-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

trut trut truttttttttt !!!


Telefon Bimbit Itu Penting !


dewasa kini, telefon bimbit dah menjadi satu keperluan utama bagi semua orang. kalau ada orang yang tak suka pegang handphone pun akan terpaksa pakai handphone. sebab apa ? ya, sebab ianya dah menjadi satu kepentingan untuk berkomunikasi (ini kes macam mummy lah nie). jadi tak hairan lah budak sekolah rendah sekarang kebanyakkannya dah ada handphone sebijik, apatah lagi budak sekolah menengah ye tak ?

zaman aku dulu, punya lah susah nak dapat handphone. nak dapat sebijik handphone tu susahnya macam nak dapat sebijik rumah ! seawal umur 14 tahun aku dah mula terfikir untuk ada handphone sebijik. pernah suatu masa dulu aku bagitahu hasrat aku tu kat abah mummy tapi tak pernah berjaya. aku budak kecik lagi katanya. waktu tu pun zaman muda mudi, apa lah sangat nak fikir keburukan dan kebaikan ada handphone nie. tengok member lain pegang handphone, terasa jugak nak ada sebijik. menangis tersedu sedan di penjuru bilik sorang sorang. haishhh ~

apabila sudah mencapai umur 17 tahun, baru lah aku dapat merasa pegang handphone sebijik. waktu tu aku terasa macam dunia nie aku yang punya. punya lah batak rabit bila dapat pegang handphone tu sampai tak ingat nak makan, minum tengok tv dan semuanya. lama-kelamaan ke'batak rabit'an tu dah hilang sebab dah bosan pegang handphone sampai lah ke hari nie. pada pandangan aku, kini, handphone adalah satu medium untuk berkomunikasi dengan orang orang tertentu je, bukan untuk berchit chat dengan strangers tanpa arah tuju macam dulu lagi dah. macam bajet baik kan ?

dulu kalau beli topup mahu jugak untu seminggu dah mencecah RM50. seminggu je tu weh ! entah ke mana duit topup aku melayang dengan begitu sekejap. kalau bergayut dengan members, tak terasa pun duit topup tu semakin lama semakin berkurangan. tapi sekarang nie alhamdulillah tabiat buruk aku yang suka topup dulu dah berkurangan. sekarang nie seminggu pun dah susah nak habiskan RM10. nak kata aku tak telefon orang, tak jugak. nak kata aku tak main message pun tak jugak. entah kenapa begitu cemerlang aku berjimat-jimatan dengan penggunaan topup. heheh

sekarang nie kalau tengok marketing bukan kemain hebat jenis-jenis handphone yang dijual. Blackberry lah, Iphone lah, Blueberry lah (blueberry ?) dan banyak lagi lah. makin banyak jenama yang mengiklankan jenis handphone yang canggih tak hingat nie makin bengkek je hati aku tengok. geram tu memang geram, tapi bila fikir fulus haiyo ma haiyo paaa~. nak beli handphone baru yang lebih canggih nanti nanti lah tunggu lah bila aku dah jadi makcik kayo. handphone hebat hebat macam anak raja tapi tengok kredit takat RM3 je baik tak payah kan. galakkan kesederhanaan dalam segala perkara, pesanan untuk diri sendiri jugak. heheh


handphone purba kala. orang lain boleh tersengih dah pakai handphone canggih manggih, aku masih pakai nokia lama nie je ha. sob sob sob. *gambar diambil pada awal tahun 2010*

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted