-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

punca kenapa kau bermasalah dalam cinta.

semasa awal bercinta manis je belaka. pertengahan dalam bercinta dah mula nampak sikit lubang-lubang dalam perhubungan tapi tak apa, still under control. tapi bila dah tiba masanya untuk ke penghujung cinta, aiyo maaa aiyo paaa..waktu tu dah main bahasa kau aku je, no more syg abg, cyg papa, mama papa, bucuk ucuk, (ohhhh penat. banyak rupanya !) dan banyak lagi.


kenapa sentiasa ada masalah dalam percintaan ?


1)  salah memilih pasangan bercinta.
haaa..ni salah satu puncanya. zaman sekarang orang bercinta banyak yang kenal melalui dunia internet. Facebook, Friendster, Myspace, Twitter ? ada orang percaya 'ek eleh jumpa couple kau kat internet ke rupanya ? ah tak payah berangan lah nak kekal sampai bila bilaaaa'. uihhhh..sedapnya ayat dia hambur eh. sebenarnya, tak salah kalau kita nak mencari cinta melalui dunia internet sekali pun. tapi persoalannya, betul ke pilihan kita tu ? dalam internet 'mak aih, ayat kau tak nak kalah. nak jiwang sehabis mungkin ! gambar pulak semua pakat nak ala-ala model je'. bila dah jumpa, berborak, dating, dan akhirnya mengisytiharkan diri tu dah berpunya. tapi yang tak sedapnya, tak sampai setahun dah mula bergaduh teruk sampai baling baling selipar. apo kono eeyy jang ?



2)  ego tak bertempat.
kalau dah statusnya dia tu pakwe/makwe kau, kenapa mesti nak bersikap ego jugak oh ? aish..bab nie aku memang geram. kalau manusia yang tak ada ego tu, memang manusia abnormal. tapi kata dah besar bangka ye tak ? jadi, kena lah pandai main ego tu dengan cara yang tepat. jangan kau asyik nak mengharap makwe kau melutut mintak maaf tapi kau masih nak pertahankan ego kau. nanti silap haribulan makwe kau dah putus asa dan main jantan lain, boleh pulak kau reti nak mengamuk ? sumpah aku tak fahammmm.



3)  niat tak baik bila bercinta.
kau cari makwe/pakwe atas niat apa ? memang betul-betul nak bawak kahwin ke atau sekadar nak enjoy belaka ? semuanya bergantung pada diri sendiri. kalau kau berniat sekadar nak enjoy belaka tu aku sarankan kau terjun gaung sekarang jugak. tak payah hidup lagi bagus kot. yelah, kau bercinta bagai nak rak tapi cuma untuk enjoy, bukan ke itu satu perkara yang bodoh sebab ianya menampakkan kau seorang yang tak ada arah tuju dalam hidup ? lepas dah lunyai makwe kau kerjakan, kau tinggal dia macam tu je. what the heck ! sumpah memang tak ada life.



4) tak matang lagi sebenarnya.
aku paling meluat kalau tengok remaja yang sakan bercinta mengalahkan orang dewasa. aduhai, sedih hati mak noi. bukan nak cakap apa, aku cuma tak berapa berkenan dengan cara remaja sekarang bercinta. teruk gilaaaaa weh. salah satunya, aku dulu tak ada lah se'profesional' macam tu siap ajak buat seks bebas. tak terdetik pun kat hati nak pikir pasal benda tak elok tu ! ya mungkin tak semua, tapi kebanyakan yang aku jumpa memang bersikap benda yang sama. dah tak ada malu gamaknya ? si makwe sesenang hati mak bapak angkat belah atuk dia boleh dedah maruah diri sana sini dalam dunia internet, si pakwe buat tak tahu je maklum lah seronok dapat benda percuma tak payah pikir duit kawin nak keluar banyak mana. okay tak ape, tu hak individu nak bercinta bagai nak rak macam mana sekali pun. tapi kita orang Islam, ada adab dan batasan kamu tahu ?



5) sanggup berkorban apa saja.
aik macam ayat perli je statement kat atas nie. patutnya dalam bercinta kita kena sanggup berkorban apa saja ye tak. jangan tersilap, istilah 'sanggup berkorban apa saja' memang lah baik tapi kalau terlebih batas, can you imagine that ? sebagai contoh, pakwe dah sah sah mat gian terkenal kat kampung. nasib baik pakwe mat gian nie ada rupa hensem macho sikit lah. tapi sebab sayang punya pasal, si makwe sanggup berkorban apa saja demi pakwe tersayang SEPERTI jadi hamba seks paling setia kat pakwe, belajar hisap dadah macam pakwe gian dia dan sebagainya. soal keluarga ? oh dah tentu lah dia anak paling bermasalah dalam keluarga. aku yakin, dengan mak bapak dia pun dia sanggup tengking, maki dan mencaci. see, teruk kan bahana statement 'sanggup berkorban apa saja' if tidak digunakan dengan akal fikiran yang baik ?



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted