-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

aku menghadiri dinner sebagai pasangan Farid Kamil.


aku rasa ini lah saat yang paling bahagia dalam hidup aku. salah satu saat yang berharga dalam hidup aku. aku tau mesti perempuan lain rasa tercabar jiwa dan raga lepas dapat tau benda nie. bukan senang nak dapat tu ! Farid Kamil ajak aku pergi majlis makan malam bersama artis-artis Malaysia ? OMG ! seriously sampai sekarang aku tak percaya dan boleh terasa impak daripada bahangnya walaupun dah 3 malam yang lepas peristiwa tu berlaku. tak boleh tido malam dah nieeeee.

malam tu, kami memilih tema warna hitam sebagai lambang elegen kepada penampilan kami. baju aku cantik sebab ada orang sponsored. wah wah wah bahagia gila nie ! mulanya Farid Kamil nak pakai warna putih tapi aku cakap 'tak best la you. pakai lah warna hitam. baru nampak elegen !'. malam tu aku siap pakai crown emas sebab nak kelihatan seperti seorang puteri. aku nak nampak lebih lawa dan cantik daripada Lisa Surihani. tak pun Scha Al-Yahya ! asyik tengok diorang lawa tiap-tiap kat tv je, kali nie bagi chance la pulak aku nak jadi lawa kan. tapi malam tu aku tak nampak pun diorang semua. entah lah mungkin aku rasa aku paling tercantik, tu yang mata tak nampak orang lain dah tu kot sebab syok sendiri.

tapi malam tu aku tak sempat bergambar dengan Farid Kamil dan artis-artis lain. sebab mummy dah pesan kat aku awal-awal petang sebelum kami bergerak ke majlis makan malam tu. mummy cakap, "iqin, kamu kena balik sebelum jam menunjukkan pukul 12. kalau tidak mak kunci pintu dan kamu tido luar rumah malam nie okay ?". jadi, ada satu gambar je semasa majlis makan malam tu berlangsung. tu pun ada seorang wartawan yang hantar gambar tu di Facebook aku secara private. maklum lah, orang biasa menghadiri majlis makan malam formal dengan artis terkenal tanah air ? fuhhh bahaya bahayaaaaaaa.

anda nak tengok satu gambar yang telah dirakam pada malam romantis tu ? okay boleh tengok dibawah. tapi aku warning awal-awal. lepas tengok gambar nie anda jangan terkejut ye. sediakan nombor telefon hospital yang berdekatan dengan rumah anda supaya anda boleh cepat-cepat telefon ambulance sebab aku takut tiba-tiba anda pengsan pulak. maklum lah, jejaka kacak Malaysia ajak aku pergi dinner dengan artis-artis lain kan. atau pun, mungkin jugak sebab aku terlalu cantik dan sepadan dengan Farid Kamil pada malam tu. he he he he




























 sabar ! sabar ! gambarnya ada kat bawah nie ha, jangan risau. sila scroll bawah tapi kali ni tambahkan kelajuan meng'scroll' down anda tu. heheh

































aha ! Farid Kamil dan Asyiqin Ridzwan sedang bergambar di majlis makan malam bersama artis-artis Malaysia.


cantik tak aku dalam gambar tu ? cantik kan kan ? sepadan kan bila aku dan Farid Kamil bergambar ? ape, tak sepadan langsung ? cis lah, nie yang nak merajuk nie. ha ha ha. memang tak sepadan pun weh. erk, macam hantu ju on pun ada bila tengok gambar aku tu lama lama. lepas tu dah tak boleh tengok lama lama dah sebab terasa nak muntah hijau sekarang. Farid Kamil, sila jangan terkejut beruk dengan entry nie ye. aku bergurau je. gelak tawa itu bagus di siang hari, ye tak ? he he he he



p/s : entry di atas adalah rekaan semata-mata. sila jangan percaya.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted