-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

gua cakap lu ini kasi 'power' lebih punya !

cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan. walau pedas hingga mengalir air mata, namun dihendak dimakan jua..(lirik lagu dalam cite Lady Boss, kalau salah betolkan gua)


aduh mak sedapnya sambal belacan. terliur anak tekak aku bila tengok sambal belacan kat atas nie. tapi tak apa, hajat dah tercapai sebab tadi baru je buat sambal belacan untuk dimakan bersama seisi keluarga. sumpah aku cakap, memang sodap belako ! anda suka makan sambal belacan ? adakah anda obses dengan sambal belacan sampai setiap hari waktu makan mesti ada sambal belacan ? huish sapa yang gila sambal belacan sampai macam tu confirm selalu tercirit. kantoi haaaaa !

aku memang suka sangat makan sambal belacan. kalau pergi makan cafe ke restoren Melayu ke kat mana mana, aku mesti cari sambal belacan. tapi selalunya bila aku nak ambil sambal belacan tu tak sah kalau tak licin, sampai biji cili satu pun tak tinggal kat dalam bekas tu ! cis aaaa zaman sekarang nie kalau kau lambat sikit je memang mendagu lah kau sorang sorang kat tepi tangga reban ayam. 

dulu masa zaman sekolah, aku duduk asrama penuh. disebabkan aku nie penggemar sambal belacan, orang macam aku selalunya mengharap gila tak hingat dunia bila setiap kali waktu makan ada disediakan sambal belacan. 'oh makcik dewan makan tolong lahhhhh ada sambal belacan untuk malam nie. tolong lah, arghhhh !!!'. tapi memang hampeh sebab sambal belacan amatlah jarang untuk disediakan kat sana. kalau ada pun selalunya dah habis licin sebab diorang memang buat sikit je. jadi, sapa awal dia lah yang dapat. sapa lambat, lu pikir lah sendiri. sob sob sob




kalau aku lepak kat restoren dengan member sekampung, aku akan cedok sambal belacan penuh penuh kat sekeliling pinggan aku atau atas nasi aku. sampaikan member aku cakap aku nie hantu sambal belacan. rasa sambal belacan tu sedap ke tak, pedulik hapa aku. janji dapat makan cukup dah. berbaloi-baloi !

tapi perangai hantu sambal belacan dalam diri aku nie pun ada masalah jugak sebenarnya. jangan tak percaya aku nie memang betul-betul 'hantu'. kalau setakat orang panggil kau hantu sambal belacan biasa tu tak apa. tapi yang spesies aku nie memang super power hantu sambal belacan kaw kaw punyaaaaaaaaa. kau tak caya ? nak tau sejauh mana hebatnya power hantu sambal belacan aku nie ?



haaa..amik kau. jangan disangka yang gedebak besar tu daging. itu sambal belacan versi tak siap punya. macam cacing kerawit pun ada aku tengok. nie lah anggaran aku makan waktu masih berada di zaman sekolah dulu. nasi punya seciput tak penuh pun satu pinggan. lauk sayur lagi lah ciput macam lah mak kau masak tak cukup bahan dalam peti sejuk tu. ikan nak seekor, tak main lah yang separuh. ayam nak seketul, nasib baik peha je ! tu dia, sambal belacan menguasai segala-galanya. punya lah bertuah sapa jadi aku, tak pasal-pasal lepas makan mesti rasa nak tercirit. 

tapi tu dulu punya cita lah beb. sekarang aku dah tak buruk makan sambal belacan sampai macam tu sekali. maklum lah, aku nie dah makin lama makin dara perawan. dah boleh jadi bini orang pun ha. so, kesihatan dan kecantikan kena jaga. makan sambal belacan banyak-banyak pun tak elok jugak ye tak. sekarang nie kalau aku nak makan sambal belacan aku takkan tuang kat atas nasi macam tuang kuah sup. tapi aku tuang kat celah-celah nasi je. anak yang baik kan sebab ada kesedaran diri nak tolong jimatkan duit mummy beli belacan dan cili banyak banyak kat pasar ? ke sebab kau dah tak se'power' dulu nak menahan penyakit cirit hari-hari ? heheh *tutup punggung dengan tangan*

Comments
2 Responses to “gua cakap lu ini kasi 'power' lebih punya !”
  1. hehehe~aku pun suka gak sambal belacan ni tapi xde la menggila mcm ko kot~hehe~aku sekadar ambik sesudu cukup la~

  2. kah kah kah ! tulah pasal nona weh. hmmm ko ingat lagi tak zaman sekolah dulu. nuwen pun hantu sambal belacan gak weh. tp die lagi emo drpd aku. kalau sambal belacan DM habis n die x sempat amik, mesti seharian dia emo muka mcm nak marah2. lawak gilaaaaaa

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted