-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

provokasi cinta yang terlampau.


susahnya bila berada di alam percintaan. ada kalanya dalam percintaan, apa yang kita nampak hanya lah keindahan dan keseronokkan. yelah, keindahan yang sukar diungkapkan lah katakan. tapi kita kena tahu jugak yang bukan setiap masa dalam fasa bercinta nie adalah keseronokkan semata-mata. mesti ada pasang surutnya kan ? kalau sesuatu masalah itu nak timbul, mula lah macam macam dugaan yang datang dalam percintaan (ecewah, ayattttttttttt).

aku rasa kan, susah nak jumpa pasangan bercinta yang tak pernah bergaduh dalam Malaysia nie. tak payah nak cakap dalam Malaysia je, dalam dunia nie sudahhhh. eh ke memang tak ada langsung ha ? ah pedulikan. mustahil lah kalau bercinta asyik nak seronok je, mesti ada jugak masanya untuk masalah akan muncul dan waktu tu bermula lah segala jenis perbalahan dalam percintaan (ewah ? ayat mintak kena maki nie). apabila perbalahan berlaku dalam hubungan, diri kita pun mula menjadi tak stabil. semua benda jadi tak betol. semua benda rasa macam nak mintak penyepak je. mood baik pun dah terbang entah ke mana. 

aku pun bercinta macam anda jugak. ape, ingat aku tak ada pakwe ke macam anda ? kah kah kah. maaf, bergurau semata-mata. ada kalanya hubungan cinta aku nie baik baik je. tapi ada kalanya hubungan aku tu nak meletus macam gunung berapi. aduhai, kadang-kadang pernah jugak rasa macam nak masuk terjun gaung je. tapi ingat diri kita nie siapa. ingat Allah swt. ingat keluarga kita. dan ingat orang-orang yang menyayangi kita. *emosi tak stabil nieeeeeeeee*

kalau hubungan aku dilanda masalah, kebiasaannya aku akan cuba melarikan diri daripada sesuatu. mungkin jugak boleh dikatakan seperti lari daripada masalah. perangai tak elok kan ? tapi apa boleh buat. kadang-kadang tak semua masalah boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang agak singkat. jadi, untuk mencari tempoh masa yang sesuai untuk selesaikan masalah tu, aku akan pergi ke suatu tempat yang tak ramai manusia. tempat yang aman damai, angin sepoi-sepoi bahasa boleh tiup kat aku. tempat yang boleh memberikan aku ruang untuk bernafas daripada memikirkan masalah yang aku hadapi waktu tu.







tapi, bila dah berada di tempat yang aman dan damai untuk menenangkan fikiran, ada yang cuba mengganggu. ish, tak boleh ke kalau tak kacau aku waktu waktu macam nie ? kau nak kacau pun agak agak lah, nak kacau waktu aku tengah beriang gembira ke tak apa lah jugak. dah lah otak aku tengah hangus disebabkan masalah, tapi ada jugak rupanya yang saja sesuka hati provok emosi aku. cis aaaaaaaa !

bila kaki aku melangkah ke suatu tempat, tak sah kalau aku tak nampak pasangan bercinta yang romantik. siap ada adegan suap menyuap, belai membelai lagi tu. okay tak ape, aku terbakar lah jugak tapi terbakar dalam hati je. fine fineeeeeeeeee. so, aku pun menukarkan arah tuju aku menuju ke sudut yang lain. tapiiiiiiiiiiiiiii boleh pulak aku ternampak sepasang burung yang beromantika di bawah pokok yang redup. aduhai, sabar lah hati. aku baru je berniat nak duduk lepak kat situ. cis, sekali lagi aku terbakar hati. tapi kali nie pembakaran di hati sudah merebak ke usus perut aku. aku pun buat buat tak tau dan meneruskan lagi perjalanan aku ke sudut yang lain. langkah aku semakin laju.






fuhhhhh ingatkan dah terlepas daripada segala provokasi mak nenek yang entah hapa hapa di tempat aman damai tadi, rupa-rupanya belum habis lagi weh. yang paling aku tak tahan tu, boleh pulak aku ternampak sesuatu yang menjengkelkan jiwa nurani aku nie semasa sedang lalu di hadapan sebuah rumah. WHAT THE FUCK ! SELUAR DALAM PUN NAK BERCINTA KE HA ???




apa lah salah tuan rumah yang tak ada kena mengena tu, tak pasal pasal dah kena kutuk gila dengan aku. selama nie aku lalu depan rumah dia, tak heran pun dengan sotong-sotong cantik dia tu. ampaian tak nak kalah daripada ampaian rumah orang lain, nak jugak letak kat depan pagar rumah. sebelum nie seluar dalam nak bercinta ke nak bergadoh ke apa aku pedulik. tapi hari tu, lain macam pulak jadinya. akibat tak tahan dengan provokasi yang melampau, aku pun lari sepantas mungkin bagi menghilangkan tekanan yang melanda diri. sampaikan orang gila yang kebetulan lalu kat situ pun menggaru-garu kepala pelik bila tengok aku yang kelihatan lebih 'gila' daripadanya. oh tidakkkk !!






akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang je ke asrama. berniat mahu menyegarkan badan dan seterusnya AKU NAK TIDO SAMPAI AKU PUAS HATI. krohhhhh krohhhhhh krohhhhhh.......


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted