-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

si pemalas basuh kasut sukan.


saja nak berkongsi dengan kawan-kawan blogger di sini. rutin aku di sini dah bermula macam biasa. turun main bola keranjang bersama-sama rakan sepasukan yang lain. baru-baru nie potensi tenaga bermain untuk aku agak mengecewakan sebab aku cepat gilaaaaaaaaaaaa pancit. pantang buat skill 'diamond' je, aku mesti pancit tercungap-cungap. tak sempat nak tarik nafas masa berlari dan kejar bola. bounce bola ke sana ke mari. 

sekarang, boleh lah nak pakai selipar jamban masa main bola keranjang. gila tak berdisiplin macam nak tempah maut je. tak sedar diri dulu dah pernah terkoyak kulit sebab jatuh main bola guna selipar jamban. akibat ketidaksedaran diri tu, selipar jamban aku dah hampir-hampir nak putus. kalau nak lari kejar bola daripada member, aku wajib untuk terpeleot sebab selipar jamban aku tu lah. lagi pun sekarang musim hujan, so kena berkira sikit dengan diri sendiri untuk memakai kasut sukan. sanggup tu tak nak pakai kasut sukan daripada terkoyak lutut, gila ke apa. 

al maklum lah, kalau dah namanya pemalas nak basuh kasut sukan, memang macam tu kisahnya. *itulah point yang sebenar-benarnya*



macam sakai main guna selipar, larian aku lembap macam mentega. lihat lah mulut aku yang ternganga luas. *actually gambar nie baru diambil selepas buat skill diamond dan sedang tercungap-cungap*


hanya kak Wan je yang tau gambar nie candid atau pun tidak. kah kah kah ! okay, tak lawak.


nak bagi anda peluang untuk kutuk selipar jamban aku yang dah hampir jahanam sebab main bola keranjang. tak payah susah susah kerah keringat nak fikir apa motif aku letak gambar nie. heheh


ini calon-calon isteri yang aktif dan mantap dalam bersukan. sila undi masuk meminang dengan segera ! borang boleh didapati di tet tet tet teeeettttttttttttt. sekian !


tercabar tak tengok basikal dia ? anda mungkin tak tercabar, tapi anda akan tercabar bila main bola keranjang dengan dia. dia laju macam lipas. mengalahkan lipas yang beranak pinak kat lubang jamban tandas awam. dia merupakan salah sorang sifu aku dalam latihan, mantap weh !



ketika aku menulis blog nie, jari aku laju menekan keyboard tetapi mata aku diseksa untuk terus terbukak dan terbukak sampai tegang urat punggung selagi entry ini tidak disiapkan dan akhirnya... !! ya, walaupun kedengaran agak bersemangat tetapi hasilnya masih boleh dikategorikan sebagai entry bawang busuk. ha ha ha ha !! yelahhhhhhh kalau dah malas, memang malas jugak. 

baiklah, kawan-kawan saya nak ucapkan selamat malam ! semoga esok...adalah...hari yang...baiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkk...untuk anda. dan anda ...dan anda jangan...lupa.....dan....dan....kkkkrrrrrrrrrohhhhhhhhhhhhhhh...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. SELAMAT SUDAH.

Comments
2 Responses to “si pemalas basuh kasut sukan.”
  1. RIAN says:

    hey. . tgk muka kamu macam
    pelakon korea shim min ah. .
    ^_^

  2. ahaha yeke ? korea lah pulak. sye x minat pun korea. tapi tak apa, terima kasih ye rian :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted