-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Realiti orang yang bersikap terlalu memilih.


setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza, terutamanya melibatkan ciri-ciri fizikal seseorang. ada sesetengah orang berfikiran yang kalau boleh asyik nak mengutuk orang je keje. tak kisah lah lelaki ke perempuan pun. tak pernah pun nak puji orang tu cantik ke manis ke menawan ke kacak ke ape ke. kalau ada puji orang, itu pun macam berat je mulut nak cakap. hakikatnya, itu lah sifat yang ada dalam diri sesetengah orang yang tak pernah merasa nikmat dan keindahan ciptaan Allah swt di muka bumi nie. kenapa agaknya ye ?

hal ini aku tujukan bagi segelintir golongan lelaki dan perempuan yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. oh, aku tekankan di sini, hanya SEGELINTIR je ye, bukan semua. nak demand je lebih. nak pakwe yang hensem macam Shah Rukh Khan je. nak awek yang cantik kurus macam Taylor Swift, tak main lah yang muka standard je. atau senang cerita, sifat terlalu memilih nie bukan lah sesuatu yang baik. 

NOBODY IS PERFECT. 

semua manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. kalau yang dah ada pasangan bercinta, terima je kekurangan atau kelebihan yang ada pada pasangan. jangan asyik nak complain je keje. kalau kau dapat awek berbadan gemok gedempol, mula lah mulut nak mengutuk suruh kurus lah buat body shape lah buat fitting lah..macam macam. si awek nie pun terlalu ikut sangat emosi diri sebab terlalu sayang dengan pakwe dia tadi. makan pil kurus bertan-tan, minum air jamu yang entah apa apa, jogging sampai tak ingat dunia. akhir cerita, si awek tadi jatuh sakit sebab kesihatan yang teruk. so salah sapa sebenarnya ?

kalau pakwe kau gemok gedempol, si awek yang perasan lawa mula lah kutuk pelbagai. paksa si pakwe diet dan buat apa-apa yang tak patut asalkan body tu kasi mantap. si pakwe yang terlalu sayangkan awek perasan cun tadi tu pun bersungguh-sungguh nak kurus. suatu hari, semasa si pakwe berjogging bagai nak rak di taman rekreasi, tiba-tiba terserempak pulak dengan si awek bajet cun tadi tapi yang sadisnya, awek bajet cun tu sedang berkepit dengan lelaki lain. aduhai, remuknya hati si pakwe tadi. akhirnya, si pakwe bunuh diri. so salah sapa sebenarnya ye ?












lelaki gemok yang negatif : 
jeles aku dengan si Mat Top tu. badan dah lah macam Aaron Aziz. ramai je awek terpikat dengan dia. aku nie ? nak cari awek seketul pun dah susah macam nak cari cicak tokek !

lelaki gemok yang positif :
lantak lah korang nak panggil aku bob ke debab ke, aku tak kisah. janji aku bahagia, sihat macam nie ha. pasal awek, aku tak kisah pun lah. dapat awek gemok ke kurus je, tu semua tak penting. yang penting, ikhlas dalam bercinta.


lelaki gemok yang berasa terlalu rendah diri : 
aku pilih awek gemuk jugak sebab saiz dia sama macam aku. lagi pun, aku sedar aku siapa. tak layak untuk perempuan yang cantik cantik comel comel tu. kalau awek aku kurus, mesti dia malu bila nak berdating dengan aku nanti.


lelaki kurus macho yang suka perempuan cantik je : 
boleh blahh. perempuan gemok sangat buruk di mata aku, GEMOK. jangan harap nak jadi awek aku. awek aku mesti ada ciri-ciri model macam Amber Chia. hot punya !


perempuan kurus yang bajet hot dan cantik : 
euwwww ! she's disgusting, you know. lemak berlapis-lapis. seriously buruk gila. malu lah nak berkawan dengan orang gemok.


perempuan kurus yang open minded : 
kenapa pun kalau dia gemuk, hati dia baik weh. aku ikhlas berkawan dengan dia. tak berdosa pun kalau aku berkawan dengan orang gemok ye tak ?


perempuan gemok yang negatif :
oh tidakkkk ! si bedah tu cantik je bila pakai baju kebaya. aku pun nak jugak jadi macam dia ! kalau aku pakai, tak ubah macam kain nak balut buah nangka. tak boleh jadi nie ! esok nak pergi beli pil langsing banyak banyak kat farmasi, tak kira !


perempuan gemok yang positif :
aku tak kisah orang nak cakap apa tentang aku. yang penting, aku bersyukur Allah swt buat aku macam nie. asalkan aku sihat walafiat, itu dah cukup untuk aku ucap Alhamdulillah.




anda nak pilih mana satu sebagai watak diri anda melalui dialog-dialog di atas ? pilih dan fikir sendiri. kecantikan itu tidak akan kekal lama. mungkin sekarang kalau anda ada awek yang cun melecun dan balak yang hensem gila sekarang, sudah pasti ke'cun'an dan ke'hensem'an pasangan anda tu tidak akan kekal sama macam apa yang anda boleh tengok di depan mata buat masa sekarang. jadi tak perlu lah nak bangga diri atau hidung tinggi sangat bila berada di khalayak ramai. entah-entah yang cun cun atau hensem hensem tu belum tentu ikhlas nak mencintai anda ye tak ?

seeloknya cermin diri dulu baru boleh nak mengata orang. jangan terlalu mudah mata anda ditipu dengan kecantikan seseorang dan seterusnya anda boleh lupa dengan identiti diri anda sendiri. bila dah dapat awek lawa, mula lah dah lupa kawan yang dah lama berkongsi susah senang selama nie. 24 hours asyik berkepit je dengan awek lawa tu. 24 hours asyik layan handphone je bergayut berSMS. kalau dah dapat pakwe yang hensem macam Aaron Aziz tu, mula lah nak berbangga diri dan puji habis-habisan sampai punggung pun ikut sama kembang. mulut pot pet pot pet sampai orang sekeliling pun bosan mendengar. ingat ye, jangan puji lebih lebih nanti kecewa akhirnya. ha ha ha ha
 










lawa ke kalau perempuan kurus sangat ? haha lawa lah kottttttttttttttttttttttt~


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted