-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hiasan indah di dalam tandas surau.



'Kebersihan Itu Separuh Daripada Iman'



kebersihan tu sangat penting weh. kebersihan penting untuk menggambarkan keperibadian diri dan juga baik untuk kesihatan mental dan fizikal kita. kalau tak jaga kebersihan, macam mana nak jadi sihat ? kalau duduk dalam persekitaran yang kotor dan berbau, macam mana nak dapatkan kehidupan yang tenang dan aman ? oh tiba-tiba teringat satu artikel dalam suratkhabar dulu tu yang pasal ada orang bela kambing-kambing dia dalam rumah selama beberapa tahun. erkk !!

beberapa hari yang lepas, aku dan member aku berjalan-jalan di sekitar Melaka. makan angin lah kononnya. maklum lah, fulus belum mantap lagi. bosan pulak tu duduk dalam asrama. so berjalan-jalan je lah dengan berbekalkan motor yang tak seberapa hebat tu. apabila kami sampai ke destinasi yang kami nak lepak, tiba-tiba perut aku buat hal. waktu macam nie lah die nak memulas. sakit gila woi ! aku cuba ingat lauk apa yang aku bedal sampai memulas-mulas perut aku nie ha ? oh tidak, sambal asam pedas tu !

aku meminta kebenaran daripada kawan aku tu untuk mencari tandas awam di sekitar tempat tu. jadi, aku pun menonong lah berjalan ke sana ke sini sambil mata melilau dan tangan membelai-belai perut suruh si perut bersabar sikit. aku cuba kepit-kepit kaki aku bagi melambatkan keinginan untuk melepas tapi tak berjaya. dia degil nak mintak keluar secepat mungkin jugak sebab nak melihat dunia luar, agaknya ? ah tak nak ! takkan lah aku nak terberak dalam seluar ?! WTF

masa semakin suntuk dan aku masih tak jumpa jumpa lagi tandas awam di sekitar tempat tu. cis lah kau, ape pasal tak ada seketul pun tandas kat sini, arghh !! muka aku dah berubah jadi kelat macam samseng nak cari gadoh, sampaikan pakcik makcik yang lalu sebelah aku pun tak berani nak pandang muka aku. akhirnya, aku ternampak sebuah surau tak jauh dari tempat aku berada. otak aku terfikir satu benda 'kalau surau mesti ada tandas kan ? paling kurang pun ada satu tandas !'. tanpa berlengah, aku pun berjalan laju menuju ke arah surau tersebut.

apabila aku tiba di pagar utama surau tu, ah sumpah aku sayang kau, surau. kau memang baik hati ! ada tandas kat situ. cepat-cepat aku berjalan menuju ke tandas surau tu. semasa aku kelam kabut tak tahan nak melepas tu, mata aku terlihat satu papan tanda kecil berwarna hijau yang tertera tulisan 'KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN' diatasnya. sejukkkkkkkkkkkk je hati aku baca tulisan tu. ya, tandas surau mesti bersih kan. dah nama pun surau. kan kan ?

okay dah tiba masanya untuk aku melepaskan hajat yang tak sabar sabar nak melihat dunia nie. aku lihat pintu tandas ditutup tetapi tidak rapat. aku pun menolak pintu tandas dengan kuat sebab dah tak tahan sangat nak melepas. dan apabila pintu tandas terbuka.....erkkkkkk !!!


sekadar gambar hiasan. ceh, jangan tertipu !


OMG lah, tandas terlalu kotor seolah-olah tak ada sapa yang jaga. mungkin orang yang jaga tandas surau nie dah berputus asa sebab bila basuh je mesti dah kotor balik. lumut yang hijau tumbuh di sekeliling tandas. sampah-sampah plastik dan puntung rokok bersepah di sana sini. argh, pedulik hapa ! aku dah tak tahan sangat nieeeeeeee. aku cuba bukak paip air. oh bagusnya, air yang lancar dan deras. sesi pembuangan berjalan dengan begitu serius dan lancar tanpa gangguan. tanpa mempedulikan hiasan-hiasan 'indah' di tandas tu, berjaya jugak aku melepaskan hajat yang mengada-ngada buat hal nie. maklum lah, dia tak puas hati dengan aku sebab aku sedang berseronok makan angin nie. ianya telah dilepaskan dan berakhir dengan  bunyi AHHHHHHHHHH.. *cara membunyikannya bergantung kepada tahap daya imaginasi anda*

terasa macam nak membalas budi sikit, aku pun bersihkan sikit sikit apa yang patut dalam tandas tu. lawak je rasa weh, dah tergelak pun ada bila difikirkan semula. sebelum masuk ke tandas, pengunjung akan diingatkan dengan tulisan KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN tapi bila tengok dalam tandas dia, mak aihhhhh..cantiknya hiasan ! heheh

sama-sama lah kita menjaga kebersihan tandas surau atau masjid. dah reti tumpang nak membuang, pandai-pandai lah jaga kebersihan tandas tu ye tak ? surau dan masjid adalah rumah Allah swt. aduhai, segan rasanya kat Tuan empunya surau tu walaupun aku tak buang sampah merata-rata kat situ. kalau setakat nak mengharap kita bersihkan tandas tu sungguh sungguh guna mop ke berus ke...memang telah dah tak akan berlaku. jadi, apa salahnya kita tolong orang yang menjaga surau tu dengan tidak membuang sampah di merata tempat seperti puntung rokok dan lampin pakai buang bayi yang ada 'isi wangi' dalamnya tu. dapat lah jugak buat kebaikan sikit kan ?


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted