-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cerita calon JPP di satu malam.


selesai sudah debaran manisfesto untuk calon-calon JPP Fasa 1 (eh eh what the heck ayat aku macam mintak sebijik penyepak ?). tanpa persediaan apa apa dan cakap ikut sedap mulut aku je, akhirnya aku berjaya menghabiskan giliran aku bermanifesto sebentar tadi. cis, untuk seorang calon JPP yang terpaksa, mana mungkin aku nak buat manifesto terbaik punya kan ? sumpah aku tak akan buat ! 

apa yang berada di minda anda sekarang ? adakah anda berimaginasi aku telah bermanifesto dengan cukup lengkap madah berhelah berhemah ? adakah anda berimaginasi aku bermanifesto ala ala kaca tingkap dewan nak pecah atau isi aircond dewan terburai ? adakah anda berimaginasi aku memakai kot atau blazer yang menampakkan 'oh segaknya kau syiqin ! kalau macam nie lah kau hari hari, sumpah aku undi kau sampai bila-bila'. 


adakah aku bermanifesto seperti ini ? fuyooooo semangat gila aku siap ada buat presentation lagi tu !


adakah seperti ini ? wahhhhh berwibawa sungguh muka aku kan ? bencikan senyuman semasa bermanifesto.


adakah seperti ini ? siap masukkan semua hadis dan ayat Al-Quran, mungkin ? oh sejukkkkk perut mummy mengandungkan aku 9 bulan dulu.


sumpah ! saya akan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab lepas jadi JPP, saya akan cuba jadi JPP yang terbaik ! adakah seperti ini yang anda bayangkan ?



atau anda bayangkan aku seperti ini ?....





yieeehooo !! manifesto aku adalah membuat gaya tarian goyang panas Inul. fuhhhh HEAVEN.


dah habis berimaginasi ? dah ke ? okay semuanya salah ! semuanyaaaaaaaaaaaaaaaa salah ! kalau anda nak tau, anda boleh tengok rakaman video yang diambil semasa aku bermanifesto di SINI (untuk yang dah menjadi kawan di Facebook aku). harap jangan terkejut sebab manifesto aku adalah manifesto yang paling tak berkualiti dan langsung tak ada point. oh tidak !! *bagus ! semoga tak ada sapa sapa pun berminat nak undi aku* 

aku yakin. aku percaya. aku pasti yang aku tak akan menang dalam pilihan raya nie. aku pasti ! (ayat cover ketakutan dan kegelabahan). tapi kawan-kawan banyak bagi nasihat dan sokongan. ada jugak yang luahkan kepercayaan untuk aku jadi JPP. sedih sebak silu je aku dengar tapi sapa yang nak kan ? aku nie bukannya baik pun. abah dan mummy lebih kenal aku nie macam mana. skema ? totally it's not me ! aku bencikan skema. aku bencikan peraturan. bagi aku, kalau kita nak buat apa-apa pekerjaan biarlah dengan hati yang rela. aku tak suka paksaan. aku benci sesuatu yang berbentuk paksaan. tapi kadang-kadang aku tak ada pilihan untuk mengelak daripada dipaksa. aku mudah kesian kat orang kalau orang tu berada dalam kesusahan. aku akan cuba tolong kalau aku rasa aku mampu tolong. hipokrit ? NO. aku lebih suka menjadi diri sendiri. buat apa kita nak hipokrit walhal kita sepatutnya bangga dengan identiti diri kita sendiri ?

tapi apa-apa pun, sekiranya ini yang sudah tersurat, aku redha dengan pilihan yang Allah swt dah tentukan. apa boleh buat kan ? aku memang tak nak tercalon atau bermanifesto atau bertanding pun untuk pilihan raya nie, tapi kalau ini jalannya dan ini keputusannya, aku terima walaupun kekecewaan bersarang di hati. aku dah pernah merasa jadi JPP di matrikulasi Kedah dulu walaupun sempat untuk 2 bulan je dan mungkin ini yang membuatkan diri aku dipercayai. aku percaya mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian. tak gitu ? *wah wah wahhhh ayat sedapkan hati*

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted