-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

manusia cendawan ?


manusia cendawan ? ada ke spesies nie dalam dunia nie ? kalau anda sebut perkataan 'manusia cendawan', apa yang akan anda bayangkan di dalam kepala otak ?


adakah anda akan bayangkan seperti ini ? WTF ! pecah kepala 40 juta tu yang tak tahan tuuuuuuu.

aku tau la entry aku nie isu yang dah berbau kulat dan basi. tapi rasanya tak ada lah terlalu basi, baru beberapa bulan yang lepas ye tak ? aku bagi hint words 'beberapa bulan yang lepas' dan 'manusia cendawan', mesti anda dah dapat agak apa yang aku cuba nak sampaikan nie. kah kah kah. tapi entah kenapa tergerak hati nak bertinta pasal manusia cendawan. kepala otak aku memang kejam bab mengutuk orang. heckkkkkk ! 

niat di hati tak ada lah nak mengutuk pun. sebenarnya tekak aku sekarang menggedik menggetik nak makan cendawan goreng. dah pulak terbayang-bayang cendawan goreng yang dijual di pasar malam. kat sini mana lah eden nak dapat cendawan goreng, dammit. kat dalam otak dah terbayang-bayang si cendawan comel tu sedang melambai-lambai kat aku. ohoi, suruh aku beli lah tu ! aku takda duit la bhai tapi teringin gilaaaaaaaaaaaa. *setakat beli cendawan goreng pun tak ada duit ke ?*

tersasul berangankan cendawan goreng nie, otak aku pun dah melalut teringat pasal cerita 2 Alam terbitan Dr Rozmey dulu tu. kah kah kah, macam tak ada kena mengena kat situ kan ? memang pun. dulu satu Malaya panggil beliau tu manusia cendawan. aku nie manusia biasa jugak, sama macam orang lain. ada mata untuk memerhati, telinga untuk mendengar, tangan untuk menaip, hidung untuk menghidu, otak untuk berfikir dan badan untuk menggemuk. jadi, aku nak cakap lah yang aku nie tak ketinggalan untuk berkongsi pendapat dengan orang lain tentang cerita 2 Alam tu. nak promote diri pun tak boleh ke ? camni aaaa korang.

manusia cendawan ? sumpah kelakar nama tu. aku pernah viewed Facebook pages yang bencikan DDR. memang tak sah kalau aku tak gelak terguling-guling sampaikan semua bantal kat katil aku sepak ke lantai. kelakar gilaaaaaaaaaaaaa. tak silap aku, waktu tu Malaysia tengah hot dengan 2 Alam. macam-macam kerenah orang aku tengok. ada yang sokong DDR, ada yang anti, ada yang puji melambung, ada yang kutuk gila babi, tak ketinggalan ada jugak yang buat tak tahu muka sardin dia je. malas ambil port agaknya ? bagus.

waktu tu, dunia internet memang cukup meriah dengan tumbuhan yang comel belaka tu. seriously macam-macam versi cendawan aku boleh tengok. semuanya gara-gara rambut DDR. dan yang pastinya, semuanya kelakar. aduhai, kalau anda tak percaya cuba lah cari di Facebook atau google. mesti jumpa punya lah ! 

itulah bahana orang yang suka cakap besar dan riak. kadang-kadang kita cakap gah macam mana pun kalau tak kena tempat, orang memang tak suka. bukan tak nak sokong bangsa sendiri, tapi kita kan ada adab dan etika diri ? kena lah sedar diri masih baru dalam dunia perfileman, jangan terlalu yakin dan hebahkan kat orang ramai dengan ayat-ayat mantap. yelah, orang bijak pandai. hebat pulak tu. mesti ayat-ayat pun kena hebat kan. apa lah guna ayat mantap tapi buat orang yang dengar meluat ? oh lawak gila. menggigil menggigil menggigillllllllll. 

tibe-tibe teringat waktu aku tertido dalam panggung wayang masa tengok cerita nie. aku nie tak kejam pun sampai nak berkira-kira. walaupun aku dengar orang cakap cerita tu macam hampagas, tapi aku rajinkan diri jugak pergi tengok. patutnya anda kena bangga dengan aku (walhal pergi tengok 2 Alam sebab Harry Potter dah fulled) ! sekali tu aku tertido daaaaa. tengok dalam panggung wayang pun setakat berbelas orang, aduhai. sumpah menyesal ! DDR, gua ucapkan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. nie ikhlas daripada gua nie. hidup Jusmate5 !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted