-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

perempuan lebih COMPLICATED daripada lelaki ?


susahnya perempuan kalau nak selesaikan sesuatu perkara. kenapa boleh jadi macam tu ye ? atau adakah sudah menjadi fitrah kehidupan bahawa perempuan adalah kaum yang complicated ? pelbagai tanggapan dan pandangan boleh kita dengar daripada mulut orang, tak kira lah yang cakap tu lelaki ke perempuan. dan yang paling penting, kenapa perempuan tak boleh jadi cool macam lelaki ? bukan nak sokong satu pihak je, tapi ini lah hakikat kehidupan yang berlaku hari nie. fuh, soalan yang susah.


kenapa perempuan lebih COMPLICATED daripada lelaki ?


1) cepat gila menggelabah.
mungkin tak semua perempuan ada sifat macam nie. tapi aku berani cakap yang ramai perempuan ada sifat cepat gila menggelabah dalam diri diorang. pantang kene warning atau ugut sikit, dah menggelabah puyuh macam lipas kene kejar dengan tikus. kenapa hidup mesti nak jadi gelabah ? cool sudah lah kan. hidup memang penuh dengan peraturan. kalau tak ada peraturan, hidup memang akan hancur. tapi kan elok kalau lebihkan sifat bertenang dalam diri daripada menggelabah tak tentu arah. kita buat kerja mesti cool, tenang, walaupun slow tapi yang penting hasilnya sangat berkualiti. ini tidak, harap je buat kerja nak siap cepat tapi hasilnya ? sumpah macam shit. aku paling pantang bila tengok perempuan macam nie. 


2) mudah terpengaruh.
pantang kena pujuk rayu dengan barang-barang cantik, mula lah mata merambang sana sini. kalau salesgirl tu pung pang pung pang suruh beli barang dia, perempuan mudah gila nak terpengaruh. akhirnya sebab tak tahan kena goda, perempuan pun beli barang yang dikecoh-kecohkan. tapi ada tak kita sedar yang sebenarnya kita tak perlukan pun barang tu ? setiap manusia perlu ada identiti diri sendiri. positif atau negatif identiti diri tu, itu terpulang kepada hak individu untuk memilih. tengok si Joyah pakai rantai berlian bling bling kat leher, kita pun mula lah pandang pandang jeling jeling. tanpa berfikir panjang, kita pun terasa nak jugak ada rantai berlian sama macam si Joyah pakai. ada duit ke tak ada duit ke sama jeeeeeeeee.


3) cemburu tak tentu pasal.
perasaan cemburu nie banyak jenis. kalau dah namanya perempuan, tak usah nak lari daripada sifat cemburu dalam diri. cemburu tanda sayang ? ya, mungkin benar. cemburu tanda benci, macam mana pulak ye ? tengok si Joyah ada pakwe hebat berkereta Nissan Skyline GTR, perempuan lain pun rasa tak puas hati bila tengok. bengkek je hati tengok si Joyah bersuka ria dengan pakwe berkereta Nissan gorgeous tu. ape masalah kau nak cemburu dengan dia ? apa salah dia sampai kau nak rasa tak puas hati dengan dia ? sebab kau nak jugak pakwe macam tu ke ? see..itu lah masalah betapa complicatednya perempuan. dah ada pakwe yang cuma berkereta Kancil bersyukurlah kan. nie nak pandang pakwe sendiri pun tak sanggup, apa kelas lah kononnya. oh come on, tak cool langsung lah macam tu kan !


4) prasangka yang terlebih had.
suami sibuk bekerja cari duit untuk masa depan kita jugak nanti. tapi kau tuduh dia main perempuan lain kat belakang. pakwe sibuk menelaah pelajaran di malam hari sampai kau hantar SMS kat dia tapi dia tak reply, kau terus tuduh dia main perempuan lain kat handphone. kau kirim kat adik lelaki suruh belikan barang dapur, pantang dia lambat balik je kau dah pikir bukan-bukan. adakah itu yang dinamakan complicated ? ya, aku rasa memang complicated. selalunya dari situ lah bermulanya perbalahan urat saraf di mulut kedua-dua pihak. kalau tak ada adegan pujuk memujuk, marah memarah, benci membenci, nangis menangis memangggggggggggggg tak sah.


5) mudah rasa 'down' dan mudah putus asa.
hati teringin nak memiliki beg tangan berjenama Prada yang mahal nak mampos tu. oh memang tak salah. apa yang salahnya nak beli kalau duit dah ada dan tak ada masalah pun nak beli beg tangan Prada tu kan ? okay bila dah selesai membeli, kau pun dengan semangat wajanya memakai beg tangan Prada tu ke tempat kerja. tapi yang menyedihkan kau, member-member sekerja tak puji langsung pun. kutuk kutuk lagi adalah. diorang kutuk warna tak cantik lah, saiz beg kecik sangat lah, batu tak berkilau lah, tiruan lanun lah, ape ape lahhhhhh. terus je kau rasa macam down gila dan rasa menyesal dengan diri sendiri sebab beli beg tangan Prada tu. sumpah benda nie adalah satu pemikiran yang sangat complicated. eh ehhhh kenapa mesti nak dengar sangat cakap orang-orang lain ? yakin dengan diri sendiri sudah lah. itu pilihan diri kau sendiri so buat apa nak jadi siput sangat dengan kutukan orang ? heh.


6) tak boleh tengok perempuan lain lebih sikit.
kalau tengok lelaki lain lebih sikit, perempuan langsung tak ambil peduli sangat. tapi kalau tengok perempuan yang lebih sikit, mula lah hati nak tersentap. contohnya, si Joyah nie memang seorang pelajar genius di kolej. dah lah genius, cantik pulak tu. ramping, tambah tambah dia tu anak orang kaya. sah sah dah jadi perempuan idaman lelaki. kiranya memang pakej hebat betol lah si Joyah nie. tapi tak sangka pulak, ada jugak mata-mata cemburu yang tak puas hati dengan si Joyah nie. apa lah salah dia, walhal dia tak pernah pun sombong dengan orang lain, apatah lagi nak buat dajal. si mata-mata cemburu nie kalau bercakap depan Joyah memang layak diiktiraf macam pijak semut tak mati lah, siap puji berlambung-lambung gitu. tapi bila bercakap di belakang si Joyah, lain pulak pesen yang jadi. macam haram je perangai. aku sangat alergik dengan perempuan jenis macam nie. maaf, aku cakap.


7) fikiran bercabang-cabang dan terlalu memilih.
rancangan di hujung minggu nak beli kasut, so suruh lah si pakwe kesayangan temankan. mula-mula, masuk kedai Padini. dah puas membebel sana membebel sini pasal kasut, pakwe boleh lagi tahan melayan, bagi pandangan dan macam-macam lagi lah. lama-kelamaan, bila dah bosan sebab masuk kedai sana kedai sini kedai situ, tak jugak dapat-dapat kasut apa yang nak dibeli. akhirnya, balik dengan tangan kosong je. apa yang kau dapat sebenarnya ye ? lepas tu bila dah sampai rumah, mencebik merajuk dengan pakwe sebab dating tak seronok dan rasa menyesal jeeeee keluar. dah memang macam mana pakwe kau tak buat muka, sebab bila dia dah bagi pandangan itu ini kau tak nak dengar. konon sebab dia lelaki, so dia tak boleh bagi pandangan yang bernas ? kalau kau rasa pandangan dia tak bernas, hargai lah dia sebab sekurang-kurangnya dia sanggup meluangkan masa dengan kau kan ?



susahnya nak menjadi seorang perempuan. patut lah orang selalu cakap 'nak menjaga seekor lembu dalam kandang lagi senang daripada nak menjaga seorang anak perempuan'. perempuan nie dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu (eh betul ke ? aku main taram je nie). 9 nafsu tu macam macam benda yang nak difikirnya. sebab itulah perempuan susah kalau nak membuat sesuatu keputusan, tak macam lelaki. nak selesaikan sesuatu masalah tu tak sah kalau tak berbalah mulut dulu. pung pang pung pang sana sini, baru lah keputusan dapat dibuat. itu pun bila keputusan dah dibuat, ada je mulut-mulut tak puas hati mengata di belakang. OMG lahhh

memang susah nak dibendung kan ? tapi itulah sifat semula jadi yang ada pada kebanyakkan perempuan hari nie. aku akui sedikit sebanyak ada jugak antara sifat-sifat diatas yang terselit dalam diri aku. memang tak boleh nak elak, tapi kalau sudah fitrah kehidupan, kita buat apa pun kita tak mampu nak halang. tapi se'complicated'nya perempuan nie, hanya Allah swt tau kenapa perempuan dijadikan macam tu. Allah swt itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. kadang-kadang aku merasakan bahawa tidak boleh nak salahkan perempuan semata-mata. sebab apa ? sebab lelaki dan perempuan saling memerlukan dan saling membantu antara satu sama lain. setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan kan ? kata pun kita nie hanya manusia biasaaaaaaaaaaaaaaaa.





p/s : ini hanya sekadar pendapat aku sebagai blogger. pendapat anda bagaimana pulak ? peace !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted