-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PADDED BRA & SELUAR DALAM WANITA ??


banyak jenis baju yang boleh kita tengok dijual di pasaran sekarang. kau cakap lah kau nak jenis yang macam mana, semuanya ada. ada yang terbelah tengah. ada yang macam salah jahit. ada yang macam ala ala cantuman kain perca pelbagai warna. argh, semuanya ada ! tapi yang membezakan konsep pakaian untuk kita ialah sama ada kau nak yang edisi lelaki atau edisi wanita punya. kalau yang 2 alam tu, ada kebebasan nak memilih yang mana satu untuk dipakai. LOL

bila bercakap mengenai pakaian nie, hati aku terdetik memikirkan sesuatu. ya, sesuatu yang melibatkan pandangan lelaki terhadap pakaian wanita. aku nak tau pandangan dan jawapan yang akan diberikan oleh kaum lelaki bila ditanya tentang 'eh apa baju perempuan yang kau suka, yang boleh buat kau gila angau meroyan ?'. heheh. macam tak ada keje nak tanya lelaki pasal benda tu, tapi apa boleh buat. sifat inkuiri aku mengatasi segala-galanya !

sebagai bukti, aku dah pun bertanya soalan nie kepada seorang member lelaki aku yang kini sedang bekerja di sebuah syarikat swasta di dalam negara (ecewah ayat berbunyi poyo di situ). member je weh, bukan pakwe aku pun. aku nie jenis yang suka berkawan dengan lelaki matang. i mean lelaki yang dewasa, yang dah mencapai usia 26 tahun dan ke atas (kecuali yang dah jadi laki orang okay ?). aku suka sebab golongan nie mempunyai banyak pengalaman, ada persepsi yang tersendiri dan selalunya apa yang diorang cakap ada jugak kebenarannya. diorang lebih suka bercakap secara jujur dan profesional tentang sesuatu isu. yang paling penting, diorang cool je walaupun pada hakikatnya aku selalu jugak lah ter'butthurt' dengan kata-kata diorang. kah kah kah ! okay, tak lawak.



"boleh tanya sikit tak ? 
baju girl yang macam mana selalunya guy suka eh ? 
i mean, yang selalu dipakai oleh girl lah".



at first, dia mainkan perasaan aku. memang sadis gila bila dengar dia bermati-matian gelak pertanyaan aku tu. tapi tak apa, kata nak jadi cool kan. bila aku cakap kat dia apa rasional aku bertanya macam tu, akhirnya dia pun mengalah dan mula menjadi serius untuk menjawab. dan yang tak boleh tahan tu, jawapan yang diberi sungguh mengecewakan aku. menggelikan, mungkin ?


"you boleh tanya lagi macam tu kan ? 
kalau you tanya i, dah tentu i akan jawab i suka padded bra dan seluar dalam perempuan".



PADDED BRA DAN SELUAR DALAM ? OMG laaaaa !!! sumpah meremang bulu roma aku lepas dengar dia cakap macam tu. terkedu lah jugak untuk beberapa minit dan kemudian timbul pulak rasa nak memaki. tapi tiba-tiba aku terfikir kenapa mesti aku rasa macam nak marah walhal aku sendiri yang bertanya perkara tu kat dia ? oh just stupid kan ? hmm yelah. *merajuk*

lepas dia sedar yang aku macam dingin semacam bila dengar jawapan dia, dia pun bagitahu kenapa dia jawab macam tu. hee..baru kau tau aku serius ? oh mentang-mentang lah aku selalu loklak dengan kau, kau ingat aku tak reti serius ke ? keh keh keh.

lelaki mana yang tidak tertarik dengan pakaian dalam wanita kan ? dah tentu lah, masakan perkara tu menjadi satu 'isu' besar bila pasangan itu telah berkahwin. jadi, jangan rasa nak butthurt sebab itu perkara normal. kalau perkara tu tak normal, kenapa zaman sekarang senang senang je nak jual bra dan seluar dalam wanita secara terang-terangan di tempat awam. siap digantung dengan penyangkut lagi tu ! hambik lah jenama apa kau nak. Triumph ? Scarlett ? pilih jangan tak pilih. warna apa kau nak ? merah ? biru ? hitam kemerahjambuan ? pilihhhhhh, banyak pilihan nie.

sebenarnya, memang betul lelaki lebih tertarik dengan pakaian dalam wanita. tapi jangan ingat lelaki tertarik kepada pakaian dalam wanita semata-mata. ada jugak beberapa baju yang dipakai wanita yang menjadi idaman lelaki. bukan asyik tuli mata nak tengok padded bra dan seluar dalam wanita je kat mana-mana, tapi baju wanita yang menjadi idaman kebanyakkan lelaki tu ialah :-












ini lah rupanya baju wanita idaman lelaki tu ? oh cantik sopan anggun gitu. dedah lah macam mana pun baju nie jugak yang menjadi idaman. sejuk mak bapak tengok. bersalji je pakwe bila tengok makwe dia pakai macam nie. sumpah lepas nie nak beli banyak-banyak ! eheh ?





Comments
3 Responses to “PADDED BRA & SELUAR DALAM WANITA ??”
  1. berkenan sgt nk pkai kbaya pndek yg sulam tu..tp tkut over gojes lak aih..huhu

  2. aik seriously akak kena pakai kebaya pendek sulam tu. pakai pulak dengan wedges. sure mantap ! :)

  3. Anonymous says:

    padded bra satin mmg best! Aku suka! Ermmm mmm.!

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted