-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

zaman 'they were so tiny !' aku ;)


aku suka kanak-kanak. diorang nie comel2 je. bak kata orang kampung, they're so tiny. sudah fitrah manusia, asal kita adalah dari sperma dan ovum oleh mak ayah kite. lepas tu jadi pulak gumpalan daging seterusnya janin dan tup tup tup (cover line sebab dah lupa biologi lah) jadi lah baby ! lepas jadi baby, kite jadi budak kecik dan lama2 kita pun jadi la remaja. eh tak habis lagi ke ? okay lepas jadi remaja, jadi pulak orang dewasa dan seterusnya warga emas. okay the end. so i guess semua orang pasti dan semestinya pernah jadi baby and jadi little boy or girl kan ? me too ! me too !

zaman kanak-kanak aku sangat lah indah tak terperi. tapi ada jugak tak indahnya. tang kene marah dgn abah dan mummy. biasa lah, dulu kecik2 aku nakal nak mampus. panjat pokok sana panjat pokok sini. masuk bangunan sana masuk bangunan sini. pergi tangkap ikan kat longkang sana sini. kadang2 longkang rumah sendiri pun nak pergi sauk2 anak ikan tu ha. pantang nampak anak ikan besar-besar kat dalam longkang, even though longkang tu kotor and hitam gila, sanggup terjah masuk tu. tak kisah lah zaman dulu kulit muka aku hitam anggun gitu. asalkan puas hati dapat penuhkan balang ikan tu. ada hati pulak tu nak compete dengan budak2 laki. haha, senang cite dulu aku nie memang tomboy. tak main lah masak-masak daun ke bunga ke apa ke.

aku ingat lagi. ada satu masa tu, aku dengan kawan2 aku bergaduh dengan cina taman perumahan seberang. pergh ganas kot anak2 cina tu dulu. tapi time tu aku tak takut apa pun. entah kenapa tak memadan budak perempuan. geng aku lawan geng anak2 cina tu lah. tapi tau tak apa yang berlaku ? sekejap je pun diorang lari cepat2 kayuh basikal blah dari situ. haha rupanya diorang takut dengan senjata aku dan geng aku. senjata kami ada powe punya ! itu dia, cili-cili padi mummy yang merah menyala aku tumbuk2 sampai lumat sampai jadi macam air sambal. kami bungkus dalam plastik kecik2 lepas tu ikat. konon nanti boleh la baling kat diorang. ternyata kami kuat ! hohoho

dan banyak lagi lah kenangan manis zaman aku kecik2 dulu. itu pun masa aku still duduk rumah lama di taman perumahan tu. kawan-kawan tersangat ramai dan tiap2 hari kami mesti keluar bermain di padang tak pun bekas tapak pembinaan rumah yang terbengkalai kat kawasan hadapan taman perumahan kami. tapi semuanya dah jadi kenangan since aku berpindah ke rumah baru, iaitu rumah corner lot kat tepi rumah nenek aku. kat sini memang jauh lagi selesa dari rumah yang lama, tapi langsung tak ada kawan. dan aku tersangat lah bosan. now dah boleh adapt diri sebab dah besar panjang pun kan. dulu time kecik2 je terasa betul keadaan lonely tu.

aku dah lama tak contact geng aku dulu. dah besar2 sekarang. muka, badan semuanya dah berubah. tapi alhamdulillah aritu gathering balik time raya tahun nie. rindu sangat dengan kawan2 sepermainan dulu. dah cantik-cantik, hensem-hensem kau ! tapi itulah geng aku dulu2 yang semua pakat berkulit hitam legam sebab main tangkap anak ikan kat longkang di bawah cahaya matahari yang terik gila. kadang2 tu mummy sampai cari aku dgn geng lepas tu jerit2 suruh balik makan lunch. haha. lawak2.

so tadi aku lepak dengan mummy kat bilik. aku pelik, kenapa mummy gelak sorang2. oh rupanya mummy sedang tengok album2 gambar aku dgn adik beradik aku time kecik2. lawak gila ! semuanya selebet je bila tengok. sometimes aku tak caya, itu aku ke ? awat comel bebenor ? seriously mengimbau kembali kenangan yang lalu. sweet ! kalau lah masa boleh diputarkan semula :')



rasanya time nie umur aku 7 tahun kot.


hey, susu nie aku punya !


lawan sapa dapat kutip siput paling banyak.


hari raya membuatkan bibir aku sentiasa merah mak ngah !


hari raya lagi. kenangan oh kenangan :)


3 beradik berbaju hijau.

sesat tapi boleh lagi layan ais krim ?
hey hey saya pregnant :) LOL
saja je nak bagi nampa tuttttt
pergh, photoshoot tu !








p/s : masa tak boleh diputarkan semula. kalau boleh diputarkan, dah lama aku letak gam UHU ke pelekat ke kat jarum jam tu bagi tak boleh berputar.







Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted