-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

gadis bertudung shawl, BUTTHURT ke tak ?


sejak kebelakangan nie, isu butthurt gadis bertudung shawl menjadi isu panas di dunia internet. wah wah wah, aku pun ikut terkena tempiasnya nie. tapi tak apa, be professional then it'll be okay. gadis yang gila shawl ? apa masalah yang melanda sebenarnya nie ?

aku bukan seorang blogger yang pandai berhujah macam berada dalam Parlimen. tak hebat pun, aku cuma bertinta sekadar berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang ada. jadi, bila ramai blogger menulis isu butthurt gadis bertudung shawl nie, aku mula tertarik untuk berkongsi pandangan. tapi anda jangan risau, aku tak akan melalut sampai ke negara China atau pun Mesir. aku masih berada di tanah air Malaysia tercinta (what the heck apa yang aku cakap nie ?)

sekarang kita boleh nampak macam-macam shawl di jual di pasaran kan ? ada yang berenda, ada yang berombak, ada yang keras macam lilin, dan ada jugak yang sebijik macam kain pembalut luka kat hospital tu ha. oh aku tau, semuanya adalah trend terkini. trend yang menjadi kegilaan ramai gadis di Malaysia. sampai kan ada jugak yang berlumba-lumba nak jadi paling mantap dalam pemakaian shawl nie. ye, aku rasa okay je trend tu.

sebenarnya ada baik dan buruk dalam pemakaian shawl nie. mengikut pengalaman aku sebagai pemakai shawl yang tidak tegar, aku boleh simpulkan sedikit kebaikan dan keburukan bila memakai shawl dalam kehidupan harian aku. antaranya :-


kebaikan :


1)  mengikut perkembangan semasa dalam arus fesyen. 
kata dah zaman moden, kalau tak ikut fesyen terkini, orang kutuk kita ketinggalan zaman lah pulak kan. ada sesetengah orang tak sanggup nak terima kutukan orang yang mengatakan dia ketinggalan zaman. so kalau tiba-tiba suatu hari nanti ada style shawl yang berbentuk ala-ala plastik macam plastik yang orang guna untuk bungkus kuih-muih tu keluar di pasaran, jangan terkejut sekiranya ada yang sanggup beli. alasan ? trend baru weh, katanya. menjadi peka terhadap sesuatu perkara, it is good !


2)  mahukan sesuatu yang segar dalam kehidupan. 
sepertimana yang kita tahu, shawl yang dijual di pasaran sekarang nie rata-ratanya membawa konsep yang hot macam mak mak arab pakai tu kan ? warna pun semua nak meriah terang benderang gitu. golongan muda ke tua ke semua pakat nak pakai shawl. tapi aku rasa, golongan tua tak layan shawl sangat kot sebab jarang aku nampak golongan tua nak layan shawl. tapi yang pasti, kebanyakkannya golongan muda yang obsess dengan pemakaian shawl nie. benda nie kalau dilihat secara positif, ianya dapat membantu memberikan nafas baru dalam kehidupan anda. so benda tu positif lah kan ?


3) beri galakan kepada gadis yang tidak bertudung. 
bila trend shawl nie berleluasa dalam golongan gadis di Malaysia nie, sedikit sebanyak membuatkan hati ramai gadis tidak bertudung berminat untuk memakai shawl sebagai pengganti tudung. okay lah tu kan, satu perubahan yang positif. kita bermula daripada bawah, bukannya terus menaik dengan mendadak ye tak ? kena pulak dengan jiwa muda. bila diri terasa cantik memakai shawl, terus berminat nak pakai shawl.



4) boleh dapat dalam harga yang murah.
shawl ada banyak jenis. ada yang dijual dengan harga murah, dan ada jugak yang dijual dengan harga yang mahal. lagi trendy sesuatu shawl tu, lagi mahal harga yang dijual kepada pelanggan. sekarang nie banyak je shawl yang boleh didapati dengan harga RM10 dan ke bawah. kalau nak yang lebih cantik, harga pun 'cantik' lah jugak dan duit pun berbunyi kecing ! kecing ! bila dikeluarkan daripada dompet. kebanyakkan gadis yang bergelar pelajar kampus lebih gemar membeli shawl yang berharga rendah. maklum lah, boleh pakai untuk berjalan-jalan, tak pun untuk menghadiri kuliah. jadi cantik tetapi masih boleh save budget !



keburukan :

oh yang tu aku tak tulis di sini sebab keburukan dalam pemakaian shawl bergantung kepada seseorang individu tersebut. setiap individu mempunyai niat dan persepsi yang berbeza. bagi aku, kalau aku pakai shawl untuk bergerak ke mana-mana, aku tak rasa ianya mendatangkan keburukan kepada aku, melainkan mata-mata yang memandang aku. mulut orang weh, macam-macam ada. susah nak puaskan hati semua orang. selagi aku tak buat benda yang tak baik, aku tak kisah orang nak cakap apa pun lantak lah. lain lah kalau aku berbogel. yang itu, memang patut kena kutuk. heheh jahat gila.

sekadar berkongsi untuk entry kali nie, aku ada jugak bertanya secara santai mengenai pendapat sorang member lelaki aku nie. topik berkisar tentang pemakaian shawl yang menjadi trend gadis Malaysia masa kini. simple je jawapan yang dia bagi, tapi aku rasa jawapan dia sangat logik dan ada jugak benarnya. ini mungkin pandangan dia sebagai seorang lelaki je, pandangan orang lain siapa tau kan ? masing-masing ada pandangan sendiri, so diharap jangan ada yang butthurt sangat.heheh


aku : kau rasa kan, apa pendapat kau tentang perempuan sekarang yang gila shawl nie ? meh lah share sikit. jangan kedekut kedekut dengan aku weh.
member : kau nak tau apa ? ah kau nie macam macam aaa..
aku : kerek dowh kau. tak nak kawan dah la camnie. sob sob sob
member : okay okay. hmm senang je jawapan aku. perempuan yang gila shawl nie memang betul-betul cari susah dalam hidup.
aku : eh apesal pulak ?? (melenting sebab ter'butthurt' sekejap)
member : haaa..tadi kau kata kau nak dengar pendapat aku kan. nie nak bagitau kau lah nie. kecoh !



setelah aku ringkaskan dan simpulkan jawapan yang diberikan oleh member laki aku tu, aku dapat lihat yang dia nie tak senang atau tak berapa gemar dengan perempuan yang gila shawl nie. kalau nak tulis satu persatu ayat yang dia cakap, alamatnya tak tido malam lah aku menulis. okay aku dah  senaraikan points yang dia cuba sampaikan :


1) cari susah. tak ada masalah, cari masalah.
buat apa nak susah susah dalam hidup ? dah elok elok bertudung normal macam tudung bawal ke tudung haruan ke (ini tipu), kenapa nak susah susah cari jugak tudung yang boleh menjerut leher ? aku tengok budak kelas aku nak makan nasi time lunch pun macam terseksa je sebab leher kena belit belit dengan shawl. nak tunduk suap makanan pun nak kena control. macam pesakit hospital patah tengkuk pun ada aku tengok.


2) kepala nampak macam besar gila.
maaf aku cakap, kepala perempuan yang gila shawl nie memang nampak gedabak gila. yang nie, memang aku tak tipu. aku tak tau lah mata aku yang silap ke rabun ke apa ke tapi apa yang aku nampak, kepala perempuan yang gila shawl mesti besar kat atas. macam alien pun ada bila aku tengok. tak cun aaaaa. tak ubah macam belon yang dah nak meletop.


3) tudung bawal lebih kemas.
kalau kau suruh aku pilih tudung bawal ke shawl ke, confirm awal-awal aku akan pilih tudung bawal. tudung bawal nampak kemas, mahal dan formal. nampak tersusun je bila dipakai. nak bersiap pun tak ambil masa yang lama. walaupun tudung bawal kene seterika dulu, tapi bukan ke tu lagi kemas daripada shawl yang berkedut tak ubah macam kain langsir kat rumah nenek aku je. perempuan yang pakai tudung bawal lebih ayu kot !


4) penampilan yang lebih matang.
bagi aku, perempuan yang bertudung bawal nampak lebih matang berbanding perempuan yang gila shawl. lelaki suka perempuan yang matang, salah satunya ialah kelihatan matang dalam berpakaian. senang cerita, perempuan bertudung bawal jauh lebih matang dan cantik berbanding perempuan yang gila shawl. OFF. tak nak cakap lebih lebih.


*dipetik daripada perbualan bersama Irfan (bukan nama sebenar)*



anda dah mula terasa butthurt dengan dialog Irfan kat atas nie ? relaks, be cool bagi sesiapa yang dah mula hangin baca entry aku nie. itu cuma pandangan dan pendapat dia je, bukannya statement nak mencari gadoh. itu yang dia rasa tentang perempuan yang memakai shawl. mungkin sebab dia tak suka perempuan yang memakai shawl, dan baginya perempuan yang memakai tudung bawal lebih menarik. mungkin ada jugak lelaki lain yang lebih menyukai perempuan yang gila shawl, tak macam Irfan. begitulah ceritanya. kalau anda tanya aku sama ada aku setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Irfan nie ke tak walaupun ada lah terasa sikit tempias butthurt dengan ayat pedas dia, tapi aku setuju weh ! apa-apa pun, terima kasih ye Irfan sebab sudi berkongsi. kau memang terbaik ! jangan merajuk lepas baca entry aku nie, sekurang-kurangnya kau popular sekejap. kih kih kih


lagi satu, aku ada satu persoalan yang bermain di minda. anda, nak tanya sikit boleh tak ? kenapa bila aku taip perkataan 'SHAWL' di google image, gambar-gambar macam nie pulak yang keluar ye ?








dan bila aku taip perkataan 'SELENDANG' dengan menggunakan google image yang sama, kenapa gambar-gambar macam nie pulak yang keluar ye ? 








tak rasa pelik ke ? aku rasa perkataan SHAWL mempunyai maksud yang sama dengan perkataan SELENDANG. SHAWL merupakan perkataan daripada bahasa Inggeris, manakala perkataan SELENDANG pulak merupakan perkataan daripada bahasa Melayu. tapi yang buat aku pelik sampai tak boleh tido malam nie, kenapa ye gambar-gambar SHAWL mempunyai perbezaan daripada aspek cara pemakaiannya dengan gambar-gambar SELENDANG ? ke aku yang tersalah pandang nie ? 

maksud aku, kenapa cara pemakaian SELENDANG/SHAWL di Malaysia berbeza daripada cara pemakaian SELENDANG/SHAWL yang sebenar-benarnya ? aku pun tak boleh nak jawab, tapi sumpah aku rasa pelik gila. agak-agak anda ada tak jawapan untuk soalan aku nie ? kalau tak percaya, cuba buat sendiri di google image.


Comments
3 Responses to “gadis bertudung shawl, BUTTHURT ke tak ?”
  1. Shahiran says:

    selendang tu kain panjang yang orang letak atas bahu tu, dulu tu je lah kegunaan selendang. Sekarang je orang guna dengan anak tudung, bungkus kepala.

  2. thanks for your opinion shahiran :D

  3. hahaha...dulu saya pun macam irfan tu..tapi sekarang ni dah tak..maklum le dah jadi tokeyh shawl..sbbnya kalau google shawl keluar mcm tu, kat oversea memang diorang panggil bnde2 macam tu as SHAWL..tapi shawl yg kita pakai ni, diaorang panggil SCARVES.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted