-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

"hai awak, ada Facebook tak ?" INI ENTRI SERIUS !


aku : you ada Facebook ? kalau ada, you boleh join i kat situ. sebab i sangat aktif dalam Facebook. at least u know me a lots.
KM : i ada Facebook, tapi i lupa lah password i apa. so i tak selalu bukak. lagi pun i tak aktif sangat berFacebook sebab i memang tak berminat. lots of gossips lah dalam tu, so i kurang main lah.
aku : *terkedu seketika*

jarang gila kot nak jumpa orang yang tak main Facebook sekarang. maksud aku, untuk seorang yang bekerjaya dan menggunakan dunia teknologi canggih serta sistem internet untuk menjalankan tugas. Facebook merupakan sistem sosial networking yang paling popular di dunia sekarang nie. ratusan juta manusia yang main Facebook, jadi tak hairan lah Facebook telah pun diiktiraf sebagai salah satu fenomena dunia masa kini.

aku akan terkejut bila member aku cakap yang dia tak berminat dengan Facebook. aku pun budus pergi tanya dia soalan bingai macam tu. bagi aku, Facebook adalah satu medium yang aku gunakan untuk contact member-member lama dan baru. walaupun aku tak dedahkan semua hal peribadi aku kat situ, tapi sekurang-kurangnya orang tahu tentang personaliti aku kat situ. lagi pun, Facebook untuk mencari kenalan kan ?


Apa yang bagusnya Facebook nie ?


"eh kau tahu tak aritu kan aku terjumpa semula bekas kekasih aku kat Facebook. OMG he's quite hot you know ! tak sangka sejak aktiviti jejak kasih tu, aku dengan dia dah bersama semula sekarang nie"


"ehem, ya. saya dah berkahwin dan pasangan saya tu saya kenal melalui Facebook" (muka serius mintak penyepak)


"mama, adik dah dapat sorang abang angkat. yeay, abang angkat adik tu abang senior sekolah adik dulu"
(mama buat muka tak ada perasaan lepas tu)


"ya, dengan adanya Facebook nie, saya tak sangka saya boleh mencari semula kawan rapat saya yang terpisah sejak 30 tahun yang lalu. terima kasih Facebook !"


"Facebook nie bagus beb. aku boleh ikut perkembangan semasa artis pujaan aku si Lisa Surihani tu. aduyai, cair hati bila tengok semua gambar-gambar dia kat dalam tu"


"sejak boyfriend aku dah duduk jauh kat oversea, kami selalu contact kat dalam Facebook je lah. tak boleh bayangkan kalau tak ada Facebook weh !"


"Facebook memang terbaik ! aku boleh mengetahui isu semasa dengan begitu cepat dan pantas. aku risaukan kawan aku kat Mesir tu, so aku selalu tanya perkembangan dia kat Facebook walaupun internet kat sana kena blocked"


"aku mengaku aku gila glamour. so dengan adanya Facebook nie, aku suka mekap tebal tebal dan aku pasti akan upload gambar-gambar aku yang aku pose sorang sorang kat dalam tandas, kat pokok serai belakang rumah aku, kat atas para dapur rumah dan banyak lagi. oh sukanya !"


"to all my students, please update your discussion through this group immediately. any latest information, I'll mention to you here and please be aware. leave your email address so that i can send email to you. ASAP ! "





anda boleh lihat kan betapa banyaknya kebagusan ada Facebook kat dunia nie. macam-macam yang boleh dibuat dan telah pun terbuat melalui dunia Facebook. senang je sekarang. klik sana klik sini, semua maklumat senang nak dapat. kau tak payah susah-susah hantar surat atau drive kereta semata-mata nak tahu sesuatu maklumat. tapi kan pernah tak anda terfikir keburukan yang nyata melalui dunia Facebook nie ? meh sini aku nak gebang kat anda.



1) strategi membunuh yang senang gila.
jangan ingat dalam dunia Facebook nie semuanya orang yang educated dan otak cerdik pandai. ada jugak yang berhati jahat. eh bukan setakat 'ada jugak', tapi dah memang ramai pun. gambar profil punya lah nak muka innocent je tapi hakikatnya... ! pernah ada satu kes di luar negara (nie yang aku baca melalui laman web Oh Tidak !), sorang minah nie berkenalan dengan sorang mamat kat dalam Facebook. muka mamat tu punya lah hensem tak hingat dunia. mamat tu pun ada skill mengayat yang power nak mampos. lepas tu bila dah akrab, manusia berdua nie pakat untuk berjumpa. kiranya macam blind date lah nie. tapi mamat tu cakap dia nak jumpa kat jalan bla bla bla. minah nie pun dengan rela hati dan pakai cantik-cantik, datang pulak dari jauh semata-mata nak blind date dengan mamat tu. tapi minah nie bernasib malang sebab tempat yang dia pergi tu kawasan ladang ternakan yang memang jarang orang lalu lalang kat situ, dia pun mana tahu kan. haaa..apa lagi, lepas dah kena rogol minah tu pun kena bunuh dengan cara ditikam bertubi-tubi dan badannya dikelar. aku tengok gambar minah tu scary dowh ! aiyo maaa aiyo paaa..kau ingat manusia nie macam ikan ke wehhhhhh !


2)  dapat duit free daripada cinta.
yang nie pun dah selalu pernah berlaku dalam dunia Facebook. ingat tak dulu ada kes dalam suratkhabar pasal minah sorang nie ? oh kalau tak ingat tak apa, meh sini aku ceritakan balik. dulu pernah ada kes cinta tak mengenal bangsa dalam Facebook nie. minah nie tak silap aku keje pun bagus, duit pun banyak lah jugak. satu hari dia berkenalan dengan sorang mamat arab nie dalam Facebook. katanya mamat arab tu pun hensem belako (pergh kata mamat arab ye tak ?). bila dah rasa sayang kat mamat tu, dua manusia nie pun bercinta. mamat arab tu pun apa lagi, mulakan strategi yang dah lama dirancang. mamat arab tu tipu minah nie dengan janji janji manis. mamat tu nak bukak satu syarikat korporat punya so modal yang dia ada tak cukup, tu katanya lah. dia mintak duit berpuluh ribu kat minah tu dan berjanji akan bayar semula. sebab sayang punya pasal, minah tu pun bagi dengan senang hati. lepas tuuuuu anda pun mesti dapat agak apa yang berlaku kan ? kah kah kah kah eh apasal kau gelak, tak lawak lah.


3) banyak yang dah hilang dara.
mintak maap kalau ada yang sensitif dengan statement di atas. haha tapi tak salah kalau kita bercakap benda yang benar. kata dah besar panjang kan, be open minded. yang nie memang sah sah 100% aku setuju tahap gaban. sebab benda nie berlaku depan mata aku beb. meh aku cerita meh. dulu aku ada kawan bernama **** ***** dalam Facebook nie. muka dia hensem lah jugak, umur pun takat 26 tahun lebih kurang macam tu lah. keje pun nampak macam baik je. dulu dia selalu rajin contact aku kat Facebook tapi aku malas nak layan sebab aku tak suka layan benda yang ada unsur pervert. tiba-tiba satu petang yang aman, sedang aku khusyuk menghirup air teh panas kat depan laptop, aku tersedak gila lepas refresh Home dalam Facebook aku. dia upload gambar-gambar bogel dia sedang tido kat atas katil ! what the fuck !! maafkan gua ternampak aurat lu yang itu. tapi aku rasa macam aku tau kenapa dia upload gambar naked macam tu. ada 16 gambar kesemuanya dan gambar terakhir tu ada gambar perempuan sedang tersenyum kat tepi dia yang tengah tido. sememangnya nie kes kena khianat. lepas aku dapat tahu daripada sumber yang sahih, rupanya mamat nie kena revenge. anda tau kenapa dia kene revenge dengan perempuan tu ? sebabbbbb perempuan tu tahu yang dia nie memang kaki buaya dan perempuan tu nak balas dendam untuk kawan dia. mamat nie selalu check in hotel sana sini. macam-macam perempuan dah kena dengan dia. lepas dia dapat apa dia nak, dia akan tinggalkan perempuan-perempuan tu macam tu je. dan yang paling bodohnya, dia selalu cari mangsa di Facebook dan oh ya, dia dah nak bertunang pun. bakal tunang dia punya lah baik hati lembut pakai tudung sopan gitu. dia nie akan add ramai perempuan yang cantik cantik comel je dalam Facebook. lepas dia mengayat dan berjanji manis, dia akan ajak berjumpa dan seterusnya..sila habiskan sendiri ayat nie. dan sejak kejadian gambar bogelnya dimasukkan ke dalam Facebook, dia terus deactivated akaun dia sampai sekarang. MEMANG PATUT KAU KENA MACAM TU PUN ! 


4) jadi sensitif dan terlebih emosi.
selalu benda nie jadi kat budak-budak remaja lah. bila usia belum cukup matang, emosi diri tak dapat dikawal dengan baik. sebagai contoh satu kes, sorang budak perempuan yang masih bersekolah nie ada hati dengan sorang budak lelaki. budak lelaki tu pun bersekolah di sekolah yang sama dengan budak perempuan tu. nak dijadikan cerita, maklum lah kan budak sekarang dah terlebih advance. si budak perempuan tadi add budak laki tu sebagai kawan dan bagitahu secara jujurnya yang dia ada hati dengan budak lelaki tu. budak lelaki tu pulak kes yang memandang rupa paras kalau nak pilih kawan perempuan. apa lagi, habis dimakinya budak perempuan tu hidup hidup dengan kata-kata kesat dan terus buang daripada senarai kawan dalam Facebooknya tanpa belas kasihan. kesian lah budak perempuan tu tak pasal-pasal terlebih emosi. menangis siang malam sampai tak boleh fokus study dalam kelas, sebab tak boleh terima hakikat yang budak lelaki tu reject dengan cara membuang dia daripada senarai kawan di Facebooknya. LOL



5) gossip minah-minah si mulut tempayan.
yang nie sebab kenapa member aku tadi tak suka layan Facebook. katanya, benda nie buat banyak manusia suka bergosip 24 jam. lawak gilos. dia cerita, kalau dia keje dalam pejabat, telinga dia tak habis-habis dengar makcik-makcik kat belakang dia bergossip bila sedang online Facebook. sorang lagi berkata "ish dia nie kann macam $%^&*^&*" dan sorang lagi membalas "aah lah, betul betul ! dia nie memang !@#$%^&". dalam Facebook tak sah kalau tak ada aktiviti mengumpat, mengutuk, menghina, memaki, dan bergadoh. aktiviti memuji pun ada tapi malangnya memuji hanya untuk sedapkan hati orang tu je macam "wah kau lawa lah dalam gambar nie", dan pada masa yang sama dalam hati orang yang memuji tadi macam "kepala hotak kau lawa. jerawat macam nak gunung berapi nak meletup. dah lah lubang hidung besar nak mampos". eh tak semua macam nie, ada jugak yang ikhlas. kan ?


6) rumah kena rompak.
ada sesetengah pengguna tegar Facebook suka memasukkan semua gambar peribadinya. tak kisah lah kalau waktu dia tengah bergaya sakan dengan barang kemas ke, dia bergambar posing maut depan kereta mewah dia ke, dia show off rumah banglo dia ke, dan banyak macam lagi lah. selalu yang kena jadi sasaran perompak genius nie ialah pengguna Facebook yang kaya raya. so, jangan disangka air yang tenang tiada buaya beb ! ramai stalkers dalam Facebook nie. kalau setakat stalker biasa okay lagi, tapi kena yang stalker jenis mat gian tu macam mana ? orang ada otak bijak genius merompak rumah nie senang je, dia akan cuba mengesan setiap inci rumah tu dan lokasi rumah tu kat mana. kadang-kadang kita tak sedar yang kita meletakkan alamat peribadi dalam Facebook kita. awas, ada yang cuba ambil kesempatan nanti !



7) gambar kau kena sihir.
nie pun bahaya jugak. dulu aku selalu upload album gambar banyak banyak dalam Facebook. tapi sekarang aku dah tak buat macam tu sejak aku diberi nasihat oleh roomate sebelah bilik dulu. dia cakap hati-hati dengan dunia sekarang sebab macam macam orang boleh nak buat kat kita. lidah manusia nie tak boleh dijangka, kadang-kadang kita tak sedar yang komen-komen kita dalam Facebook tu menyakitkan hati orang lain. kena pulak kalau orang tu dah geram dan tak puas hati dengan kita, tak pasal pasal dia copy paste atau save images kat gambar-gambar personal kita di Facebook, kemudian print out dan dibawa ke pak bomoh ceruk mana. memang bahaya, jangan ingat dunia moden nie dah tak ada yang percaya sihir mihir semua tu. jadi sila berhati-hati lepas nie. oh ya, sorang member aku pesan, kalau nak upload gambar ke Facebook elakkan letak gambar yang full dari kepala sampai ke kaki. tapi aku letak jugak, degil gila. itu semua terpulang kepada kepercayaan masing-masing. haha ?



8) ada lagi tak agak agak ?
dan yang seterusnya anda pun boleh nampak sendiri kan apa keburukan yang nyata dalam Facebook nie. sebagai manusia, kita mesti lah hidup dalam keadaan yang serba sederhana je. kan ? heheh. 




Comments
3 Responses to “"hai awak, ada Facebook tak ?" INI ENTRI SERIUS !”
  1. haha .. nice entry .. i pun takde facebokk DAH .
    err maksudnya i pernah ada facebook and i jadi seorang facebookers yang amat amat ketagih akan facebook . haha . lagi lagi i nak amek spm tahun ni , so better lah kan kalau i delete je trus . yahh and at last i berjaya menahan ketagihan i terhadap facebook tuh selama lebih sebulan dah . haha . sorry membebel pnjg pnjg . heee ..
    urmm wait ! knpa entry ni serius eqk ?? pelek ke kalau org tuh takde fb ??

  2. haha much better tak ada FB daripada ada FB. ada pro dan kontra di situ. actually entri nie i cakap serius sebab semua keburukan FB yang i list kat atas adalah benar belaka dan pernah terjadi dalam dan luar negara :)

  3. ouh ouh tak kesah eqk nak bebel byk mane pun .. huhu .. urm , yeahh .. mmg betul pun sume yang you cakap tuh ..

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted