-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!



sampai ke hari nie gua tak boleh lupa benda yang terjadi dalam kelas beberapa hari yang lepas. gua rasa benda tu sangat kelakar tahap gaban, tapi tak tau lah kalau orang lain rasa benda tu tak kelakar. mungkin bagi sesetengah orang menganggap benda tu terlalu 'plain' untuk diketawakan, atau pun mungkin boleh menjadi isu yang sensitif untuk disebut but hell yaw who's care ?

al-kisah yang tak seberapa kisahnya, hari tu member gua kena membuat micro teaching untuk subjek EDU dalam kelas. dalam micro teaching, seluruh kelas kena berlakon sebagai budak sekolah rendah tahap satu yang masih berhingusan dan orang yang kena buat micro teaching tu pulak kena berlakon sebagai guru sebenar yang sedang mengaplikasi kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajarnya di dalam kelas (seriously shit apesal sejak dua menjak nie ayat aku macam nak buat assignment ?). dan sila bayangkan, macam mana kita nak beri satu lakonan yang agak berjaya sebagai budak sekolah rendah walhal kita sebaya dengan member kita yang berlakon jadik guru tu ? itu part yang sangat kelakar dan susah sebenarnya. kahkahkah !

hari tu, member gua buat pengajaran yang menggunakan tema Haiwan. kami kena berlakon sebagai budak sekolah tahun 1. OMG, sumpah gua memang failed. member gua tu punya lah bersemangat berlakon waktu micro teaching dia. dalam setiap sesi micro teaching dalam kelas gua, jangan harap tak ada sesiapa pun yang terlepas daripada kena sakat dengan kami. jahat kan ? kalau orang yang bukan penyabar, memang boleh rasa down gila bila mula mengajar micro teaching tu.



Member 1 : okay murid-murid. hari nie cikgu nak ajar kamu kenal apa itu haiwan. sapa boleh bagitahu cikgu apa haiwan yang kamu tahu ? (tersenyum sipu-sipu)
Member 2 : arnab !
Member 3 : lembuuuuuuuuuuu !
Member 4 : ayam, cikguuuuuuuuuuuu !
Member 1 : bagus, pandai semuanya. sapa lagi boleh bagitahu cikgu apa haiwan yang kamu tahu ?
gua : harimau !
Member 6 : (suara lantang yang datang entah dari mana dan menjerit secara tiba-tiba) babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!



sumpah what the fuck ! tersentap kepala gua lepas member gua jerit nama benda alah tu. lepas tu semua orang gelak ketawa berderai kuat sebab tak sangka member gua tu boleh terpikir nak sebut nama tragis tu. sebenarnya nama tu tak ada lah terlalu tragis ye tak ? cuma kalau dipikirkan secara logik, ada ke budak sekolah berumur 7 tahun boleh menyebut perkataan 'babi' dengan begitu fasih, kuat dan lantang dalam kelas ? oh mungkin ada, cuma gua je yang tak tahu. kahkahkah !



Member 1 : tak baikkkkkkkkkkk kamu cakap macam tu. (suara yang lemah dan dahi yang berpeluh sakan)



akhir sekali, member gua yang berlakon jadi cikgu tu mengeluh. terpancar sinar ke'down'an mengajar di mukanya. waktu tu, gua lah manusia yang ketawa paling kuat sampaikan gua rasa perut gua senak gila. gua rasa benda tu sangat kelakar. bila gua tengok muka kawan gua yang cakap perkataan 'babi' tu, mesti gua rasa macam nak gelak sampai putus urat tengkuk.

gua tak mengantuk langsung sepanjang sesi micro teaching sebab gua asyik teringat-ingat scene member gua jerit perkataan 'babi' tu. kahkahkah ! tapi itulah kadang-kadang yang bakal berlaku kepada semua guru atau bakal guru di Malaysia. tak boleh jugak nak salahkan murid yang akan buat macam tu kat dalam kelas sebab jawapan yang dia bagi sememangnya tepat sekali. babi pun spesies haiwan kan ? mungkin ada sesetengah orang tak boleh terima cara gurauan member gua tu tapi ya, ianya hanya disebabkan mentaliti orang kita. itu je. tapi gua rasa cara member gua sebut perkataan 'babi' tu sangat genius bila dipikirkan daripada sudut positifnya.





apa pandang-pandang, ada hutang ke ? ke nak ikut masuk lumpur ? jommmmm !




Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted