-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

AP AYAM PENYET SEDAP WEH !


semalam, aku pakat dengan member nak pekena ayam penyet untuk menu makan tengahari. lagipun aku tak pernah nampak dan rasa apa itu ayam penyet sepanjang 21 tahun hidup. selalu dengar je daripada kepoh kepoh mulut orang lain tentang kesedapan ayam penyet nie, tapi aku tak pernah ada hati nak mencuba. dah alang-alang semalam member ajak layan ayam penyet, aku pun setuju nak join.



aku membayangkan ayam penyet tu ialah ayam yang dipenyek-penyekkan sampai lumat dan berbentuk seperti bebola ayam. aku bayangkan harga ayam penyet tu pun dalam RM3 lebih je. tapi rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali ! member ajak makan ayam penyet kat Restoren AP Ayam Penyet di Tesco Melaka. yeah, bangunan tipikal yang selalu budak maktab aku lepak selain Melaka Sentral, Banda Hilir dan Jusco Melaka.



masa mula-mula masuk restoren tu hati aku berdebar sebab restoren tu telah mengingatkan aku kepada sebuah restoren yang aku pernah pergi di Indonesia bersama family masa berumur 17 tahun dulu, perghhh ! suasana dia memang sebijik macam restoren mewah kat Indon weh. disebabkan perut aku dah terlalu lapar dan nafsu makan yang terlampau, aku order menu banyak gila. rasa macam tak masuk akal pun ada, tapi peduli apa. asalkan perut tak kebulur sudaaaa.



okay sila abaikan nasi kat pinggan yang dah berterabur tu.


ha nie lah AYAM PENYET rupanya ! *ayat orang tak pernah jumpa ayam penyet *



aku tamak dan lapar gila, so aku order bakso kuah. pergh, sedap nak mampus gua ! pedas dia tak hingatttttt



aku memang suka makan bakso kat mana-mana. selalu kalau ternampak gerai makcik indon jual bakso, aku akan beli sebab tahu bakso memang sedap. aku suka sangat makan bebola daging dalam bakso tu. lagi sedap bila ditambah sambal kicap atau ada sambal yang dibuat khas bagi bakso tu rasa sedap gilaaaaaaaaa. aku suka makan benda pedas macam bakso nie. kepedasannya mencengkam sanubari. cis, tengok nie..aku dah telan air liur banyak kali sekarang nie tahu ?



harga semua makanan dan minuman dalam restoren AP Ayam Penyet nie berpatutan lah jugak. sekali sekala pergi boleh lah, kalau selalu pergi memang boleh kopak poket anda. makanan dia pun sedap dan disediakan dalam kuantiti yang banyak. aku gerenti bila anda keluar dari restoren nie, anda mesti keluar dengan perut yang sangat kenyang. semalam aku kenyang tahap gaban sampai tak larat nak bawak moto dah. so kena merayap-rayap dulu dalam Tesco tu bagi masa kat perut aku untuk menghadam makanan. cewah !



di sini aku ada senaraikan harga makanan yang aku order semalam (ek eleh bukan banyak pun, dua je kot. kecoh betul lah) :-


Ayam Penyet AP (RM7.50)
Bakso Kuah (RM5.50)


sebenarnya banyak lagi menu yang lain tapi aku tak ingat nama dan harganya. mungkin harga makanan kat atas nie mahal berbanding di tempat lain, tapi aku tak heran sangat sebab service dan kedai dia bagus. suasana pun selesa, rasa nyaman je masa makan kat sana semalam. lagipun, sewa kedai dalam Tesco memang mahal pun kan. tapi apa-apa pun, terima kasih lah Restoren AP Ayam Penyet sebab memperkenalkan aku apa itu ayam penyet !




waktu nie mulut gua penuh dengan nasi sebenarnya. buruk bebenor !



Comments
3 Responses to “AP AYAM PENYET SEDAP WEH !”
  1. yananana says:

    ckennnn, akak tak paham nape sedap. bukan die ayam goreng biase je ke? hehe. akak duk indon, sume ayam pun penyet :P hehe.

  2. Anonymous says:

    betul ker sedap?

  3. kak yana : haa sbb tak pernah makan ayam penyet la kte kata benda alah tu sedap akak. entah lah, rasa macam sedap lain mcm drpd ayam biasa. maybe dia punya sambal kot kan akak ? keh3

    anonymous : bagi tekak gua harus lah sedap. hahaha

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted