-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bukak semula lagi 20 tahun akan datang.



Ke hadapan Asyiqin Ridzwan Lagi 20 Tahun Akan Datang,



         Apa khabar sekarang ? semoga kau sihat walafiat je hendaknya. aku mintak maaf kalau surat aku nie mengganggu kau untuk sementara waktu. surat nie pun tak ikut format surat tidak rasmi yang sebenar sebab aku malas gila sekarang nie. tapi tak apa, asalkan kau sudi baca itu pun dah cukup buat aku untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kau.

        Aku dengar kau sekarang dah ada anak empat orang, betul ke ? wah, tahniah aku ucapkan kepada kau. semangat kau ye sampai 4 orang anak keluar, fuh badan pun mesti mantap nie. mesti kehidupan kau bahagia kan sekarang. alhamdulillah sejuk hati aku dengar kau bahagia dengan kehidupan kau anak-beranak bersama suami tercinta. eh kau kawin dengan sapa sekarang ? wah mesti suami kau kacak kan. kirim salam kat suami anak-anak kau ye.

        Sekarang kerja kau apa ? masih mengajar di sekolah rendah ke ? hari tu aku pergi HQ Bahagian Pendidikan Guru sebab ada urusan tentang perpindahan tempat aku mengajar. maklum lah, dah sedap duduk mengajar kat Sabah kan. aku tanya operator yang bertugas tentang senarai nama pengajar. alih-alih aku ternampak nama kau kat situ. wah, bukan main kau sekarang nie ye. dah jadi pensyarah IPG pulak. tahniah sekali lagi ! amacam, seronok tak ada pengalaman jadi pensyarah IPG ? dulu kau otai-otai kat maktab sekarang kau turun ilmu pulak kat budak maktab. caya lah kau.

        Aku rindu zaman kita muda mudi kat maktab dulu. sumpah memang aku rindu. kita selalu tak pergi BISA. budak budak BISA selalu aim muka kita setiap kali ada program yang dijalankan. pernah satu hari nama kau naik dalam senarai nama orang yang akan bagi tazkirah subuh. aduhai hancur lah kalau dah namanya tazkirah subuh. kau pergi BISA waktu subuh hari-hari pun tak pernah aku tengok. tup tup kau kena bagi tazkirah subuh. aku sebak sebab aku datang waktu kau bagi tazkirah subuh tu weh. walaupun memang kantoi kau hafal skrip tazkirah tu dengan suara yang garau, tapi aku tetap berminat dengan tazkirah kau. pergh budak pemalas bangun subuh bagi tazkirah lah katakan.

       Dulu muka kau terkenal dengan title 'budak lambat pergi kelas dan perhimpunan pagi'. kalau perhimpunan tu mula pada jam 7.30 pagi, 7.25 pagi baru kau tergedik-gedik berjalan turun tangga walaupun kau tahu perhimpunan tu jauh dari bilik kau. kau memang otai ! kalau JPP ambil nama ke buat muka dengan kau ke, kau tak pernah butthurt. kau mesti tarik muka seposen kat JPP tu. lepas tu tak ada pulak aku tengok kesedaran dalam diri kau. walaupun nama dah kena blacklist, kau tetap maintain datang kelas lambat setiap hari. 

         Kau ingat lagi waktu outing dulu dulu ? pergh, kau kan ada motor. orang lain outing naik kereta prebet, kau bahagia dengan motor kau walaupun takut-takut kantoi dengan lecturer 'psycho' tu. kalau nak balik maktab, orang lain kena tunggu satu jam tunggu nak naik kereta prebet. tak pun kena bayar mahal naik teksi bandar, tapi kau free je tekan minyak motor balik maktab tak pandang kiri kanan. bila waktu kau nak outing, kau tak payah pikir duit tambang kan. RM4 mahal tu kalau dikira-kira, tapi kau tak payah pikir nak kena bayar pun kan. minyak setakat isi penuh RM4 sebulan dua kali, kau memang bahagia !

         Ingat lagi waktu kita buat jamming kat Pantai Puteri dulu ? aku ingat lagi kau lah paling kuat melalak nyanyi lagu 'Drama King' tu. siap rakam guna kamera Aim. kau jamming dengan Aim dan Sue. yang lain tukang rakam dan tukang jadi backup singer kat belakang. orang kampung yang lalu lalang belakang korang pun pandang pelik. nak kata tengah ada konsert, tak ada pulak peminat yang bersorak gembira. pakcik cina yang jual aiskrim kat pantai tu pun tak berani promote aiskrim dia bila lalu depan korang. bila Pakcik Razak dah sampai untuk bawa kita pulang ke maktab, korang masih lagi tak sedar dan terus menyanyi. bila dah kena hon, baru lah sorang-sorang nak tersedak.

        Dulu kalau elaun tak keluar lagi, duit makan mesti kena catu. waktu tu kalau nak beli barang memang layan Mydin je. nak melangkah kaki ke Jusco, MP dan DP jangan harap. dengan berbekalkan dompet yang tak seberapa nak ada duit, rasa macam miskin gila kalau masuk ke tempat-tempat macam tu. dalam Mydin, semua benda perlu berkira. kalau nak beli roti, kena cari roti yang berjenama paling murah dan paling kecik. kalau nak beli pencuci muka, kena cari pencuci muka yang bersaiz paling kecik. kalau nak beli sabuh basuh, kena cari sabun basuh yang berharga RM1 dan jenama yang tak popular langsung. kalau nak tempah makanan, kena beli makanan yang tak lebih daripada RM3. tapi bila elaun keluar kau mana nak pandang Mydin dah. terus layan tempat-tempat mahal je. kau ingat lagi tak ?

         Indah kan dunia kampus kita ? kalau dalam kelas, kumpulan yang suka buat bising waktu lecturer mengajar tu tak sah kalau bukan kumpulan kita dan kumpulan Sue. kumpulan lain semuanya skema dan buat muka serius. kumpulan kita suka gelak benda yang tak lawak, tapi kalau benda yang lawak memang gelak tak hingat dunia. walaupun duduk paling depan dalam kelas, kita tetap jugak tak sedar diri main-main depan lecturer. memang budak nakal ! tapi yang seronoknya walaupun kita bising-bising dan enjoy dalam kelas, result kita tak ada teruk.

          Dengar cerita kau buat bisnes ye sekarang ? kau memang dari dulu suka bisnes kan. bagus lah kau nie. dulu kau suka gebang kat aku kau nak buat bisnes broker kereta tak pun bukak butik baju dan tudung. kalau satu hari nanti aku dapat tengok bisnes kau tu depan mata aku sendiri, aku berjanji akan jadi pelanggan tetap kau. rajin betol kau ye, ada masa ke berbisnes dengan bagi kuliah dalam kelas ? meh share tips berguna kat aku sikit.

        Tak sabarnya hati aku untuk dapat berjumpa dengan kau satu hari nanti. aku harap kau sentiasa ingat aku dihati kau. walaupun kita berada di tempat dan masa yang berbeza, aku tau kau takkan pernah lupa diri aku kan ? kau lah kawan sejati aku dunia akhirat. aku selalu terjumpa kau dalam mimpi aku, tak tau kenapa. agaknya sebab aku selalu teringatkan kau kot ?

        Untuk pengetahuan kau, keadaan aku sekarang nie okay je. biasa lah, manusia mana yang tak pernah ada masalah kan. aku tak sabar nak jadi macam kau, berjaya dalam hidup dan bahagia dengan keluarga tercinta. dulu aku suka usik kau yang kau takkan kawin sampai bila-bila. kau doakan aku semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik belaka tau. dulu hidup aku tak ceria, tapi sejak baru-baru nie alhamdulillah ada teman yang hadir dalam hidup untuk menceriakan aku seperti sedia kala.

        Sampai di sini je surat aku. nak tulis panjang-panjang takut kau mengantuk. aku doakan semoga kau terus sukses dan bahagia dalam hidup. nanti kalau kau dah pakai Caldina GT4 tu, sudi-sudi lah datang rumah aku. takkan kereta dah canggih tapi nak sampai rumah aku pun tak mampu, kata broker kereta ye tak. semoga kita berjumpa lagi di lembaran yang lain. Wassalam.






Yang Benar,


Asyiqin Ridzwan Yang Berumur 21 Tahun








p/s : tak salah kalau kita tulis surat kat diri kita sendiri dan cuba lihat lagi surat nie semula pada masa 20 tahun akan datang, SURPRISE !







Comments
One Response to “Bukak semula lagi 20 tahun akan datang.”
Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted