-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hancur mood patriotik gua !

sedang gua sedap menjamah beberapa cucuk satay daging dengan member sebilik, gua teringat satu cerita semasa gua berada di sekolah rendah gua dulu. entah kenapa, gua boleh teringat kisah lawak tu. agaknya sebab gua ternampak satu gambar kereta wira dalam surat khabar lama yang gua guna untuk jadi lapik bekas laksa gua nie. kereta wira ?

dulu masa gua berumur 8 tahun, gua budak yang sangat nude nerd dan weirdo. gua pergi sekolah selalu suka ikat rambut dua belah. lepas tu gua ikat dengan penyepit rambut yang comel comel, tak pun ikat guna getah gelang je (ala, yang makcik makcik guna untuk ikat nasi lemak 50 sen tu). waktu tu gua rasa gua sungguh comel walaupun ada gigi gua yang rongak. gua rasa sungguh comel walaupun gua tak tembam. gua rasa sungguh comel walaupun kawan-kawan gua yang lain suka buat rambut gaya kerinting macam renda ropol-ropol kain tirai kat rumah nenek gua.


lu tengok gua masa kecik dulu ada rasa simpati nak bagi gula-gula kat gua tak ?


satu pagi yang indah dan harmoni, gua datang sekolah awal sebab ada perhimpunan. disebabkan gua nie budak yang nerd, gua selalu menjadi orang yang pertama berdiri dalam barisan perhimpunan. budak-budak belakang selalunya budak yang datang lewat, tak pun abang dan kakak senior pengawas yang kerek nak mampos. kahkahkahkah !

dalam perhimpunan, gua tengok cikgu-cikgu duduk depan dan menghadap semua pelajar. gua tengok bukan kemain cikgu-cikgu zaman gua dulu. ada yang bertudung labuh dan berjubah, ada yang tak pakai tudung, ada yang pakai kebaya ketat mendat, dan ada jugak yang pakai baju fesyen retro. tapi gua tak kisah sebab gua suka tengok cikgu-cikgu gua cantik dan hensem. gua suka !

lagu Negaraku mula berkumandang. mulut gua ternganga-nganga menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat. boleh lah nak gebang kan, sebab waktu kecik-kecik sapa yang tak bersemangat menyanyi kan, cuba cakap kat gua ? bila dah masuk sekolah menengah dan alam kampus, nak dengar suara menyanyi lagu Negaraku pun susah. yang pasti, suara gua selalu tergolong dalam suara lantang yang menyanyikan lagu Negaraku waktu tu. ye, gua mengaku gua skema.

tiba-tiba, gua dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. bukan gua sorang je tersentap, semua manusia dalam perhimpunan tu pun ikut sama tersentap. gua tengok dari arah mana bunyi yang menyentapkan hati gua di pagi hari tu. melopong mulut semua orang bila kereta guru besar sekolah gua melanggar kawasan pasu-pasu bunga. mak aihhhh ! habis semua pasu-pasu bunga tu tumbang dan pecah berderai. pokok-pokok bunga pun dah patah hancur.

kereta guru besar sekolah gua tu kereta wira biru. sampai sekarang gua ingat lagi rupa kereta tu. macam mana entah guru besar gua boleh terlajak langgar pasu-pasu bunga tu sampai macam tu sekali, pergh ! yang pasti, guru besar gua tu menggelabah habis sebab takut ada nyawa yang terkorban. tangan dia menggeletar gila. gua tengok semua cikgu bertempiaran lari. apatah lagi pelajar yang sedang berbaris kat kawasan malang tu.

tapi entah kenapa gua rasa kejadian tu sangat lawak. memang sangat lawak bila tiba-tiba gua teringat. tak hairan lah sebab kereta guru besar gua tu selalu buat masalah. nak hidupkan enjin pun kena pusing kunci banyak kali baru lah nak hidup. 15 minit semata-mata hanya untuk percubaan menghidupkan enjin kereta. selalu bila guru besar gua dah lama masuk kereta hidupkan enjin, dan dan pulakkk kereta sebelah dia dah jalan dulu. kadang-kadang tu bila enjin kereta dah hidup, boleh pulak mati tiba-tiba. waktu berlakunya kejadian ngeri tu, entah apa silap dia gua rasa dia tersalah lepaskan brek tangan kot. kahkahkahkah ! 

nak kata guru besar gua tak ada duit, rumah dia boleh pulak ber'spesies' rumah banglo kan. fuh, gua salute sama dia habis lah sebab dia sangat low profile. tapi guru besar gua tu baik oh. mesra pelajar. lembut je orangnya. budak-budak suka kat dia. gua takkan sesekali lupa kejadian tu, walaupun waktu tu gua baru berumur 8 tahun. pernah tak anda merasa pengalaman sedang ternganga-nganga menyanyikan lagu Negaraku, lepas tu ada sebijik kereta yang tiba-tiba datang entah dari mana sekaligus menghancurkan mood patriotik anda ? aku pernah kot ! lawak gila nak mampos. dan oh ya, guru besar sekolah gua tu perempuan...bukan lelaki.



tak lama lagi gua jadi cikgu jugak. gua tak nak jadi cikgu kerek macam nie.



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted