-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

baru kau tau perangai sebenar aku ?


anda suka main PC Games ? suka ke tak ? ah tak payah tipu aku. yang jawab tak suka tu memang aku tau sah sah memang kau suka (poyo tibe tibe). salah satu kejadian aktiviti wajib yang aku lakukan semasa malam minggu ialah bermain PC games di laptop. fuh, bukan setakat bermain di internet, tapi dalam laptop aku nie pun penuh dengan games. kalau yang nak sedut games dengan aku, meh meh rajinkan diri singgah ke bilik aku. lepak lepak ke minum minum ke makan maggi sampai bengkak bibir ke, ah tak payah segan silu lahhhh. aku tau apa yang mampu menghilangkan kebosanan anda di malam minggu. *kau bajet kau pawang ke hapa?*

malam nie aku nak main dua games je. itu pun sebab nak hilangkan kebosanan dan nak menyeru mood baik datang dalam diri aku. yelah yelahhh, aku tak kisah pun anda nak kutuk aku perangai macam budak budak sebab main games. okay ape jadi budak budak. tak payah fikir masalah, fikir pasal nak seronok je. *tiba-tiba pulak aku jeles dengan budak kecik jiran sebelah rumah aku tu*.

tapi tapi tapi kannnnnn..aku segan lah nak mengaku sesuatu depan anda. PC games aku tak superb macam anda punya. counter strikes lah street fighter lah dan segala jenis games yang kejam ganas terlampau tu. tak hebat punnnnn. games aku banyak yang bertemakan masak-masak je. kalau di dunia realiti aku tak boleh bermain masak-masak dah (segan weh nak main masak masak lagi sebab dah besauuuu), jadi aku memikirkan alternatif lain iaitu bermain masak-masak di laptop pulak. boleh cover line depan orang ramai. so tak ada lah rasa malu sangat kan. hakikatnya, aku memang suka main masak-masak dari kecik sampai ke hari nie ! oh maluuuuuuuu.

pernah dengar game Burger Island ? wah kalau tak pernah dengar, tak apa..aku tak kutuk pun. aku tak tau lah game tu popular ke tak sebenarnya, tapi yang pasti aku ada siri game tu dalam laptop aku. aku suka weh ! tipu lah kau kalau tak suka game Burger Island nie. boleh masak-masak omelette dan bermacam-macam jenis burger. terasa macam aku nie adalah seorang pemilik restoren burger yang paling berjaya di dunia. heheh


mahu memulakan misi memasak dan berniaga ? sila pilih button PLAY.


scene di mana anda boleh tengok sebanyak mana level yang anda telah capai. *jangan kutuk aku punya pencapaian dah leeee*


sekiranya anda bermain game nie, anda pun akan menjadi seksi macam aku dalam nie. *karton semata-mata*


tempahan pelanggan mesti disiapkan dalam tempoh masa yang cukup singkat.


sedang memasak and it's PERFECT ! kalau anda lambat angkat, habis lah hangus mende alah tu.


ye, aku tak cemerlang. lihatlah termometer di setiap pinggan. tahap kesabaran pelanggan sudah semakin rendah. CHOI !


BURGER GRADUATE. semakin banyak anda menang, semakin hebat status yang akan anda perolehi.


at first, tengok muka dia memang poyo mintak penyepak tiga buah. tapi dia nie pembantu anda yang setia tau !


setiap kali anda sudah naik ke level baru, anda berpeluang untuk mencipta resipi yang baru. mata anda akan menjadi tuli dan perut akan berkeroncong hebat sebab terlalu banyak resipi yang boleh dicipta.



berminat nak main Burger Island ? oh senang je. boleh lah beli perisian game nie di kedai-kedai komputer yang berdekatan. kalau yang nak jimat duit tu, cuba lah download di internet. tapi jangan bengkak hati pulak kalau dia hanya bagi peluang anda bermain selama 60 minit je ! *aku dah pernah rasa tension main game trial 60 minutes je walaupun penat menunggu berjam-jam untuk di download*.

PC game yang kedua ialah Hell's Kitchen ! wahhhhh sumpah seronok game nie weh. kalau yang dah pernah main, meh main sep sep dengan aku. kali pertama aku main game nie, aku tak sanggup nak tido malam selagi game nie tidak dihabiskan. bukan setakat tak sanggup nak tido malam, nak makan minum buang air pun aku tak sanggup nak buat tau ! nak tau sebab apa ? sebab game nie sumpah jahat gila. selalu sangat provok dan cabar jiwa aku yang halus mulus nie. sepanjang main game nie, aku asyik menjerit-jerit dan mencarut je keje. kah kah kah memang kelakar gila bila emosi jadi tak stabil sebab main game nie.


okay okayyy dah 8 kali aku main game nie. dah tiba masa untuk tekan button CHANGE PROFILE.
 

ini adalah hasil pencapaian aku bermain Hell's Kitchen baru-baru nie. oh sangat memalukan rupanyaaaaaaa.


meet your Chef Gordon Ramsay ! yang bengis, sombong dan bajet hebat dalam game nieeeeee *geram gila*


okay dah sedia untuk bermain game Hell's Kitchen. oh sangat susah sebenarnya nak mencapai level Senior Chef tu. ianya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi !


ingat dah boleh main gitu gitu je ke ? NOPE. kena tutorial dulu. kalau tak anda mesti tak faham macam mana cara nak bermain dalam game nie.


suasana dalam restoren ekslusif di Hell's Kitchen. sila berasa jengkel hati sekarang bila dah tengok muka chef bajet HOT tu ye.


dah habis sesi tutorial ? yeahhhh mula mula memang lah boleh berbangga dengan kata kata lebat si bajet hot nie. itupun sebab untuk TUTORIAL je, belum lagi untuk game sebenarnya.


baiklah, game sebenar sudah bermula. anda kena bekerja dengan baik untuk memastikan chef bajet hot tu tak mengamuk overlimited. kalau nak tau tahap marah dia tu tinggi atau rendah, anda boleh lihat tiang setan kat tepi chef tu.


ini adalah dapur khas untuk memasak. semua benda dia akan komen, tak kisah lah anda sedang memasak atau pun tidak. memang terbakar bila dengar dia menghina anda. cis aaaaa !!


memasak pun kena ada caranya. tak boleh sesuka hati tuang ramuan ikut suka mak nenek kau. kena alert dan selaras dengan masa yang diberikan. kalau tak, masakan anda hangus dan kena masak balik KESEMUANYA. lepas tu api kat tiang setan tu pun akan naik mendadak gila babeng. *nie adalah part yang akan membuatkan aku menjerit macam orang gila setiap kali aku main game nie*


ingat customer yang datang makan tu pun baik sangat ke ? sebenarnya diorang pun ikut bengong jugak. kalau kita lambat sikit, diorang akan marah marah macam orang gila dan blahhhh macam tu je. lepas tu mula lah si chef bajet hot tu mengamuk dan api tiang setan tu pun akan naik mendadak.


jeng jeng jengggg. see ? kena selaraskan cara memasak. ye, satu-satunya cara untuk membuatkan chef bajet hot tu diam dan puji memuji. ah, persetankan semua tu ! dia kalau puji pun macam tak ikhlas jeeeeeeeeee. cakap berapi je lebih.


see ? see ? VERY GOOD. fuh susahnya nak dapat pujian VERY GOOD daripada dia nie. itu pun puji macam poyo poyo je. tak kesian langsung kat aku yang dah bertungkus-lumus nie. ceh !


baru anda tau kan perangai sebenar aku bila aku bermain game. memang buruk bebenar, tak usah ikut jadikan teladan. hentak kaki sana sini, keronyok kertas tepi laptop macam orang gila. kunyah keropok Twisties dalam mulut sampai tergigit lindah sendiri. semuanya disebabkan bermain game nie. kalau orang yang tak tau aku sedang bermain game nie dan lalu lalang depan bilik aku, bila nampak aku macam nie mesti diorang ingat aku gila sawan. kah kah kah. 

okay, dah bersedia untuk memaki atau dimaki ? jom sertai sesi maki memaki nie bersama aku dalam Hell's Kitchen sekarang di laptop masing-masing. mencarut sambil memasak ? memang tak senonoh pun perangai. tapi itulah perkara yang akan terjadi sepanjang anda bergelar pelajar di bawah pantauan chef bajet hot dan hensem di dalam game nie. okay, jumpa di Hell's Kitchen sekarang. jom ! bodoh sengal bodohhhhh #$%^&*(@#$%^&#$%^&*@#$%^& !!!! *menyambung monolog gila sendirian di depan laptop*

Comments
2 Responses to “baru kau tau perangai sebenar aku ?”
  1. yeay! dh boleh komen..ehehe
    suke2 men game ni

    :)

  2. oh suka gak eh ? bagusnya ! geram kan main game nie, tapi macam ketagih nak main selagi game nie tak sampai ke level paling last. hehe !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted