-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

formal dinner seronok ke ?


baru nie, gua menghadiri sebuah formal dinner sempena tugasan BIG untuk batch gua. dinner nie boleh tahan classy lah sebab buat kat hotel. pelbagai agenda yang sudah dirancang bagi memastikan dinner nie berjalan lancar. *celaka, lu ingat nie ayat nak mengarang assignment ke hapa?*

kalau jadi gua, gua tak berapa suka pergi formal dinner sebab gua bukan orang yang suka benda formal. tapi kalau keadaan memerlukan gua untuk ke majlis formal, gua tak ada masalah nak join. gua bukan lah orang yang sifar dengan pengetahuan dalam adab dan etika menghadirkan diri ke majlis formal, tapi gua cuma tak suka suasana yang sangat terkawal dan mengharuskan gua untuk tidak menjadi diri gua sendiri. gua rasa gua hipokrit nak mampos kalau pergi mana-mana formal dinner. 



gua rasa formal dinner tak seronok sebab :-


1)  tak boleh gelak besar.
selalunya kalau gua makan dengan member-member, gua akan gelak besar macam nak pecah restoren tu. tak sah kalau tak ada sesi gelak ketawa sampai terkeluar kahak. jadi, kalau pergi formal dinner tak boleh nak gelak besar. kalau nak gelak, kene hadkan keluasan jarak antara bibir atas dan bibir bawah. tak pun, kene tutup dengan beberapa jari yang sedang berlakon depan orang ramai kononnya lembut lemah gemalai.



2)  pakai sudu garfu.
gua suka makan pakai sudu garfu, tapi gua suka jugak makan guna tangan. sebab gua tau gua anak jati melayu. tapi pakai sudu garfu dalam formal dinner tak sama macam pakai sudu garfu kat restoren mamak. lagi pun kalau pakai sudu garfu dalam formal dinner, tak boleh bising-bising macam bunyi orang sedang masak nasi goreng kat dalam kuali.



3)  makan tak boleh banyak.
gua mengaku gua makan banyak. gua lebih suka kalau makanan tu dihidang secara bufet, tak pun ambil sendiri di atas meja. jadi, gua boleh estimate makanan mana yang gua suka dan gua boleh ambil dalam kuantiti yang lebih. tapi kalau makanan serve guna pelayan, gua memang tension. sebab gua tak boleh pilih makanan yang gua suka dan pastinya gua takkan kenyang !



4)  kena pakai pakaian high class.
tipu kalau gua cakap gua tak suka jadi cantik. tipu kalau gua tak suka mekap. gua memang suka pakai baju-baju cantik, tapi gua tak suka bila baju-baju cantik gua kena pakai untuk formal dinner. sebab nanti gua rasa orang akan pandang gua semacam dan kat situ, gua rasa gua sedang menjadi orang yang hipokrit. yelah, gua memang manusia yang cepat perasan. LOL



5)  pergerakan terhad.
kalau tiba-tiba perut gua buat hal masa VVIP berucap, mesti gua ada masalah kalau nak ke tandas. gua akan rasa malu sendiri nak bangun di tengah-tengah orang ramai. jadi, terpaksalah gua sembelit sorang-sorang kat meja dinner. gua rasa paling terseksa kalau VVIP tu berucap bukan main lama.



6) ramai mamat maskulin.
kalau pergi formal dinner, mesti ramai mamat maskulin yang akan ditemui sebab masing-masing pakai baju smart nak mampos. gua memang suka tengok laki-laki smart nie. sedap mata memandang noi ! tapi hakikatnya, automatik gua akan jadi hipokrit. sebab semua points yang gua cakap kat atas nie akan terjadi bila gua berada di dalam dinner yang ada ramai mamat maskulin. damn !



meja dinner yang bersepah macam tongkang pecah tapi masih jugak sanggup nak bergambar kat situ.


jangan tertipu dengan muka gua yang serius habis sebab waktu nie gua tahan nak terkentut tergelak.


ada dua orang berinterframe kat situ. menceriakan suasana lah katakan. kahkahkah !


bila sue duduk, gua tinggi. bila sue berdiri, gua tetap tinggi. yeah !


kenapa ye perempuan kalau ambil gambar suka asyik nak melekat each other ?


gua kalah dengan dua orang minah cun nie. ya, gua memang kalah !


itu kawan rapat gua, nama dia Aim.


ini kawan rapat gua, namanya GUA.


tiga-tiga manusia nie kawan rapat gua.


okay tak apa, fokus gambar nie kat air terjun tu, bukan kat gua. okay fineeeeeee.


okay pillow talks with besties for the end of night.





oh ya, formal dinner nie langsung tak ada mamat-mamat maskulin.
semuanya perempuan belaka sebab maktab gua maktab sejenis.
kahkahkahkah !





Comments
2 Responses to “formal dinner seronok ke ?”
  1. afifah says:

    mkn gne tangan r senang.~~ leceh gne sudu..grrr...

  2. ye tau tak apa. tapi kene belajar senangkan diri guna sudu garfu jugak. karang susah pulak time nak makan beradab wedding nnt. kah3

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted