-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

untuk anonymous itu :)



dah pukul 1.34 am tapi jari aku masih aktif nak menaip sana menaip sini. dah pekena ketensionan daripada si mark zuckerberg pun still tak serik2 lagi. itulah manusia bernama asyiqin ridzwan. ah peduli apa, janji aku tak bosan asyik nak menghadap tv. tv pun ikut tak bosan asyik menyiarkan movie yang sama je setiap hari. duh ! malam nie aku tergerak hati sikit untuk mengupdate blog aku nie. walaupun ramai yang malu2 nak jadi follower aku, tetapi terima kasih aku ucapkan sebab menjadi silent readers aku di sini. aha, best apa pegang status silent reader. misteri oh !

tadi aku baru dapat one private message di Facebook. maaf ya, nama dan print screen untuk mesej nie tidak akan ditunjukkan sama sekali di dalam blog aku untuk dijadikan bahan bukti (pergh, macam CSI kau). private, katanya. oh ya, minah nie tanya aku pasal isu hubungan cinta. lah aih, aku nie bukan dr.hitch atau doktor cinta dia tapi apa salahnya kalau aku tolong kan ? sekurang2nya aku dapat buat diri dia lega dan berasa dihargai. tak gitu ? tapi ada juga words yang bikin hati au hot semacam je dari tadi. tapi tak ape, aku be positive. so guys, mesej beliau berbunyi seperti ini :





"akum. aq nk tny kat ko. aq tgk ko bhgia tol dgn bf ko yek. apo rhsia ko? dara ko ada lg? ko utg ah,bf ko cyg ko. aku dh xde dara bf aku lari tngl aku sowg2. sowi ah, aku sje nk kgsi. aq cdih. thnx"






okay, ayat2 di atas aku copy paste dari message di Facebook. ayat2 dibawah nie pulak aku translate ke bahasa Melayu yang sempurna bagi sesiapa yang tak paham ayat2 ringkas diatas :






"Assalamualaikum. aku nak tanya kat kau. aku tengok kau bahagia betul dengan boyfriend kau ye. apa rahsia kau ? dara kau ada lagi ? kau untung lah, boyfriend kau sayang kau. aku dah tak ada dara, boyfriend aku lari tinggal aku sorang2. sorry la, aku saja nak kongsi. aku sedih. terima kasih."





anda dapat paham tak mesej yang aku dapat kat atas nie ? ape pendapat anda kalau berada di situasi aku. aku dah lah tak kenal dia. contact pun tak pernah. entah betul entah tidak. faker ke ape ke. aku tak tau dia sapa. dia pun bukan dalam friend list aku di Facebook. tengok gambar profil dia pun gambar kartun mickey mouse. umur berapa pun aku tak tau. kiranya dia nie origin unknown lah untuk aku. tapi sebagai seorang yang bertimbang rasa, aku cuba lah jawab jugak tapi dalam keadaan yang always positive. kih3. apa gelak2 kau ? so dengan penuh istiadat, aku pun menjawab dengan berhemah walaupun dalam hati aku terbakar part soalan dara tu. sensitif oh !

nie jawapan aku kepada si anonymous :




"Wsalam. first off, thanks for ur concern. soal bahagia tak bahagia sebenarnya terletak di tangan u sendiri. u yang mula cerita u, so u corakkan cerita u untuk menjadi bahagia ataupun tidak. that's it. i tak ada rahsia apa2 tapi syarat yang i letak untuk cinta ialah i akan pilih yang terbaik dan paling terbaik. apa ciri2 terbaik yg u pilih utk bf u? u reflect balik. i tak kisah bf i sayang i ke tidak tapi asalkan niat dia ikhlas utk sayangkan i, dan yg paling penting, Allah swt terus menyayangi, seterusnya family i dan boyfriend i. itu je. maaf, soalan u pasal i ada lagi dara ke tak, i rasionalkan di sini u tak patut tanya i soalan macam tu. apa yang i boleh jawab ialah dara i hanya untuk suami i saja. untuk sebuah hubungan yang sudah halal di sisi Islam. i bersimpati dengan diri u, i harap u tabah dan kuatkan semangat untuk teruskan hidup. lupakan bf yang memusnahkan masa depan u, apa yang penting u terus pandang dan gerak ke hadapan. i doakan untuk u. good luck. "






jawapan yang berjela panjang macam tak sedar2 diri nak berhenti. haha. actually aku cuba bagi yang terbaik untuk si anonymous nie. aku tak nak die terlebih pyscho dengan life yang mungkin sekarang nie mendatangkan masalah untuk die. kalau tengok mesej dia, dia nie adalah perempuan. mungkin sekadar mahu berkongsi dengan aku dan mahukan pendapat dari orang lain. alhamdulillah, itu baik. tapi soalan dara tu aku memang tak boleh blahh. fuh, bikin gua panas. tapi bagus jugak dia tanya. boleh jugak aku bagitau dia apa yang benar dan apa yang salah. ewah kau iqin, bukan main lagi memberi motivasi ye. aku hanya mahu berkongsi dan meluahkan saja. kita sesama Islam kena lah saling bantu membantu ye tak ? semoga si anonymous nie akan pilih yang terbaik untuk life die. insyaallah.






p/s : Aku Masih Dara. bakal ditayangkan di pawagam berhampiran. tibe2 je ?







Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted