'scan' harga barang, mengangkut dan membungkus kesemua biskut chipsmore tu. kiranya gua nie perempuan yang penyabar la kan ?



sapa kata gua sabar dengan auntie chipsmore tu ? lepas habis je bayar, gua terus serbu kfc kamu tahu ?


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted