-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wanita

                                                                    


Aku Wanita.


malam nie aku tangkap jiwang dengan melayan website Youtube sampai berjam2 lamanya. ya, aku tau aku sedang membuang masa. tapi bila hati dah berkata 'ye aku mahu', tak ada apa pun yang boleh menghalang. so dalam banyak2 video yang aku viewed tadi, video nie lah yang berjaya memadam ego aku. ecewah bukan main ayat kau !

aku nie bukan lah peminat Siti Nurhaliza. tak minat dia pun. maksud aku, aku nie tak ada lah nak kerek tak nak sokong orang Melayu kan. kiranya aku nie biasa2 je dengan dato'. tapi bila aku layan video 'Wanita' nie, tersentap hati aku weh. rasa macam syahdu je jiwa. entah apa yang berlaku tak tau lah nak cakap macam mana. tapi yang pasti, lagu nie sangat menyentuh jiwa dan sanubari aku.

sedih pun ada. aku sememangnya seorang wanita dan bukan aku sorang je wanita dalam dunia nie. beratusan juta dalam dunia ini bergelar wanita. apa anda nak panggil ? ibu ? mak ? mummy ? mama ? kakak ? or apa2 je lah. semuanya wanita. aku sayang diorang dan aku sayang diri aku sendiri sebagai wanita. aku bersyukur Allah swt jadikan aku sebagai wanita. tapi aku sedih. ada juga wanita yang tak sayang diri dia sendiri. dia tak sedar, dia alpa bahawa dirinya terlalu suci untuk memberi cinta kepada insan bernama lelaki. lihat lah sekeliling anda sekarang. GRO ? pelacur ? penari kelab malam ? or apa2 je lah pun. rata2 semuanya kaum wanita kan ? seks bebas, jual badan, semua2 tu..rata2nya wanita kan ? kalau tidak dipaksa untuk pilih jalan hitam tu, mesti sebab keinginan diri sendiri kan ?

banyaknya soalan. sampai tak tau nak jawab yang mana satu. aku sedih. sedih sebenarnya. wanita ini dipandang mulia di sisi Allah swt. yes, bak kata dalam lirik lagu nie..'meski pun berbeza'. sebab itulah wanita2 secara luarannya tak aka sama, tapi semua hati dan perasaan wanita..aku yakin semua kat dunia nie sama je. aku bersyukur tidak dilahirkan dalam dunia yang gelap, jijik, tiada masa depan. tapi itulah hakikat apa yang berlaku di sekeliling aku sekarang nie. tapi just imagine, kalau anda pergi ke mana2 dan anda bertembung dengan sekumpulan pelacur wanita ke GRO ke apa ke, pernah tak terdetik nak rasa meluat dan jijik dalam hati bila pandang diorang ? ya dah tentu lah kan. tapi pernah tak terdetik dalam hati macam nie,  


"sejijik mata pun kau dipandang di dunia nie, secara hakikatnya engkau masih seorang wanita. wanita yang sepatutnya dipandang mulia, penghias syurga, bertanggungjawab kepada suami dan anak2 serta..memiliki cinta yang sangat suci dan mahal. "





p/s : cinta wanita hanya lah untuk Allah swt, ibu bapa, keluarga, suami, anak2 serta diri sendiri. :')





-iqin-                                                                                                                                                        

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted