-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

4 benda yang berlaku bila putus cinta.


hello, im back ! tak main lah sedih sedih putus cinta nie. dah tak macam dulu nak menangis sorang sorang kat atas katil mintak mummy dodoikan. umur dah dewasa, be professional sikit bak orang kampung aku cakap (hulamak, ayat nak bangga je). tipu lah kalau aku cakap kat anda aku tak sedih. sedih nie weh ! nampak tak hingus warna hijau pucuk pisang sedang meleleh nie ? sekarang nak nangis pun berpada-pada dah. bila nak nangis kena guna penimbang berat. kena sukat dulu biar jangan membazir, ada banyak lagi benda lain untuk aku menangis. hati aku pun dah tawar macam tepung tawar. otak dah jadi batu, kalah batu kat kawasan kuari belakang rumah Cik Tojah. senang je, aku pikir sekarang nie ada jodoh ada lah, tak ada jodoh terima dengan hati yang redha. ecewah ?


ada 4 benda yang aku dapat simpulkan bila tengok orang yang lepas putus cinta :


1)  bunuh diri.
ceh, ini kalau orang bukan Islam, boleh lah nak buat. orang Islam mintak simpang malaikat 44. berdosa bunuh diri nie weh. sebelum pikir nak bunuh diri ingat dulu Tuhan kau sapa, keluarga yang menyayangi kau, kucing kesayangan kau. sia-sia je hidup noi. mummy cakap, kalau orang yang bunuh diri nie dah tak ada iman. rohnya nanti tergantung di antara langit dan bumi. seramnya.


2)  jadi orang gila.
bila otak dah tak boleh dikawal, emosi semakin tidak stabil dengan kekecewaan yang melanda diri, daripada dilahirkan normal terus jadi tak normal. gila ? yes, gila. gila sebab putus cinta. ada sesetengah orang yang tak mampu kawal diri (dah sayang sangat la tuuuu), sampai dia lupa siapa diri dia. huishhh..mintak dijauhkan lah.


3)  menangis sorang sorang atas katil setiap hari.
yang nie normal, aku pun pernah buat jugak dulu. maklum lah, malam hati masih muda. tup tup kecewa pulak dengan cinta sadis. menangis tak berlagu kat atas katil. tak mau makan minum mandi dah. nasib baik solat aku ingat lagi. lepas tu selalu dengar lagu lagu sedih je, dah tak layan lagu rock kapak dahhh. yang nie semua orang pernah buat kot. tapi tak tau lah kalau yang berhati kering tu.


4)  makan banyak-banyak sampai obesiti.
hulamak kau ! yang nie memang parah aku cakap. kadang-kadang otak aku yang tak berapa nak geliga nie selalu berputar-putar memikirkan sesuatu. 'kenapa ye kalau orang putus cinta benda yang dia nampak hanya lah makanan dan makanan ?'. sapa boleh jawab, aku bagi RM100 duit permainan Sahibba. agaknya bila dia nampak makanan tu macam dia nampak kepala bekas kekasih dia then bila dimakan dengan begitu lahap dia akan rasa macam puas hati dapat 'jahanam'kan bekas kekasih dia tu. ye tak ?




kawan-kawan di Facebook, gua nak ucapkan terima kasih banyak-banyak bagi gua kekuatan. maklum lah, dugaan nie bukan kecik. masakan orang yang dah kawin pun boleh bercerai apatah lagi yang bercinta. ada jodoh, adalah. tak ada jodoh, terima lah suratan takdir. dulu gua meletakkan harapan yang tinggi untuk hubungan gua tapi sekarang gua dah tak nak buat macam tu. serik noi ! kali nie bila gua berhadapan dengan adegan putus cinta, gua dah tak lemah macam dulu. gua dah tak nangis teruk teruk macam dulu dah *ini sah sahhhhh tipu*. gua berani cakap, gua memang takkan serik bercinta lagi lepas nie. dapat dalam masa terdekat pun gua tak kisah. tapi lepas nie bila gua dapat yang terbaik, gua nak kawin terus. sapa nak isi borang, meh serbu kaunter gua meh ! *macam lah ada yang sudi dengan aku nie ha* kah kah kah kah

Comments
3 Responses to “4 benda yang berlaku bila putus cinta.”
  1. Anonymous says:

    salam...btul ke ni syikin...dah brake up?

  2. kuang kuang... gila ngn bunuh dri tu xprnah lgi... yg mkan bnyak2 ngn nangis atas katil tu slalu.. he3...

  3. anonymous : wsalam. ye memang betul dah broke up. apa nak buat, jalan terbaik berpisah je. kadang2 bercinta bagai nak rak tak semestinya kte dengan orang tu je. manusia mampu merancang, yang menentukannya hanya Allah swt. :)

    marsha : oh yeke ? haha sye semua tu tak pernah buat melainkan nombor 3. kte pernah merasa benda yang sama :(

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted