-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kejutan militari.








petang semalam aku ada kelas unit beruniform. aku tak suka kelas petang sebab bagi aku, waktu petang adalah waktu untuk berehat sampai lebam dan waktu malam adalah waktu untuk mata, telinga, tangan dan kaki bergerak aktif. ceh, nak cakap aku nie macam the dark knight lah kan.


bila dah sebut kelas unit beruniform, mesti tema kelas berunsurkan ala ala militari ye tak ? jadi, kalau sapa yang datang lewat dalam kelas unit uniform memang kena habis lah. paling kurang pun kena jerit depan budak lain. pergh, malu tu ! kalau anda rasa tak malu, tak tahu lah nak komen apa.



semalam, aku macam riak sikit sebab mimpi apa kejadah tiba-tiba boleh datang awal dalam kelas unit beruniform tu. masalahnya, aku datang awal yang terlebih 'luar biasa' daripada yang biasa. aku nie sememangnya budak yang terkenal dengan masalah suka datang lewat ke kelas. budak kelas aku dah kenal sangat dengan perangai aku sejak dari masa mendaftar kat maktab nie. aku rasa sedikit terkezut sampaikan petang semalam ramai member aku tegur "eh syiqin. ape mimpi kau datang awal petang nie ?". bukan sorang dua yang tegur. kalau diorang tegur "eh syiqin datang surau ? perghhhh macam ajaib pulak dah !!" pada aku, boleh jugak lah aku terima.



jadi, disebabkan aku datang terlebih awal, so aku boleh nampak flow semua budak yang datang untuk kelas petang tu. pergh, macam semut api terkeluar baris je aku tengok. sedang aku mengelamun jauh, tiba-tiba ada satu suara jantan yang kasar habis tak ada angin tak ada ribut datang menjerit kat sebelah aku. berdesing telinga dengar. macam nak pecah je eardrum telinga aku waktu tu. suara jantan tu milik pensyarah kelas aku petang tu. bunyi dia mengira tu membuatkan aku rasa seolah-olah berada dalam kem askar.



"SATU !!!! DUA !!!! TIGA !!!! EMPAT !!!! LIMA !!!!"



bila budak-budak yang datang lambat dengar suara pensyarah tu menjerit, automatik semuanya berlari gila babi punya. ada yang berlari macam kena kejar anjing liar. ada yang berlari bersepah-sepah. ada yang lari macam dalam perlawanan marathon. tak kurang ada jugak yang selamba derk dia je berjalan macam nak pergi kenduri kahwin. aku yang dengar suara pensyarah tu menjerit pun agak cuak sebab aku boleh bayangkan betapa menggelabahnya aku kalau waktu tu aku yang datang lewat. dalam hati aku, tergelak-gelak tengok reaksi budak-budak yang sedang menggelabah lari macam lipas tu. tiba-tiba..


"sapa suruh korang lari ? aku saja-saja je mengira. aku tak suruh pun korang lari cepat-cepat macam kena kejar anjing. relaks sudahhhhh"



pergh terus pecah gelombang ketawa kat anak tekak aku waktu tu. bukan aku sorang je yang gelak, semua orang yang dengar pun ikut sama tergelak. lepas pensyarah sporting tu cakap macam tu, boleh pulak dia gelak terbahak-bahak. kalau aku dengar jeritan countdown ala-ala askar macam tu tadi, confirm aku berlari menggelabah. rupa-rupanya jeritan countdown tu hanya lah gurauan semata-mata. tengok muka budak-budak yang datang lambat tu bengkak habis. muka masing-masing merah padam macam udang bakar.  *macam haram dok gelakkan orang, kena turn gua nanti memang siappppp*



kahkahkahkah !








Comments
2 Responses to “kejutan militari.”
  1. hahaha.. treingat g koko kat kusess.. huahuahua

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted