-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

bodoh la kau Persona !!!



anda kenal tak kereta nie kereta apa ? apa nie ?! ya, kereta Persona. warna apa nie ? ya, warna putih ! argh, sumpah aku tension sekarang nie. tension gila babi punyaaaaaaaaaa. ada sesiapa tak yang sudi jadi bantal untuk aku peluk tendang tendang pukul pukul sampai lebam sekarang, anyone ?




nie yang nak mengadu dengan anda nie. waaaa..sapa yang tak sanggup nak tengok air mata aku, pergi main jauh jauh sebab aku nak merajuk sekarang nie. memang hampeh betol lah hari nie. sepatutnya hari nie hari bergembira aku sebab dah dapat fulus hebat. tapi mood bergembira aku hancur luluh berkecai gara-gara kereta Persona putih nie lah. shitto nak mampus !

al kisahnya, petang tadi aku bawak motor untuk pergi ke sebuah pusat membeli-belah. maklum lah, motor aku kan tak cantik, motor biasa-biasa je kalau nak bandingkan dengan kereta persona tu. bawak pulak motor capuk kat tengah tengah bandaraya Melaka, siapa lah aku nie kan. orang nak pandang motor aku pun tak sudi, belum tentu lagi sudi ke tak nak pandang motor aku dengan sebelah mata je. kalau nak lalu sebelah motor aku, mesti nak tekan minyak kuat-kuat takut kereta tercemar kena makan asap motor aku. tapi agak-agak lah, aku pun ada perasaan kamu tahu ?

tapi agak-agak lahhhh (eh berapa kali nak ulang ?) kan, aku tau lah motor aku murah. jadi, kau tak perlu nak psycho menghalau aku ke tepi jalan sangat. otak tak ada ke weh ? haaa..ni yang mula nak memaki orang nie. aku elok je buat hal sendiri bawak motor kedek kedek kat tepi jalan raya besar tu ha. tak ada pun aku lebih lebih bawak motor ambil laluan paling kiri kan kannnnnn. tapi apa salah aku dowh ?? *emosi terlebih*

memang jahat punya manusia. aku tak kacau hidup kau, kau jangan kacau hidup aku. adil kan ? gara-gara kesombongan dan keberlagakkan (ini perkataan cipta sendiri) kau tu, nyaris-nyaris aku tergolek. tak pasal pasal lepas tergolek tu aku kena gilis dengan kereta belakang macam mana ? apa motif kau tekan minyak laju-laju dan tiba-tiba pulak masuk ke laluan aku tadi bengong ?? memang bodoh bingai hotak ada tak pakai. nasib baik aku nie ada lah sikit-sikit kemahiran menggelecek mengelak yang aku belajar dari adik laki aku. kalau aku tak boleh kawal motor dan aku tergolek tadi, okay tak apeeeeeeeee tapi meh sini keluarga aku carik kau sampai ke lubang cacing kau mahu ? silap haribulan umur kau pun tak panjang.

huh, dah free free kau kena maki dengan aku kat dalam internet malam nie. padan lah dengan muka kau, siapa suruh jadi bodoh sangat. nasib kau baik sebab aku tak sempat nak tengok nombor plat kereta kau tadi dan oh ya, cermin kau tinted gelap gila. kalau tak, kau pun tau aku akan takkan buat apa-apa tindakan sebab aku baik. aku nie penyabar apa, setakat aku maki kau dalam internet apa kesan yang kau dapat sangat kan ? tapi directly aku cakap kau memang salah satu manusia BODOH yang pernah aku jumpa dalam dunia nie.






p/s : kau tak bersalah wahai kereta jenis Persona. tapi sebab tuan salah sorang kawan kau yang memakai Persona yang bodoh bingai tu aku terpaksa push nama kau dalam entri aku. sebab aku geram aku tak tau sapa dia dan apa nombor plat dia. dammit !




Comments
2 Responses to “bodoh la kau Persona !!!”
  1. Anonymous says:

    WAKAKAAKKAKAKAKAKA

  2. gelak la gelak banyak2. akhirnya saya sendiri yang pakai kete persona nie.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted