-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

siapa kata Satria Neo 1.6 CPS tak hebat ?

dah banyak kali aku promote pasal kereta keluaran jenama proton yang satu nie. memperkenalkan Satria Neo CPS 1.6 M, yieeha ! sangat suka dengan kereta nie, cuma tunggu masa je untuk aku memilikinya. bila nak dapat tu ? entah lah, aku pun tak tau. tapi aku harap dah boleh dapat akhir tahun nie weh (wah, sangat mengharap nie).

okay kalau post sebelum nie aku pernah berkongsi cerita mengenai satria neo, tapi kali nie aku nak bercerita lagi dengan lebih mendalam. pastinya membuatkan anda tertarik sama dengan apa yang aku rasa sekarang nie. wah, sumpah aku tak sabar ! kalau anda tak berapa minat tertarik de bomb dengan neo CPS, tak salah kalau nak baca. kot kot lah lepas dengar aku membebel nie anda terus tertarik nak beli neo CPS ? heheh

nak dijadikan cerita, petang tadi aku mengisi masa lapang aku untuk singgah ke sebuah showroom Proton yang berdekatan dengan maktab aku. sebenarnya aku tak merancang nak singgah tapi tiba-tiba hati aku tertarik pulak nak menyibuk kat showroom tu. tambah tambah lagi aku tengok bukan main banyak kereta baru yang dihantar. pergh, terliur aku tengok. ye, aku tau ianya hanya Proton je. tapi sokong lah barangan tempatan anda, yeay ! bila aku berjalan dan berjalan di dalam showroom tu, tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. ya, getaran nie adalah petanda bahawa aku sudah berjumpa dengan si dia ! malangnya akibat terlalu teruja, aku tak berkesempatan untuk ambil gambar si cinta hati aku tu. so, gambar-gambar hasil pencarian google je lah yang ada nie ha.


-hasil carian google 1-


-hasil carian google 2-


-hasil carian google 3-


-hasil carian google 4-

setelah bertanya mengenai kereta nie, baru lah aku tau bahawa edisi CPS adalah renovation daripada Neo H-Line. tapi yang pastinya, CPS nie lebih bagus lebih power lebih mantap daripada H-Line tau. walaupun mungkin sesetengah orang akan berpendapat 'ek eleh, ape kelas kau minat takat Neo je weh ? maju lah sikit, baru ada power'. well, kalau kereta tu tak hebat di pandangan mata aku jangan harap lah aku nak jadi angau macam nie ha. aku tau aku miskin. duit takda. tak mampu. tak macam hang no. sob sob sob. tak apa, tak apa, nanti aku beli R3 Lotus, jangan kau nak tumpang tumpang kereta aku. heheh

oh ya, apa yang menariknya dengan Neo CPS nie ? hasil daripada perbualan antara aku dan sales advisor tu tadi, aku nak berkongsi sedikit mengenai apa yang aku faham. haaa..nie yang aku nak bagitahu nie. sila faham betol betol tau. sediakan sekali kalkulator berkuasa maksima agar anda mendapat hasil kiraan yang teramat mantap (kalau rajin).


memperkenalkan Mr.Lee sebagai sales advisor aku untuk petang tadi.


sedang aku khusyuk memerhati Neo CPS hitam tu, aku di sapa seseorang. aku pasti dia nie sales advisor kat situ. kami pun berkenalan sekejap dan aku menyatakan hasrat aku untuk bertanya mengenai kereta yang berada di depan aku waktu tu. dia pun bawak aku ke satu bilik kedap bunyi yang sungguh dingin dan selesa. perbualan kami bermula di situ. Mr. Lee sangat peramah dan baik. soft je dia bercakap. oh mungkin lah, dengan customer kan. eh tak baik bersangka buruk. heheh

Mr. Lee bagi aku satu kertas yang menunjukkan senarai harga untuk semua jenis kereta yang ada di showroom tu. macam biasa lah, aku pun tengok dengan teliti dan pastinya mata aku akan mencari list yang tertulis dengan perkataan 'Satria Neo 1.6 CPS (MT)'. yelah, aku bukannya hebat nak bawak kereta auto. aku main kereta manual je. nak buat macam mana, semua kereta kat rumah aku menggunakan gear manual. jadi, aku nie boleh lah dikatakan sebagai anak jati pengguna kereta gear manual.


jeng jeng jeng ! dah jumpa pun.


tengok OTR dan Loan neo CPS daripada neo Base Line. fuh, berbeza dengan penuh kemantapan !

tengok pulak standard down payment yang dikenakan. fuh, best mantap rebus !

insuran neo CPS lagi mahal. dah tentu !

ini bahagian yang paling menyeronokkan. dah confirm monfirm aku akan ambil 9 years. RM 654 ? pergh berbeza sungguh dengan neo Base Line.



yang best gila nya, untuk waktu nie proton edar nie inform aku yang ada diskaun RM 2000 bagi satu pembelian neo CPS dan RM 888 bagi satu pembelian neo Base Line sempena hari sebelum raya cina. best gila weh !!!!


ini adalah pengiraan bagi sesiapa yang nak beli neo Base Line di Proton Edar nie. sebulan hanya perlu bayar RM487 je untuk 9 years jika anda menggunakan loan di Ambank. selain daripada Ambank perlu bayar RM497. nampak kan perbezaannya ?


ini pulak pengiraan bagi neo CPS. mantap gua cakap lu. ada diskaun RM2000 sebelum hari raya cina. RM640 untuk 9 years sekiranya pengambilan loan di Ambank dan RM654 untuk bank selain daripada Ambank.

hebat kan ? promosi gila hebat. seriously buat aku rasa macam tak boleh tido malam sekarang nie. kalau dilihat daripada feature neo CPS dan neo Base Line, neo CPS much better lah. kelajuan kuasa kuda 1.6 yang lebih mantap. ada spotlight yang gorgeous di bahagian lampu. ada sport rim yang cantik gila, original leather seats, dua airbags dan macam macam lagi.

aku tak lepaskan peluang untuk mencuba kereta tu tadi. benda dah ada kat depan mata, apa lagi yang nak ditunggu. bergaya lah kejap jawabnya. aku mintak Mr. Lee hidupkan enjin. whoa, sekali aku tekan minyak (gear dah tersedia free dulu ye !), menderum kereta tu kat dalam showroom. rasa mencapap pun ada. gila gempak weh. sound, seats, lights, aircond..semuanya terbaik. neo CPS lebih bergaya berbanding neo Base Line. sebab neo Base Line tak ada spotlight, spot rim, airbags dan apa benda lagi entah yang Mr. Lee cakap tadi aku tak ingat. ada sesetengah orang nak beli Base Line je sebab dia boleh modified ikut kehendak sendiri. tapi ada jugak yang nak neo CPS sebab dah lengkap dengan semua facilities. tapi kalau aku, dah tentu aku pilih CPS walaupun jauh lebih mahal daripada Base Line.


nie enjin neo CPS. dengan penggunaan kuasa Campro CPS yang telah dinaiktaraf dengan baik ye kawan kawan ku. terasa macam dalam Transformer pulak dah.

dari petang tadi sampai lah sekarang nie bibir aku tak pernah lekang dengan senyuman kambing. pergh, gara-gara neo CPS tadi aku boleh jadi angau sampai macam nie. merasa jugak aku pegang stereng dan tekan minyak neo CPS tadi. sebelum nie asyik dok tengok kereta orang kat jalan raya je, tak sah kalau tak telan air liur. aku akui, memang smart mantap gila neo CPS nie. kalau aku yang perempuan nie dah tergila-gila tak ingat dunia kat kereta nie, apatah lagi budak laki ye tak ? oh tak sabarnya nak dapat sebijik. mengharap dapat macam durian runtuh nie tak main lah, orang kata tak true weh. kena usaha untuk dapatkan sendiri. bak kata orang kampung aku, usaha itu satu kejayaan ! insyaallah kalau diizinkan dan dipermudahkan Allah swt, tak lama lagi aku boleh pegang stereng neo CPS aku sendiri. insyaallah ! Malaysia Boleh !


membaca pamphlet Neo CPS daripada Proton Edar. kalau dah dapat nanti, aku nak pilih neo CPS yang berwarna putih.



masih lagi di muka surat yang sama ? oh teruja sangat rupanya. GEDIK.

okay sila tutup dan sedia untuk disimpan. dah tiba masanya untuk bermimpi memandu neo CPS di dalam mimpi. Goodnight ! :)


p/s : sesiapa yang berminat dan betol betol dah ada kewangan yang okay, boleh lah datang di Proton Edar yang berdekatan atau pun datang je di Proton Edar yang aku pergi nie. satria neo ada diskaun mantap sekarang nie weh ! tapi make sure loan di bank dah lulus dulu. peace ! 


Comments
13 Responses to “siapa kata Satria Neo 1.6 CPS tak hebat ?”
  1. Anonymous says:

    lagi baik beli vios je makcik..
    total spend minyak and byr kete same je dgn vios.
    vios lagi class and branded.:-P

  2. hehe tapi sye suka kereta yang guna design race car. so sbb tu sye pilih satria neo. vios tu nnt2 lah if dah kawin ke ape ke. kehkehkeh ! :D

  3. Anonymous says:

    vios lagi class ke?mentaliti apekah ini?wahahaha

  4. Anonymous says:

    hmmmm....salam kt awk, sebenarnye ati saye ni pun mcm awk jgk nk beli sgt satria neo tu, design dia mmg ranggi dan racing, tp yg mslh nye skrg ni kalau dari segi keluasan dalaman nye mmg sesuai utk org bujang je dan berumur 35 thn ke bawah, lagi satu, bukan nak memperlekehkan jenama buatan msia, tp kadang2 tu klu difikirkan blk, risau pulak dengan kauliti proton yg serba kerkurangan ni,nak dijadikan cerita, member saya ade sebijik neo, dia baru je pakai dalam setaun dua mcm tu lah,pada satu hari yang malang,semasa dia otw nk blk keje, dia terperasan yg enjin bergetar semacam dan tak smooth mcm selalu,lepas tu dia cek enjin kete dia, rupa2 nye mounting enjin dia patah,bayangkan kete baru je pakai setaun dua, mcm mane mounting tu blh patah, hmmmm....aku pun hairan jgk,sebab tu la aku was2 nk beli satria neo ni,

  5. masa umur muda belia sekarang bagi yang minat kereta mesti menjadikan satria neo termasuk dalam list pilihan kete yang nak dibeli. masa saya nak beli kete aritu, saya saja tanya kat salesman 'kenapa orang dah tolak neo tu padahal nombor plat boleh dikatakan masih baru ? mekap semua dah cantik.'. lepas tu salesman berkata, "minyak kuat makan maaa. dia sulah kawen baru dapat anak. keta kecik manyak sempit.". lagi pun sekarang satria neo tak ada pengeluaran. elok jugak beli keta lain yang lebih berpatutan dan selesa :)

  6. Anonymous says:

    nak tanya.. keluasan untuk seat belakang macam mana ea ?

  7. Ingatkan nak sembang pasal keupayaan enjin atau fungsi CPS... HERMMM

  8. Ray says:

    Ahahaahaa....vios altis...camry bkn ke vios tu kelas paling bwh?

  9. Anonymous says:

    Sy pemilik Satria Neo model CPS auto yg sy beli pd 2011. Sy masih menggunakan kereta ini kerana sy rasa ianya boleh di"maneuver" dgn mudah. Mmg petrolnya kuat ckit tp kekuatan enjennya 1.6 itu amat bagus utk saiz kereta kecil sebegini. Pohon tips atau panduan untuk menjaga kereta ini kerana sy berhasrat untuk menggunakannya selama mungkin spt Saga 1.3 yg saya gunakan kira2 15 tahun.

  10. Unknown says:

    Hahaha kan.. Hampehh

  11. Anonymous says:

    sy baru je pakai neo cps 2010.. alhmdlh ok..minyak kena seting sikit bagy jimat

  12. bro boleh share sikit. macam mana setting minyak utk jimat tu. terima kasih.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted