-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tahun 2011 lah katanya. :)


finally it's time for writing new post on Spice & Sugar ! setelah beberapa hari agak sibuk dengan pengurusan untuk menyambung sesi kuliah di Melaka, akhirnya aku berpeluang jugak untuk melepaskan gian menulis di sini. fuh, ianya sangat bagus untuk menghilangkan kebosanan duduk di asrama ye hadirin hadiran sekalian. well, sapa yang tak bosan duduk asrama kan ?  -.-'

sebagai permulaan, aku nak berkongsi sedikit mengenai tahun baru 2011 nie. asrama baru. kelas baru. jadual baru. baju baru. semua baru belaka di sini. azam ? aku tak berani nak azam tinggi tinggi tahun nie. sebab aku takut aku tak mampu nak tunaikan. lagipun, asyik sibuk je fikir apa azam di tahun baru tapi dah lama lama nanti habuk pun tarak ada. tak payah cari contoh lain, aku sendiri pun dah boleh jadi contoh yang paling layak untuk kes insan yang berazam hebat di tahun baru tapi hampeh je akhirnya. heheh

untuk tatapan keluarga dan kawan kawan di sini, aku ada letakkan beberapa gambar yang tak seberapa elok akibat keseronokan hidup dalam alam sekitar yang baru belaka nie. peluang nie weh, lepas nie kalau semua barang kat sini dah lama berkulat berkarat, nanti nak bergambar pun tak ada selera. jadi, jangan lepaskan peluang yang ada di depan mata. cewah !



berkumpul berbincang dan bergosip ! itu perlu.


oh ya, si tembam di tahun baru 2011. itulah akibat kalau bercuti panjang di rumah. sob sob sob kena tingkatkan aktiviti bersukan lepas nie, no excuses !!


rajin anak abah dan mummy nie hias meja belajar ye ? famous sekejap orang orang dalam frame tersebut.


ini mendajal kawan namanya. kantoi bergosip di sana !


muka teruja macam kena kejar paparazzi. bajet oh !


pose paling tergedik yang menggedik di dunia gedik.


sungguh setia Tuan Hj Ismail Alias mengajar kami Math sejak kami masih bergelar budak hingusan di maktab.


this was so candid ! oh terbukti memang budak budak kelas aku sungguh tekun. *kembang2*


haiyo ma haiyo paaaa ~ 2nd day pun dah ngantuk ka ?


itulah keterujaan budak budak kelas aku termasuk lah aku sendiri. kalau kat rumah, mana ada peluang nak bergelak tawa dengan kawan kawan ye tak ? sebelum kemurungan akibat assignments dan final exam melanda, seharusnya kita memperbanyakkan gambar gambar vain di dalam album anda ! itu penting. heheh

itu dia cerita di blok akademik. jumpa je di kelas tapi di asrama, bilik dah lain lain. masing masing perlukan sudut ketenangan diri di bilik ye tak ? oleh disebabkan semuanya baru, maka aku dengan bermurah hati untuk menderma tenaga dengan membantu mereka mereka nie famous sekejap di Spice & Sugar. eh sekejap je tau. tak payah lama lama. nanti reputasi aku jatuh.


katil aku yang anggun. sila abaikan kesemakan yang terjadi. itu 'normal'.


rak kasut. ini pun tak cukup lagi sebenarnya. kat bawah katil ada lagi 5 6 pasang kasut.


meja belajar yang terlebih kondusif sebab disediakan kemudahan seperti jajan choki choki oleh diri aku sendiri.


magika sungguh ! tiba tiba ada kerusi pulak. jadi, sememangnya terlebih kondusif !


bahagian atas loker dan rak dinding yang paling berserabut di dunia. oleh sebab aku dah tak tau nak gantung mana, maka tudung tudung itu telah berjaya digantungkan di situ. sob sob sob



tapi kan..hebat mana pun asrama yang diberikan kat aku, tiada apa yang dapat menandingi seronoknya duduk dalam bilik aku di rumah (seriously mintak penyepak sebab tak bersyukur). wah, sangat rindu untuk tido di bilik dalam rumah. rindu dengar suara abah dan mummy dok bising bising kejut bangun subuh. rindu nak memekak buat bising dengan adik beradik. rindu nak tido dengan si kucing gedik Tondo di bilik. wah, rindu semuanya. nak balik Selangor ! sob sob sob




HAPPY NEW YEAR 2011


HAVE A BLAST EVERYONE !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted