-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

aku sayang budak Disleksia.


aku kena menjalankan satu sesi amali untuk subjek Disleksia yang aku pelajari dalam semester nie. aku kena pergi ke sekolah untuk menjalankan amali nie, kalau tidak tak akan dapat hasil yang nak dikaji. aku dan classmates bergerak ke SK Padang Temu pada hari jumaat hari tu.



selama nie tak pernah pun dengar perkataan 'disleksia' dalam hidup aku. kalau dengar pun, aku memang tak pernah paham apa itu disleksia. yang aku tahu, orang yang ada disleksia nie ialah Tom Cruise. kahkahkah ! tak sangka pelakon semacho dan sehebat beliau pun ada disleksia yang agak teruk. tapi jangan dok kutuk orang yang ada disleksia macam Tom Cruise tu je. sebab semua orang kat dunia nie ada sifat disleksia dalam diri masing-masing. bezanya, sama ada tahap disleksia orang tu tinggi ataupun rendah.


sedikit maklumat aku nak kongsi disini, disleksia merupakan satu masalah pembelajaran atau pun gangguan kepada kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak tersebut dewasa. disleksia bukan sejenis penyakit tetapi gangguan nie boleh dipulihkan sekiranya diberi tindakan yang sewajarnya. anda jangan ingat orang yang ada disleksia teruk nie bodoh tau, ingat tu ! untuk maklumat lebih lengkap, meh klik kat link DISLEKSIA yang aku share nie.



jadi, aku pun menjalankan 9 set ujian diagnostik untuk diuji kepada murid-murid disleksia yang bertuah pada hari Jumaat tu. aku kena undian dapat murid disleksia Tahun 6. kiranya murid nie paling senior di sekolah tu. aku pun menjalankan tugas sebagai guru sebenar dengan konon-kononnya poyo memakai lencana aku dan membahasakan diri sebagai 'cikgu'. kehkehkeh !



tu diaaaaaaaaaa ! lagi 2 orang tudung biru tu geng aku. yang pakai songkok tu murid tahun 6. lagi 2 orang murid yang geng aku handle tu adalah murid tahun 5.




nama murid yang aku handle tu ialah Muhammad Adly. sedap je nama dia. sebut je nama dia mesti aku teringat kat seseorang. aku panggil dia Adly. orangnya lemah lembut, pendiam dan sangat pemalu. dia hormat gila dengan aku walaupun malu-malu kalau aku panggil nama dia. ceh, dengan aku pun nak malu. aku bukan tak pakai baju pun. kahkahkah !



jenuh jugak nak habiskan 9 set ujian diagnostik tu. ingat sikit ke soalan dia ? pergh, kalau aku jadi budak tu dah lama dah protes tak nak buat. tapi aku tengok Adly nie cekal habis semasa menjawab semua ujian diagnostik tu. sejuk hati tengok Adly tekun je menjawab soalan. masa yang diperuntukkan ialah dari pukul 8 sampai 12 tengahari. aku sampai mengantuk-ngantuk tunggu Adly habis menjawab.



 tengok muka aku sekarang, agak-agak tengah mengantuk ke bosan ?


malangnya, Adly tak boleh terus bersama dengan aku untuk menjawab ujian diagnostik sebab dia ada hal di dewan sekolah. so aku suruh sorang kawan dia nama Aliy untuk sambung soalan yang belum dijawab lagi. Aliy nie budaknya sangat baik. tengok dia gua rasa dia nie dari keluarga yang alim. dia pandai, bercakap dengan aku pun sopan santun dan jujur. tapi sayang, tahap disleksianya agak tinggi dan masih dalam proses untuk dipulihkan.


aku nak pesan, kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak yang bodoh. tak weh ! diorang pandai-pandai tau. contohnya, Adly tu selalu dapat top15 dalam kelas setiap kali ada peperiksaan atau ujian. Aliy tu pun selalu dapat A dalam 5 subjek penting UPSR, cuma kadang-kadang dia mengalami gangguan disleksia semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas (bongek sungguh ayat gua macam nak buat assignment). jadi, jangan pandang rendah kat kanak-kanak disleksia sebab diorang bukan bodoh. silap haribulan, diorang jauh lagi genius daripada orang-orang normal.



sepanjang tempoh mereka menjawab soalan diagnostik, aku tak kejam pun. kalau diorang tanya aku sebab tak paham soalan, aku ajar diorang dan bagi sampai diorang paham. sebagai pembakar semangat diorang, aku selalu hadiahkan gula-gula dan jajan untuk diorang. diorang bukan main suka lagi. aku jadi sayang sangat kat diorang walaupun baru kenal diorang pagi tu. bila nak balik, aku touching sikit lah sebab dah nak berpisah dengan diorang. cewah !



bantu Aliy dan Norman mewarna. ceh, aku pulak yang terover !



bila dah habis belajar nanti, aku nak jadi cikgu yang best, cool dan sporting di mata murid-murid. aku nak jadi ibu yang memahami, penyayang, mesra dan sempoi untuk anak-anak aku kelak. sebab aku suka kanak-kanak ! *bontot dah jadi kembang semangkuk sekejap*





Comments
2 Responses to “aku sayang budak Disleksia.”
  1. awak.. pergi dekat mana ni?
    most of them kemaskan..=)
    bestnya masa pergi SK Padang Temu tu

  2. ye sangat best sebab layanan cikgu2 dia superb lah kak pja :D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted