-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

mahu mencuba punya pasal.


semalam aku, cik aim dan cik sue temankan cik fizah ke bangunan asrama lama. sebab cik fizah dok sibuk nak ambil pokok aloe vera dia, atau orang kampung aku cakap pokok buaya lidah buaya. ape kes cik fizah nie sibuk sangat dengan pokok lidah buaya dia tu. maklum lah, anak dara gorgeous katakan. kalau bab petua orang-orang tua, dia lah kaki borak nombor satu Malaysia. tak macam aku, kalau aku dengar dia berpot pet pot pet pasal petua orang tua, mesti mulut aku terlopong luas. lalat singgah dalam mulut pun aku tak perasan.

malam tu aku singgah lepak bilik cik fizah dengan kawan-kawan aku yang lain. pergh tak nyempat nyempat tukar baju dia dah siap sapu aloe vera tu kat atas kulit muka dia. ekspres betol ! bila tengok muka dia, aku geli sebab kelihatan macam 'eh fizah, kau kena demam campak eh ? apesal banyak gila benda putih jernih kat muka kau?'. tergelak-gelak kami tengok muka dia. tapi apa aku kisah kata cik fizah dengan selamba derk.

bila aku tengok muka dia yang dah siap dilumur dengan lendir aloe vera tu, tiba tiba aku berminat untuk tanya sesuatu kepada cik fizah. kiranya macam sesi interview dengan pakar kecantikkan la nie ?


aku : babe, pakai benda alah tu okay ke ?
cik fizah : okay je. apa yang tak okay ?
aku : yelah maksud aku tak naik jerawat ke ruam ke ape ke lepas kau pakai aloe vera tu.
cik fizah : mana ada, apa mende la kau nie syiqin. pakai benda nie best tau. boleh hilangkan parut. kulit jadi segar gila. try lah pakai, baru kau tau kenapa aku rajin pakai benda alah nie.


sebenarnya aku dah pernah cuba pakai aloe vera nie di muka suatu masa dulu. time kecik kecik apa lah yang aku tau sangat, dok sibuk nak jadi cantik je macam mummy tapi tak pernah berjaya. akibat terlalu bersemangat bila lepas baca petua-petua kecantikan di magazine, aku terus menggelabah cari pokok aloe vera kat belakang rumah. dulu aku pernah pakai aloe vera kat kening. kononnya boleh buat kening kita kelihatan lebat, hitam bersinar dan naik seri (ini ayat lebat daripada magazine tu). aku pun buat lah sebijik ikut dalam info magazine tu. lepas tu....


"OH TIDAKKKKKK !!! 
KENING AKU TUMBUH RUAM MERAH !!!!"



terus rasa macam gatal-gatal kat kening aku yang disapu dengan aloe vera tu. rasa asyik nak menggaru je waktu tu. sampaikan kening aku tumbuh ruam merah banyak gila. cis aku tau lah anda geli kannnnnn. lepas tu mummy bawak pergi klinik dan doktor cakap aku alah dengan aloe vera tu. sumpah lepas nie aku tak nak buat lagi dah !

tapi pada pagi tadi aku telah melanggar sumpah yang aku buat masa kecik kecik dulu. dengan yakinnya aku melumurkan aloe vera yang original ke atas kulit muka aku. oh ya, aku lumur ke seluruh muka aku okay ! agak menakutkan lah jugak sebab aku takut muka ditumbuhi ruam macam dulu dulu. 






bila aku sapu aloe vera nie ke seluruh muka aku tadi, seriously aku rasa segar gila ! untuk kali pertama dalam hidup aku, kulit aku dah tak allergic dengan aloe vera lagi. seronok gila weh. aku sapu ke muka sampai aku betol betol rasa puas hati. lepas tunggu dalam beberapa minit, aku terus basuh muka dengan pencuci muka yang sesuai. hasilnya, aku rasa kulit aku macam lembut dan sejuk je. tapi aku pelik lah, kenapa ye dulu masa aku kecik kecik aku allergic dengan aloe vera tapi sekarang dah tak allergic pun ? hanya Allah swt je yang tahu. heheh


muka aku selepas memakai aloe vera. ada perbezaan ke dengan yang sebelum nie ? ah kecoh betol aku nie kan.

pokok aloe vera senang nak tanam di pasu atau di tanah lapang. nak jaga pokok tu pun bukan susah mana pun. jadi, boleh lah tanam satu dua pokok kat dalam bilik (guna pasu lah, ape lagi) dan tiap tiap hari boleh pakai aloe vera. kadang-kadang kita kena manjakan kulit kita dengan hasil yang boleh kita dapat melalui alam semula jadi, jangan asyik seksa dengan bahan-bahan kimia je ye tak ? aku rasa kalau aku guna hasil daripada alam semula jadi nie, aku rasa macam lebih bagus dan segar berbanding dengan produk-produk yang dijual di pasaran. bagi aku, kalau kita nak jadi cantik, biarlah ianya datang dengan sendiri kepada kita. bukan kita yang keterlaluan mencari atau memaksa ianya datang kepada kita.

Comments
2 Responses to “mahu mencuba punya pasal.”
  1. aloe vera gel pun okay sis. soft je hihi

  2. Putih tak muka sis selepas lama pakai aloe vera

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted