-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ASYIQIN VERSUS ULAT BELUNCAS PART 2


aku bukan lah seorang manusia yang kejam sampai sanggup membenci haiwan. aku tak pernah bencikan haiwan yang hidup di muka bumi Allah swt nie, tetapi bila bercakap pasal ulat je aku mesti jadi orang yang kejam dan tak berhati perut. kenapa agaknya ye ? apa salah yang haiwan tu buat kat aku ? kesian dia tak pasal pasal.

aku bencikan ulat tidak lah sampai ke tahap untuk membunuh. paling kejam aku buat pun, aku akan lari jauh jauh, walaupun ulat tu tak ada pun kaki nak kejar aku macam anjing kejar orang tu. atau aku akan tolak kuat kuat dengan ranting kayu yang sempat aku capai. tak pun aku akan kutuk binatang tu macam-macam. sungguh kejam ! walhal ulat tu tak ada pun kutuk aku pelbagai. mesti binatang tu terasa hati kan kalau terjumpa dengan aku kat mana mana. yelah, kalau aku terjumpa binatang tu aku akan menjerit dan lari jauh jauh. memang kejam, tapi apa lagi yang mampu aku buat kan ? tapi aku rasa, kaktah dengan ajib lagi kejam kot sebab diorang sanggup baling baling binatang tu kat aku. tak ke jahat tu ? heheh. kesian ulat-ulat tu, mesti binatang tu terasa macam naik roller coaster sekejap masa dibaling ke arah aku.

sebenarnya, ada sebuah kisah di sebalik kenapa aku sungguh sungguh bencikan ulat. kisah yang agak tragik sebab impaknya aku boleh rasa hingga ke hari nie. bila aku jumpa ulat kat mana-mana, hatta kat dalam rumah aku sekali pun, secara automatiknya badan aku menggigil kegelian. kalau dulu-dulu, aku memang tak boleh pandang ulat langsung, terutamanya ulat beluncas. geli gila weh ! tapi bila aku dah semakin dewasa, sindrom tu dah berkurangan sikit lah tapi aku pasti dan yakin yang sindrom tu tak akan hilang daripada diri aku sampai bila bila (kau bajet kau pesakit serius lah sampai ada sindrom sindrom nie ?). buktinya, kalau aku terjumpa ulat jenis yang biasa-biasa, aku masih boleh tengok dengan mata kepala aku. tapi kalau terjumpa dengan ulat-ulat yang hijau gemok gemokkkkkkkkkkk dan bercorak semacam je, yang itu aku memang tak boleh tengok dengan mata kepala sendiri. nanti aku akan menggigil. itu aku tak tipu.

kisah bermula semasa aku berusia 8 tahun. ha lahhh..kecik je lagi. takat adik-adik anda kat rumah kan. waktu tu pun aku tomboy dan lasak gila. harap je aku nie budak perempuan yang berpakaian baju kurung (hakikatnya itu sebab mummy paksa), tapi suka gila nak panjat pokok sana panjat pokok sini. selalunya aku suka panjat pokok yang sedang berbuah ranum sebab aku nak makan buah yang ada kat atas pokok tu. nak tunggu ada orang yang kaitkan semuanya tak nak layan aku. dalam masa yang sama, tekak dah berair-air bila tengok buah kat atas pokok bergayut-gayut. sumpah tak tahan.











bila semua tak nak kaitkan buah untuk aku, akhirnya aku terdorong untuk panjat pokok tu sendiri.  lama-kelamaan aku dah terbiasa untuk menggunakan kaedah memanjat sendiri pokok sekiranya aku teringin nak makan buah kat atas mana-mana pokok sekali pun. sapa yang tak terliur bila nampak buah berwarna meriah bergayut-gayut berat kat atas pokok kan ? mesti ada rasa nak makan buah tu ye tak ? haaaa..jangan tipu lah. heheh

satu petang di hari raya, aku dan keluarga beraya ke rumah nenek saudara aku. kisah nie dah lama berlaku. kalau tak silap aku, waktu tu aku baru berusia 8 tahun. biasa lah budak kecik, mana boleh duduk diam kalau beraya rumah orang kan ? kaki mesti nak berjalan sana sini. keluar masuk rumah orang sana sini, pedulik apa. waktu tu aku rasa bosan sebab abah mummy sibuk sangat bersembang dengan tuan rumah. aku pun keluar rumah nenek saudara aku tu dan berjalan-jalan di sekitar halaman rumahnya. tiba-tiba aku ternampak segugus (eh segugus ke ha ? maaf, penjodoh bilangan aku failed) buah jambu loceng yang ranum kat atas pokok. pokok jambu tu besar gila dan agak tinggi lah jugak untuk budak kecik seusia aku waktu tu. pergh, buah jambu loceng yang manis, gemok dan berwarna merah menyala. sapa tak geram nak makan !

disebabkan teringin sangat nak makan (dan perbuatan nie lebih kurang macam mencuri buah di pokok orang kan ? kih kih kih) dan timbulnya perasaan bajet hebat macam hero, aku pun panjat pokok jambu tu dengan gelojohnya. tak sedar diri dengan berbaju kurung, aku menjadi terlalu rakus memijak dari satu dahan ke satu dahan kat pokok tu sampaikan aku tak sedar yang kedudukan aku dah terlalu tinggi daripada aras tanah. aku jadi rakus sebab aku tak sabar nak capai buah jambu tu dan makan. lebih lebih lagi, kebanyakkan gugusan buah jambu tu berada di bahagian puncak pokok. tu yang susah sikit nak capai tu. kena usaha lebih lah.





akhirnya aku dah sampai ke satu dahan dimana kedudukan aku waktu tu dah terlalu dekat dengan gugusan buah jambu loceng yang aku target sebelum panjat tadi. percubaan pertama, aku cuba capai dengan tangan aku tapi tak berjaya sebab tangan aku tak sampai. percubaan kedua, aku cuba lagi untuk capai buah jambu tu tapi kali nie aku bersusah payah menjengketkan kaki aku. semasa aku sedang menjengketkan kaki tu, tiba-tiba ada satu daun pokok yang agak besar jatuh entah dari mana di atas tangan aku yang sedang cuba mencapai buah jambu tu tadi. aku menepis daun tu daripada tangan aku tu dan tiba-tiba aku terkejut sebab ada seekor ULAT SUTERA yang besar dan panjanggggggggggggg gila sedang melekat di lengan baju kurung aku.

disebabkan aku tergamam, aku terkedu lama gila. aku tengok ulat tu, ulat tu pun tengok aku. aku tak bergerak, ulat tu pun tak bergerak. kami berdua seolah-olah tergamam dan tak terfikir untuk buat apa-apa pergerakan. tapi malangnya, aku nie lebih lebih tergamam pulak, padahal ulat sutera tu dah nak mula 'bertindak'. aku pun dah tak terfikir apa-apa tentang buah jambu loceng waktu tu. mata aku hanya fokus kepada ulat sutera yang sedap sedap dia je landing kat tangan aku. tiba-tiba ada sesuatu yang keluar dengan perlahan-lahan daripada kepala ulat sutera tu. sesuatu yang menyerupai tanduk lah kot, i guess. tapi entah kenapa betapa dungunya aku waktu tu, aku terlalu leka melihat ulat sutera tu. iye lah, besar bebenar saiz dia. panjang pulak tu. kepala berwarna hitam, badan berwarna putih. itu lah kali pertama aku nampak ulat pelik macam tu. waktu tu pun aku tak tau ada jugak ulat yang bersaiz besar macam tu di dunia nie. dan waktu tu jugak aku tak tau ulat tu adalah ulat sutera. euwwww !! *rasa nak muntah sekarang*




apabila kepala ulat tu seolah-olah mengeluarkan tanduk, aku tetap setia memerhatikannya. waktu tu aku tak pernah geli pun dengan ulat weh. sebab tu aku tak biarkan ulat tu nak mendarat dan melepak sesuka suki hati dia kat lengan baju aku. tapi disebabkan aku terkejut dan tergamam akibat tak pernah nampak ulat yang jenis macam tu sebelum nie, sampai kan aku terleka dengan ulat tu aku pun tak sedar. ulat tu pun mengeluarkan tanduk di kepala. tiba-tiba ada sesuatu yang meletus daripada kedua-dua hujung tanduk di kepala ulat tu ! ya, aku pasti aku ingat lagi ! ulat tu mengeluarkan letusan debu atau serbuk mungkin, yang berwarna merah menyala. apabila ulat tu meletuskan debu merah tu, PUFFFFF !!!!!...


debu merah tu agak menjengkelkan hati aku lah jugak. sebab aku terlalu terkejut dengan letusan debu merah daripada ulat tu, kaki yang aku jengket tadi tergerak ke belakang daripada dahan tempat dimana aku berdiri. dan apabila kaki aku tergerak, akhirnya...oh tidak ! aku pun terjatuh gedebuk macam durian jatuh daripada pokok. bayangkan aku yang hanya berusia 8 tahun kecik comel lote lagi waktu tu, jatuh daripada bahagian pokok yang paling tinggi, dan aku rasa ianya sangat dahsyat kot. tak sempat pun nak paut apa apa, sedar-sedar je aku dah terbaring di atas tanah. habis kotor baju aku lepas tu. walaupun aku rasa sakit gila di belakang badan aku, aku tak pedulik semua tu. aku terus bangun dan lari laju-laju masuk ke rumah nenek saudara aku.





waktu tu aku terasa gagah gila sebab aku tak menangis (cover line sebab takut kena marah). abah dan mummy yang sedang rancak bersembang dengan tuan rumah terdiam seketika sebab terkejut nampak aku tiba-tiba lari tercungap-cungap masuk ke dalam rumah. mummy tanya 'kenapa lari lari nie syiqin ? dok diam kat situ je'. aku angguk-angguk je tapi sebenarnya waktu tu aku adalah kanak-kanak yang paling sadis sebab jatuh daripada pokok jambu yang tinggi hanya disebabkan terkejut dengan ulat sutera tak guna tu. dan oh, aku gagah menahan sakit di bahagian belakang badan aku. sejak kejadian petang tu, aku demam selama 3 hari. cis kau ulat sutera !

sejak peristiwa tu, aku jadi sangat takut bila ternampak ulat di mana-mana tempat aku pergi. nampak je ulat gonggok kat dalam longkang, aku akan menggigil. ternampak je ulat sampah kat tempat perbuangan sampah, aku akan berasa seram. apatah lagi kalau aku ternampak ulat beluncas dan ulat sutera, tu tak payah cerita lah kan ! kadang-kadang hingga ke hari nie, aku tak boleh hilangkan ketakutan kepada ulat, kesan daripada peristiwa di rumah nenek saudara aku tu. disebabkan ulat sutera jahat tu lah aku trauma sampai sekarang. kadang-kadang bila mummy suruh aku petik cili padi di pokok luar kawasan rumah untuk masakan, aku akan menjadi sangat berhati-hati sebab aku tak nak jari aku terkena walau sedikit pun sekiranya ada ulat-ulat yang melekat kat pokok-pokok cili padi mummy waktu tu. aku akan teliti elok elok setiap daun pokok cili padi tu untuk pastikan tiada seekor pun ulat melekat kat situ.




itulah kisah di sebalik kenapa aku terlalu benci dan tak suka dengan binatang yang dinamakan ulat. bagi lah ulat comel mana pun, aku tak akan sesekali suka. disebabkan trauma tu, aku tak pernah kacau hidup binatang tu, melainkan dia kacau hidup aku. kadang-kadang kalau aku memasak di rumah, sayur-sayuran yang mummy beli mesti ada seekor ulat dalam tu. tapi ulat yang jenis kecik lah. alhamdulillah, sekarang aku dah okay lah tak macam dulu, pantang jumpa ulat dalam sayur mesti menjerit kuat. sekurang-kurangnya aku dah kembali normal bila terjumpa ulat semasa potong sayur, jadi aku boleh bertenang lagi. tapi kalau dengan ulat beluncas atau ulat yang besar dan gemok gemok tu, mintak maaf aku cakap awal awal. 

ini sesi luahan hati istimewa untuk cik ulat beluncas. bukan aku tak sudi nak berkawan dan menyayangi kau cik ulat beluncas, cuma aku tak nak berkawan dengan kau je (eh ada beza ke ? WTF). mungkin kelihatan macam aku nie mendiskriminasikan kasih sayang aku terhadap kau tak sama dengan binatang lain, tapi kau jangan kecewa dengan aku. aku tak akan bunuh kau cik ulat beluncas, walaupun satu hari nanti kau akan terjumpa aku dimana-mana tapi jangan kau terasa hati terkucil jiwa kalau kau tengok muka aku ketat semacam bila terjumpa kau, masakan nak pandang kau pun aku tak nak. jangan kau merajuk ye. tapi aku tau, aku benci kau pun sebab kau cuma ulat beluncas. nanti bila kau dah jadi rama-rama cantik, baru lah kita boleh berkawan rapat. boleh tak ? agak-agak kau nak tak terima tawaran berkawan dengan aku nie ? *pergh, ayat nak mintak kena maki sebab memilih berkawan dengan binatang cantik cantik je*




THE END.







Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted