-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

sebab kenapa Ana Raffali dan Hafiz menang AJL25.


siapa tak kenal ana raffali ? mungkin ada sesetengah pendengar radio tegar yang kenal dengan nama nie. mungkin jugak kenal suara je tapi tak pernah tengok tuan empunya suara. tuannya cantik weh. tak caya ? sila mulakan pencarian google anda sekarang sebab beliau dah pun dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu yang ke 25 sebentar tadi !! tahniah diucapkan kepada penyanyi baru yang membawa muzik bertemakan country. wah, macam dah jadi Taylor Swift Malaysia nie !



orangnya sopan je dalam berpakaian. even though dalam persembahan AJL tadi pun dia pakai baju kurung moden. manakala, baju kebaya merah untuk persalinan yang kedua. seriously baju dia lawa gila ! sumpah aku nak cari baju macam tu kat butik lepas nie, argh ! muka dia pun sedap je mata memandang. senang cerita, dia nie soft dan slow je aku tengok tapi.. ! bakat dia memang terbaik.

mungkin kemenangannya dalam AJL tadi tidak dipersetujui oleh sesetengah warga Malaysia. sebab yeah, dia baru lagi. popular pun dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dan Kalau Berpacaran je. penampilan dia pun so-so je tak macam penyanyi lain. persembahannya tadi mungkin tak berapa mantap pada pandangan sesetengah orang. tapi bagi aku persembahan dia mantap sesuai dengan taraf dia sebagai penyanyi baru, walaupun ada voice down sikit bila dah nak sampai hujung hujung tu. aku tak ada lah minat dia sebenarnya. kalau nak dibandingkan dia dengan Adira untuk lagu Ku Ada Kamu tu, aku rasa Adira jauh lagi mantap kot. itu sekadar pandangan aku je ye, sila jangan tak puas hati. heheh

tapi rezeki Ana Raffali lebih menyerlah tahun nie rupanya. AJL 24 bagi peluang kat Yuna sebagai penyanyi baru, dan AJL kali nie giliran Ana Raffali pun tunjuk sengat. ini dah membuktikan bahawa lagu bertemakan country sudah semakin mendapat tempat di hati peminat lagu tanah air. gua salute lu Ana Raffali ! oh ya, ada beberapa sebab kenapa Ana Raffali dan Hafiz menang malam nie :



1)  orang sekarang dah bosan dengan muzik yang memekakkan telinga dan menjulingkan mata je berkumandangan di corong radio. pendengar lagu tanah air nie bukannya tertumpu kepada golongan muda je. golongan tua pun selalu dengar lagu jugak. jadi, kalau nenek aku kat kampung tu tiba tiba teringin nak dengar lagu kat radio then bukak bukak je dengar lagu memekik melolong, mahu tercabut jugak jantung dia kot ? lagu country masih mengetengahkan muzik moden tetapi sedap je telinga mendengar. tak caya ? cuba dengar lagu Ana Raffali tu.

2)  mungkin juri boleh nampak aura yang bakal dibawa oleh Ana Raffali nie ke dalam industri muzik tanah air. mungkin beliau yang tampil sopan dan berpersonaliti matang boleh mendatangkan perubahan yang positif dalam dunia muzik. mungkin ?

3) yang penting, suara dan lagu Ana Raffali memang mantooooop habis ! anda tak suka, tak apa teruskan dengan ketidaksukaaan anda tu. tapi aku tetap suka ! heheh

4) Hafiz menang ? walaupun kehebatan vokal dia kurang menarik malam nie tapi macam mana dia boleh menang vokal dan tempat ketiga ? itu semua bergantung pada juri. mungkin juri-juri malam tu suka dengar vokal Hafiz yang bersemangat walaupun dia kurang sihat sebenarnya. gua salute lu bro, terbaik !

5) dah rezeki Hafiz untuk AJL kali nie, apa boleh buat ye tak ? rezeki dia lepas eksiden ngeri hari tu. bila orang tengok keadaan kereta dan leher dia yang tidak mengizinkannya untuk membuat persembahan, tapi malam tu dia tampil jugak untuk bertanding. gila kan ? kalau aku lah jadi dia, dah lama aku tarik diri (ini ciri-ciri orang cepat putus asa, sila abaikan). dengan lantangnya Hafiz menyanyi tadi mungkin membuatkan setiap juri terfikir-fikir tentang 'oh dia nie eksiden ke tak sebenarnya nie ? gila gempak la weh ! suara tak memadan dengan keadaan dia yang baru lepas eksiden tu'.




apa-apa pun, kepada semua finalis AJL 25 dan pemenang-pemenang kali nie, teruskan lah usaha dan perjuangkan lah bakat semula jadi anda tu ke jalan yang baik. ingat, Allah swt dah bagi suara sedap sedap lepas nie jangan tak sedar diri pulak. mula lah aku nak jeles nie sebab suara aku tak sodap langsung ! sila kekal dengan imej yang baik tau tauuuuu. tingkatkan kontroversi prestasi, elakkan kontroversi. heheh so, good night !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted