-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ASYIQIN VERSUS ULAT BELUNCAS PART 1


di malam yang sejuk dingin dengan hujan yang mencurah-curah ke muka bumi ciptaan Allah swt, ada seorang member datang ke arah ku dan bertanya tentang sesuatu. aish, boleh pulak dia tanya waktu aku tengah syok pekena maggi. sedap sedap aku duduk makan maggi panas, dia boleh pulak tanya kat aku pasal benda yang agak menggelikan dan ya, sangat menjijikkan bagi aku ! sumpah aku geli walaupun sebenarnya dia tak bersalah pun sebab dia cuma bertanya je. aku nie yang menggedik lebih geli sana geli sini.


member : kenapa ko tak suka ulat ha ?
aku : mana ko tau ?
member : tu haaa..kat Facebook ko lah, hot status.
aku : hot lah sangatnyeeee..
member : weh aku tanya nie. apesal ko tak suka sangat dengan binatang comel tu ?
aku : what the fish ! comel ? ko cakap ape nie ???


siapa yang berani berani sebut binatang tu comel depan aku memang mintak penampar sebuah. pergh ayat kejam. aku tak nampak pun di mana sifat ke'comel'an pada binatang tu. seriously tak nampak, walaupun orang buat binatang tu dalam bentuk kartun animasi biasa atau 3D yang comel comel sekalipun. walaupun kartun animasi untuk watak binatang tu menggunakan suara latar belakang kanak-kanak yang super comel dan innocent di tv, aku tetap tidak akan sesekali mengatakan yang binatang tu comel. oh tidak !

aku tau aku nie memang kejam sebab aku benci binatang tu. orang kata kalau kita nie bukan pencinta haiwan, kita nie tergolong dalam manusia yang kejam. tapi tapiiiiiii aku tak kejam weh. aku sememangnya pencinta wanita haiwan, cuma kat benda alah tu je aku tak suka. aku tak suka bukan lah sampai tahap aku nak pijak pijak dia sampai penyek hancur. aku tak suka bermakna aku terlalu takut dengan binatang tu. binatang tu lah satu-satunya binatang yang boleh buat aku menangis macam budak kecik walaupun pada hakikatnya aku bukan jenis yang gembeng (gembeng dalam bahasa jawa = kuat menangis).






aku tak suka ulat. aku anti gila dengan ulat, itulah hakikatnya. apa apa jenis spesies ulat kat dunia nie, aku tak suka. paling aku geli ialah ulat beluncas. ulat beluncas yang gemok gemok, besar besar, hijau hijau dan bermata bulat tu. erkkk !! seriously aku geli. walaupun aku tidak cuba membayangkan binatang gemok tu kat dalam kepala hotak aku, bulu roma aku masih setia teguh berdiri dan meremang. kalau aku terjumpa ulat jenis yang biasa-biasa atau tidak berbentuk eksotik, aku mampu lagi berlakon buat buat tak tau. tapi kalau terjumpa ulat yang design dia lain macammmmmmm je, yang tu kalau tengok dari jauh pun aku dah tak sanggup.

pernah satu hari tu, kaktah dan ajib jadi setan buat pertama kalinya dalam hidup aku. dalam keluarga aku, aku seorang je yang takut ulat. diorang yang lain tak ada masalah, tak macam aku. siap boleh belai belai lagi binatang tu. sedih gila kot weh, terasa macam aku nie tak normal pulak kannnnnnn. sob sob sob. waktu tu aku tengah syok berangan sorang sorang di atas coffee table di anjung rumah. sedang syok berangan, tiba tiba aku terasa macam ada sesuatu yang hinggap ke atas seluar aku. aku pun tengok apa benda yang sesuka suki hati dia dok lepak kat seluar aku waktu tu. bila mata aku ternampak je benda tu rupa-rupanya...... !!


opocot mak bapak kau. 
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...TIDAKKKK !!!!
ULATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



tanpa rasa belas kasihan, aku terus bangun dan tepis kuat binatang tu daripada seluar aku. badan aku terus menggigil dan bulu roma meremang. dari jauh aku boleh terdengar yang kaktah dan ajib sedang mentertawakan aku dengan bahagianya. aku tau nie mesti kerja diorang ! sampai hati diorang baling binatang tu kat aku. lepas tu, sindrom kegelian terus menyerang badan aku.





kebetulan waktu tu musim yang sesuai untuk ulat beluncas nak bertukar menjadi kepompong dengan galaknya. tapi penat jugak tekak bila menjerit kuat tanpa henti. diorang tak puas hati sebab aku dah tak menjerit ketakutan. bila diorang tak puas hati tu, diorang berdua pergi kutip semua ulat ulat kat pokok tepi rumah tu dan bersedia untuk baling kat aku. kali nie, diorang tak baling seekor je. tapi diorang nak baling berbanyak banyak ekor ! oh tidakkkkk !! dengan berbekalkan pergerakan yang pantas (boleh lah cakap, sebab waktu nie badan aku ringan lagi), aku mencari tempat perlindungan yang paling dekat iaitu kereta mummy. nasib aku baik sebab kereta mummy tak berkunci waktu tu, jadi aku masuk dan aku kunci keempat-empat pintu kereta tu. padan muka, tak boleh nak baling aku dengan binatang tu. padan muka korang ! bwek !

aku boleh nampak muka diorang yang kecewa sebab tak dapat baling binatang tu banyak banyak kat aku. aku menghembuskan nafas lega. fuhhhhh kononnya dah selamat. tapi rupa-rupanya aku tak selamat lagi sebab aku di'psycho' oleh diorang dengan cara yang macam nie pulakkkkk..




ada ke patut diorang boleh letak sekor sekor binatang tu kat cermin dashboard kereta mummy ?? oh tidak ! seriously it was so insane. gila tau tak ?! oh my gosh, sampai sekarang aku boleh ingat betapa tergedik gediknya binatang tu kat atas cermin dashboard kereta tu. dah lah besar gemok hijau. elok elok je diorang susun binatang tu kat situ bagi aku takut. dan ya, memang aku menjerit-jerit kat dalam kereta mummy tu dan menangis macam orang gila. aku rasa dunia aku dah lenyap dan aku seperti dipijak-pijak dengan binatang tu. oh apakah salah aku ! dengan bahagianya kaktah dan ajib gelak terbahak-bahak bila tengok aku geli macam orang gila tak siuman sorang sorang kat dalam kereta. peluh ? tak payah cakap lah, habis lencun baju aku waktu tu. lepas tu mummy keluar bising-bising sebab kereta mummy dah kotor dengan kesan lendir binatang-binatang tu kat cermin dashboard. diorang berdua kena bersihkan waktu tu jugak. PADAN MUKA !







oppsss..entry berakhir setakat nie dan akan disambung lagi dalam entry yang akan datang. terima kasih kerana membaca. nantikan sambungan entry di Asyiqin Versus Ulat Beluncas Part 2 ! :)









Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted