-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kerahan minah minah badang.


sehingga kini aku masih teringat ayat ayat sinis yang pernah ditujukan kepada aku hanya sebab aku perempuan.


aku : meh nak aku tolong angkatkan tak ? kesian kau.
XX : ah tak payah. kau perempuan, apa kau tau ? kau lemah. nie keje laki laki je.


nak tolong angkat kotak pun tak bagi ke ? yelah, aku kan lemah macam susu pekat manis yang mamak selalu buat teh tarik tu. dulu masa aku kecik kecik aku nie tomboy. budak laki buat itu, aku nak buat jugak. budak laki buat ini, aku pun nak buat jugak. tak nak kalah pulak tu ! tapi sekarang nie, diri sendiri memang daulat jugak akhirnya. itu lah, dulu nak sangat buat kerja lelaki. sekarang disuruh buat kerja lelaki dah mula mencebik bibir. tak cukup mencebik, hentak-hentak kaki lagi tu. gedik kata mummy aku. 

disebabkan 'kerajinan' nie, pagi tadi kami dikerah untuk memjalankan aktiviti mengemas dan membersihkan bilik-bilik jabatan. pensyarah pun turut serta terlibat. perkara yang seronoknya, memang masyuk sebab tak payah masuk kelas dan belajar. tapi yang tak seronoknya, PENAT GILA. hurung almari sana, hurung almari sini. angkat rak sana, angkat rak sini. rak kalau bersaiz macam rak kasut tu tak ape lah jugak. ini semua pakat nak bersaiz gedabak nak sama macam perabot rumah raksasa mana tak penat oi.


cik aim kata, "aduhai pagi pagi nie bagus kalau kita senyum manis bak cek mek molek". tapi cik mahiran kata,"kau senyum tak mahal lah aim. senyum manis cek mek molek macam aku nie haa..tutup tutup".


sarapan dulu sebelum nak jadi minah badang terhebat. sarapan dah licin, baru kau nak tayang ke iqin ? Sue jeles la tu.


budak budak cemerlang yang dah duduk 2 tahun kat sini pun masih tak hafal jalan. apakah ? -.-'


tiga minah badang yang sedia untuk dikerah. sangat proaktif ye ! oh itu tipu.


kalau dah nama pun perempuan, bab sapu-menyapu memang wajib. dah besar panjang berjela pun tak reti nak menyapu, tu bukan anak dara namanya. tu anak duru ! cik aim, cik fizah dan cik iqin telah diberi arahan untuk membersihkan bilik jabatan yang baru. at first, ingat dah bebas dan boleh lah nak memekik melalak kat dalam tu tapi rupanya ada pensyarah dalam bilik tu. dah hampir siap menyapu selepas bergelak ketawa macam nak pecah kaca tingkap, baru terperasan 'halamak, ada pensyarah rupanya kat dalam bilik nie !" nasib baik kami tak buat video klip Gadis Ayu dalam tu, kalau tidak kami dah pasti kena panahan petir daripada mata pensyarah tu, tak pun sambaran api daripada mulut beliau !


"bik, kat sana sana yang berhabuk tu pun sapu tau bik. cepat sikit buat kerja tu bik"


"bik, kau ingat aku tak tau kau nak escape menyapu kat area nie. sapu bersih bersih bik !" *cik aim lagi kejam rupanya ye*


"mentang-mentang kau tuan aku, kau ingat kau tak perlu menyapu ?" *menyapu lepas bibik fizah dah mengamuk baling-baling kasut*


bila kaki tangan kepala peha semuanya dah penat, kami pun pergi ke SUP untuk ambil slip peperiksaan semester lepas. apa, ingat SUP tu sup lembu mata kerbau ke ? bilik unit peperiksaan ye kawan-kawan sekalian. oh leganya dah ambil keputusan. seterusnya boleh fikir apa pulak strategi baru yang lebih mantop untuk semester nie, yippie ! (ini semangat baru katanya, tapi hangat hangat tahi ayam je).


seronok dapat slip keputusan sampai terangkat-angkat kaki. angkat lagi sebelah kaki tu tak mau ke cik aim ?


berbangga dengan usaha masing-masing :)


keputusan kami bertiga. cik aim paling hebat ah !


yeah aku tau aku bukan budak cemerlang. 3.69 je pun, tak hairan lah.


kenapa tangan yang ditengah-tengah tu kelihatan agak kerdil ? HAHA


muka muka minah badang yang keletihan tapi terus jadi semangat bila jumpa kamera. what the heck !



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted