-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kenapa kesialan mesti berlaku hari nie jugak ?!

aku tengok jam tangan dah pukul 7.10 pagi. cis, macam haram ! aku terlewat bangun pagi untuk hari pertama kuliah selepas cuti seminggu raya cina. kelam kabut aku mandi, solat (entah pape baru nak solat ye tak ?) dan siap-siap untuk ke perhimpunan. malu gila sebab obviously memang aku di antara orang yang paling lambat sampai ke perhimpunan. mana nak sorok muka noi ! tapi tak apa, dengan menebalkan muka dan memaniskan senyuman di pagi hari dengan terpaksa, aku masuk jugak ke dalam dewan perhimpunan walaupun aku tau JPP tu dok tenung muka aku lama-lama.

sampai je dalam dewan, aku melepaskan nafas lega gila yang amat. tak sangka anak En Ahmad Ridzwan dan Puan Aminah Hj Sidek nie berjaya meloloskan diri ke dalam dewan perhimpunan walaupun lewat bangun pagi ! dalam masa 5 minit tu aku menggelabah puyuh campak kasut kuliah ke luar bilik dan pakai kasut macam orang gila. turun berpuluh-puluh anak tangga dan berlari selaju yang boleh untuk sampai ke dewan perhimpunan. oh ya, aku berlari dengan memakai kasut tumit tinggi dan berbaju kurung ye ! macam celaka.

bila dah selamat masuk perhimpunan, ingatkan boleh lepaskan nafas lega lagi tapi rupanya belum. ada je yang spoiled waktu-waktu macam nie. semasa pengacara majlis sedang membebel kat depan, tiba-tiba otak aku yang kurang genius nie baru teringat sesuatu. macam haram, rupanya aku tertinggal fail penting kat dalam bilik ! penat berlari tadi belum sempat pun nak hilang, dah pikir nak kena berlari lagi sekali. pergh, mampos lah aku kalau tiap-tiap hari macam nie. kang ada yang pengsan pulak kalau nampak aku kurus meleding sangat lepas nie. kehkehkehkeh !

habis je perhimpunan, aku terkocoh-kocoh berjalan menuju ke bangunan asrama. aku pancit weh sebab awal pagi tadi aku dah sprinter macam orang gila. bilik aku bukan dekat noi ! tu dia, kat aras dua. pergh, memang haru biru pagi aku hari nie. bila dah sampai bilik je, aku dah jadi macam orang tak betol terhuyung-hayang ke sana sini. bengkak je hati aku bila tengok fail kuning aku tengah sedap landing kat atas katil. bengong betol fail kuning, kalau kau tak membantu kalori aku turun sikit pagi tadi memang aku bakar kau hidup-hidup (ayat orang gilaaaaa).

lepas minum air paip mineral seteguk dua, aku pun bersiap sedia untuk bergerak ke kelas macam biasa. tiba-tiba handphone tak seberapa canggih aku nie berbunyi. ah, handphone yang sentiasa mengacau mood ceria pagi aku ! aku tengok nama yang tertera di skrin. heh, aku tersenyum sumbing.



aku : what's up babe..(suara perasan otai tapi sumpah memang tak jadi)
fizah : woi, kau kat mana dowh ?!
aku : apesal ? aku on the way pergi kelas lah nie. apesal, cikgu dah masuk ke ?
fizah : dah lah sengal. cepat dowh ! hari nie ada ujian math untuk markah assignment ! dah mula wehhhhhhh..(nada berbisik yang menggelabah)
aku : hah, UJIAN ???


akibatnya, aku terlambat menduduki ujian untuk markah assignment pada pagi tu. dah lah masuk lewat, keluar exam awal berlari ke tandas sebab aku sakit perut kaw kaw punya ! dah lah penat berlari tak hilang lagi, sakit perut yang sedang menggila dan soalan ujian yang macam hampeh. aku tengok kertas ujian tu je mesti rasa nak terberak. tengok je mestiiiiiiiii rasa nak terberak. aku tak sempat buat revision pagi tu, jadi aku menjawab macam aku menjawab ujian penglihatan mata. aku cuba jugak jeling-jeling orang sebelah tapi memang tak berjaya. paling tak best, ada beberapa soalan yang aku terkantoi tak boleh jawab. stress siot !






kenapa hari nie ? kenapa mesti hari nieeeeeeeeeeeeee. kenapa mesti hari nie segala kesialan berlaku kat aku ? *merajuk bawak diri pergi ke penjuru bilik*



Comments
2 Responses to “kenapa kesialan mesti berlaku hari nie jugak ?!”
  1. RIAN says:

    mungkin nak meningkatkan tahap kesabaran dan ketabahan. . hahha. .

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted